Advertisement

ads

KIFARAH BUTA FULL MOVIE LAKONAN AZMI SAAT DAN FARISHA IRIS

KIFARAH BUTA FULL MOVIE LAKONAN AZMI SAAT DAN FARISHA IRIS |  Telefilem lakonan Azmi Saat dan Farisha Iris bertajuk Kifarah Buta  ditayangkan pada 12 Disember 2020 di saluran Astro Citra jam 9 malam. Telefilem ini adalah arahan Hashim Rejab dan ditulis oleh Eenaz Mokhtar.



Sinopsis Kifarah Buta 

Kamal dan Suraya dua beradik yang hidup kemiskinan.Ibu dan bapa mereka meninggal beberapa tahun lalu. Kamal mempunyai masalah penglihatan. Disebab kan itu Kamal hanya mampu menjual tisu dengan bantuan Suraya. 



Walaupun tidak dapat menglihat dengan baik kamal kerap melayan Suraya dengan buruk. Suraya sering dimarahi dan dipukul oleh Kamal. Malah Kamal juga seorang penagih dadah. Semua wang yang mereka dapat dengan menjual tisu habis digunakan hanya untuk membeli dadah.

Satu hari Suraya membantu Zahid, lelaki yang juga mempunyai masalah penglihatan. Zahid seorang yang berdikari dan baik. Walaupun dia hidup sendiri tapi dia mempunyai kawan-kawan yang baik. Sejak  bertemu dengan Suraya , Zahid sering teringatkan Suraya.

Satu Hari Suraya terlewat kerana asyik berbual dengan Zahid. Teruk Suraya dimarahi Kamal dan dia juga dipukul. 


Malik dan Tj adalah orang yang sering menjual dadah kepada Kamal. Sewaktu Suraya sedang sakit dan tidak dapat mengikut Kamal menjual tisu, Malik datang kerumah Suraya dan cuba untuk melakukan sesuatu terhadap Suraya.

Suraya yang ketakutan terus melawan dan memukul kepala Malik. Surya lari keluar rumah dengan ketakutan dan menemui Zahid. Suraya menceritakan apa yang berlaku padanya. Zahid juga membenarkan Suraya menumpang di rumahnya.



Kehilangan Suraya membuatkan hidup Kamal menjadi tidak tentu arah. Malik dan TJ juga turut mencari Suraya. Sebaik sahaja mereka tahu Suraya bersama Zahid, mereka terus ke rumah Zahid dan membawa Zahid bersama mereka satu tempat.

Mereka memukul Zahid dan mencederakan nya. Penduduk setempat yang menyedari kekacauan disitu terus datang membantu. Kamal lari ketakutan dan hampir-hampir dilanggar kereta.

Sebaik pulang kerumah Malik dan Tj menunggu Kamal dan tidak disangka-sangka Malik dan tJ telah meliwat kamal.. Kamal yang marah diperlakukan seperti itu terus membunuh Malik dan menikam nya bertubi-tubi. 


Pelakon

Azmi Saat - Zahid
Farisya Iris - Suraya
Fadh Majid - Kamal
Fareez Fauzi - Joe
Izzmad Harun - Fikri
Zali Shuhaili - Malik
Din Latah - Tj
Coki - Coki

Tonton Kifarah Dosa Full Movie 

Catat Komen

0 Ulasan