Advertisement

ads

KISAH SERAM: TRUCK MAINAN BERGERAK SINDIRI PADAHAL REMOTE DAH LAMA HILANG

KISAH SERAM: TRUCK MAINAN BERGERAK SINDIRI PADAHAL REMOTE DAH LAMA HILANG | Selalu juga baca cerita tentang benda-benda seperti kerusi , meja, kotak yang boleh bergerak sendiri. Kali ni satu lagi cerita seram yang diceritakan oleh pemilik akaun twitter Leanna _Awangjoe.



Kata Leanna, remote dump truck mainan anak nya tu dah lama hilang. Masa kejadian pula dia bersama baby dia. Anak lelaki dia ikut suaminya ke majlis tahlil. Jadi tak tahu siapa yang pegang remote tu dan gerak kan truck mainan anak dia.

Jom la baca pengalamn seram yang dilalui nya:

Sumber: Leanna_AwangJoe

" Tadi ada benda scary berlaku time aku alone dekat rumah with baby Dahlia. Husband pi tahlil bawak Dani. Esok ah cter. Tengah brain lagi ni, sempat rekod video huhu.

Kejadian berlaku malam tadi pukul 10 tepat. Aku and baby kat ruang tamu, tengah lipat baju, Dahlia pulak merengek ja so stop la sat. Kat ruang tamu biasala penuh toys Dani kan. Ada satu toys dia ni, dump truck yang boleh gerak guna controller. Jarak truck tu agak dekat la dengsn aku. Tiba tibaa...

Gerak sendiri la weyyyyyy dump truck nii. Remote controller dia kami cari lama dah, sebabnya husband aku malas nak main. Dani biasala dapat benda baru dia dok suruh main tu la. Buat sendiri tak mau. so husband aku sorokkan, aku pn taktau kat mana controller dia.



Dah gerak sendiri tu aku cam 'eh aku terduduk atas controller dia ka?, rasa lama tak nampk dah' Siotla pastu makin menjadi jadi ye. Satu rumah dia gerak ye. Tapi mmg macam ada benda yang control ye. Time ni aku dah ready nak keluaq rumah dah .haha.. cuakla wey dahla ada babyyy.



Pastu, aku sarung baju apa semua yang sempat. Aku dok kat pagar grill pintu rumah tu. Dia macam nak mai kat aku la, tadi sikit sikit ja geraknya. Ni makin sakan la wey .. mentang aku takut kan. Adui. Lama ye dia gerak. aku dah call husband dah suruh balik, dia tengah OTW.

Abaikan ye rumah bersepah.. haha..  Tengah lipat baju. Pastu ksn dia actively bergerak cam tu la, aku memang kat luaq ja dukung baby. Sampai la husband and Dani sampai. Dump truck tu, TAK BERGERAK LANGSUNG YE. STATIK JE. Pandai pulak dia tak gerak bila ramai



Pastu mula la pencarian remote controller satu rumah. Ke atas ke bawah kami cari, habis kerusi sofa semua alih tak jumpa controller tu. Cari dalam bilik semua. Tapi last last jumpa, tau kat mana?

Remote controller tu kat bilik atas, bilik simpan baju, bawah timbunan bantal. Kau rasa sapa dok tekan ye kat atas tu?.. Anddd sapa letak situ ye? haih.. k la nak teriak sebab meremang lagi. Husband p kerja dah pagi pagi

Yang si Dani ni merengek ja sepanjang malam, tadi dengaq dia cakap, “dont want ghost” aduimakk.. Time tidur ye. Rumah ni okay tau, tak pernahla ada apa apa. Awai pindah dulu la serem sikit tapi okay dah, dah dua tahun kot duduk. Awat lately cam ni tah.


Patutlah anak aku Muhammad Dani ni tak berani dok ruang tamu walaupun siang . Tengok tv sorang sorang dia akan merengek tarik baju aku pi depan jugak. Thats why sampai aku takleh amek order daily tu rupanya ada sebab. Maafkan mommy, mommy tak nampakkk

Aku rekod video tu semua sebab nak tunjuk kat husband aku tau, sebab masa aku call tu suruh balik kata dump truck gerak sndiri, DIA GELAK yeeee. Stress akulah. Dia tak tengok conjuring ka? laki dia tak percaya cakap bini dia kata rumah haunted. 

Kalau ada yang cakap jiran ada remote control jugak, sini smua jiran chinese, sebelah kanan warga emas chinese laki bini, sebelah kiri couple chinese with baby girl. and btw ni dump truck bukan canggih punya level jauh jauh boleh control, setakat berapa meter ja dia boleh pi pastu tak leh dah.

misteri nusantara sungguh.

Apa pendapat korang?? Rasanya ,kebetulan atau ada penjelasan lain? 

Catat Komen

8 Ulasan

  1. huishhh...scary jugak tu.. tapi masih berani lagi sis tu merakam. Kalau LeYa dah melompat keluar terus keluar rumah.

    BalasPadam
  2. Makhluk Allah ada di alam ghaib ada di alam nyata. Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

    BalasPadam
  3. Haih.. takut nya kalau Kak Sue.. semoga depa sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah..

    BalasPadam
  4. Aduhhh seram, apa ke hei dia nak main benda tu 😭

    BalasPadam
  5. tak berani tengok video dia, baca pun dah seram dah. Kesian la dekat anak dia sebab boleh nampak :(

    BalasPadam
  6. uishh seram betul! Meremang tengok video tu bila baca dia ceritakan. malam lak tu dia buat hal..tengah sorang sorang dengan anak kecil. pandai menakutkan orang. ish ish

    BalasPadam
  7. Aduii seramnyaaa...dah la malam.. berdua ngan baby je pulak tu.. semoga mereka dilindungi..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)