Advertisement

ads

LELAKI INI BERJALAN 420KM SELEPAS BERTENGKAR DENGAN ISTERI

LELAKI INI BERJALAN 420KM SELEPAS BERTENGKAR DENGAN ISTERI | Lumrah dalam rumahtangga pasti akan ada masanya akan berlaku perselisihan faham dengan pasangan. Bagi kebanyakan lelaki akan keluar dari rumah untuk sementara waktu agar masing-masing dapat menenang kan fikiran. 



Tapi bagaimana jika sisuami keluar dan tidak pulang kerumah namun polis menemui nya sedang berjalan kaki sejauh 420 km dari rumahnya. Itu lah yang berlaku di Milan Itali apabila polis menemui seorang lelaki sedang berjalan kaki.

Lelaki berusia 48 tahun dari Como, sebuah bandar di utara Milan, di Itali, dilaporkan bertengkar dengan isterinya pada akhir bulan lalu. Dia kemudiannya keluar dari rumah untuk berjalan-jalan dan menenangkan fikirannya . 


Namun apa yang menghairankan ialah dia berjalan tanpa henti selama seminggu. Sebuah kereta peronda polis di Gimarra, di Pantai Adriatik, 418 kilometer dari rumahnya, menahan lelaki tersebut apabila mereka melihatnya sedang berjalan sendirian pada jam 2 pagi.

Anggota polis itu dilaporkan melakukan rondaan di jalan-jalan di Gimarra, untuk memastikan penduduk setempat mematuhi perintah berkurung di seluruh  Itali. ketika itu mereka melihat seorang lelaki bersendirian berjalan pada jam dua pagi.

Mereka memberhentikan kereta, menanyakan kepadanya beberapa soalan dan akhirnya membawanya ke balai polis Gimarra. Selepas semakan dibuat mereka mendapati isteri lelaki tersebut ada membuat laporan bahawa suaminya hilang. Pada ketika itulah lelaki tersebut menceritakan pada polis kisah perjalanan epiknya.


Lelaki itu mengatakan, dia telah bertengkar dengan isterinya seminggu yang lalu dan telah keluar berjalan-jalan, untuk menenangkan fikirannya. Cuma dia tidak pernah berhenti berjalan. Tanpa menggunakan apa-apa jenis pengangkutan, lelaki itu menempuh jarak sejauh 420 kilometer dengan berjalan kaki, hanya dalam tujuh hari. Itu purata 60 kilometer sehari.

"Saya berjalan kaki dan  tidak menggunakan alat pengangkutan. Selama ini saya bertahan dengan makanan dan minuman yang diberikan kepada saya oleh orang-ramai yang baik sepanjang perjalanan saya. Saya baik-baik saja cuma saya sedikit letih. "

Walaubagaimanapun lelaki tersebut tetap dikenakan denda sebanyak € 400 kerana melanggar perintah berkurung.

*Mesti dasyat betul pertengkaran dengan isterinya tu sampaikan tak sedar dah beratus km tinggalkan rumah. Mungkin isterinya garang sangat. Heheh..

Catat Komen

12 Ulasan

  1. cara untuk dia menenangkan fikiran.

    BalasPadam
  2. sampai macam tu sekali, lockdown ni memang masing-masing kena hadap perangai partner masing-masing. Hari biasa kerja je so tak banyak la masa habis bersama

    BalasPadam
  3. kalau dh stres apa yg dibuat xsedar dah

    BalasPadam
  4. Pernah jugak bertengkar dgn isteri, tapi sampai Cameron highlands je, itu pun naik moto, 202km dari rumah.Tengah malam baru balik.

    BalasPadam
  5. bukan pertengkaran biasa-biasa ni sebab sampai fokusnya begitu sekali.

    BalasPadam
  6. Dasyat sampai tak sedar dah jauh sangat berjalan.

    BalasPadam
  7. blh plk dia berjalan tanpa sedar erk..:)

    BalasPadam
  8. Kesian juga, mungkin stress sangat dah agaknya tu sampai tak kisah dah berjalan jauh

    BalasPadam
  9. Lama juga nak ambil masa tenang kan fikiran

    BalasPadam
  10. jauhnya mmbawa hati yang lara :(

    BalasPadam
  11. Kesian pulak. Dahlah bergaduh lepas tu kena denda pulak.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)