Advertisement

ads

LELAKI INI CUMA MAMPU MELAMAR KEKASIH NYA DI RESTORAN KFC SAHAJA TAPI APA YANG DIA DAPAT SANGAT MENGEJUTKAN

LELAKI INI CUMA MAMPU MELAMAR KEKASIH NYA DI RESTORAN KFC SAHAJA TAPI APA YANG DIA DAPAT SANGAT MENGEJUTKAN | Dikelilingi  kerusi merah, seorang lelaki dilihat melutut dihadapan teman wanita nya. Orang ramai di restoran KFC mula bersorak dan bertepuk tangan. Dia mengeluarkan sebentuk cincin dan melamar kekasih nya yang tersenyum gembira. Walaupun dihadapan nya bukan lah wine merah atau beef stick tapi suasana tersebut membuatkan dia tersenyum sambil menitiskan air mata gembira.



Gambar detik bermakna pasangan ini diambil oleh salah seorang pengunjung direstoran KFC di Afrika Selatan. Kateka Malobola memuat naik gambar tersebut di laman twitter nya. Apa yang menyedihkan ialah ada yang menghina pasangan tersebut kerana dikatakan tidak mampu untuk melamar di restoran mewah. Gambar tersebut mendapat perhatian pengurusan KFC.






Mereka mula mencari pasangan tersebut dan menjanjikan sesuatu yang bermakna buat pasangan itu.



Pasangan tersebut dikenali sebagai Hector Kansi dan Nonhlanhla. Sebaik sahaja gambar mereka menjadi viral , dan mendapat tahu KFC ingin menghubungi mereka, pertemuan mula diaturkan. Ianya menjadi berita hangat di Afrika Selatan.

KFC bersetuju untuk menaja majlis perkahwinan pasangan ini. Bukan itu sahaja, tajaan mula datang dari berbagai syarikat besar yang ingin tuurt sama menjadi sebahagian dari harui bermakna pasangan ini.



Antara tajaan yang mereka dapat untuk majlis perkahwinan :


  • Seorang pemuzik terkenal menawarkan untuk menyanyi di majlis perkahwinan mereka secara percuma
  • CastleLite, salah satu syarikat bir terbesar menaja bulan madu dan penerbangan yang ditanggung sepenuhnya
  • Clark & ​​Sons, sebuah syarikat minuman menawarkan 40 produk terbaik mereka untuk majlis perkahwinan
  • Siwela Wines menaja semua jenis wain yang diperlukan untuk majlis perkahwinan
  • Pendengar Radio 702 menyumbang R 10,000 ($ 700) untuk majlis perkahwinan
  • FNB Insurance menawarkan Gold Cheque Account untuk pasangan ini.
  • Kedai Takealot menawarkan baucar membeli-belah R5,000 ($ 350) kepada pasangan itu
  • Resort Sun City menaja penginapan hujung minggu yang ditanggung sepenuhnya untuk meraikan pertunangan mereka
  • Amstel Lager menaja bir untuk majlis perkahwinan
  • The Life style Tourist menaja percutian berbayar di sebuah lodge mewah mereka yang bertaraf 5 bintang
  • Telkom Afrika Selatan menaja SIM percuma dengan data percuma untuk pasangan itu


  • Total South Africa menaja minyak kereta yang diperlukan untuk perjalanan mereka
  • Drum Magazine menawarkan 2 muka surat untuk liputan penuh perkahwinan mereka
  • Bohlokwa Bahlekazi menaja semua hiasan yang diperlukan untuk perkahwinan
  • Joe Human menaja kad jemputan perkahwinan secara percuma
  • Emerald menawarkan cincin perkahwinan percuma bernilai R45,000 ($ 3000).
  • Audi Afrika Selatan menawarkan untuk membawa mereka ke destinasi mana pun yang akan mereka tuju untuk berbulan madu
  • Standard Bank South Africa menawarkan sumbangan kewangan untuk pasangan itu memulakan hidup baru sebagai suami isteri
  • PUMA Afrika Selatan menawarkan pasangan itu baucar di kedai mereka bernilai R10,000 ($ 700)
  • Huawei Afrika Selatan menawarkan dua peranti kepada pasangan itu
  • Perjalanan Road Trippers menaja percutian ke Mozambik pada tahun 2020
  • Gcomfashion SA menaja kereta Golf VW
  • Liberty Group Afrika Selatan menawarkan sumbangan sebanyak R10,000 ($ 700) dan sesi perancangan kewangan percuma kepada pasangan itu
  • Insurans 1Life menawarkan R10,000 ($ 700) pelaburan 1Life 

 


Beruntung nya mereka. Macam tu lah kalau kita ikhlas. Tak kira mampu atau tak mampu yang penting kesungguhan dan niat untuk mendirikan rumahtangga tu yang paling penting. Keihklasan lelaki tersebut membuatkan orang ramai turut sama ingin menjadi sebahagian dari kehidupan nya.

Catat Komen

1 Ulasan

  1. rezeki mereka...siapa lah kita nak menilai class ke tak class kan...adeii apa la netizen ni..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)