Advertisement

ads

KHASIAT DAUN BIDARA ASLI YANG DIJADIKAN MINYAK BIDARA

KHASIAT DAUN BIDARA ASLI YANG DIJADIKAN MINYAK BIDARA | Dulu sewaktu Opah saya masih ada, arwah selalu ditugaskan untuk memandikan jenazah. Menurut kakak saya, Opah akan menggunakan daun bidara untuk memandikan jenazah. Baru saya tahu itu juga sebahagian dari kegunaan Daun Bidara. Saya fikirkan daun Bidara hanya dicampurkan ke dalam minyak untuk rawatan kulit. 



Saya sendiri ada minyak bidara buatan sendiri yang saya simpan untuk kegunaan keluarga. Bagi saya minyak bidara ni satu minyak yang wajib ada dalam setiap rumah.

Cuma nak mencari pokok dan daun bidara tu bukan nya mudah. Bukan semua orang ada tanam pokok Bidara . Lagipun pokok Bidara ni akan tumbuh merendang dan memerlukan kawasan yang luas untuk dia tumbuh merendang.


Habis tu, macam mana kalau tak de pokok bidara? Macam mana nak dapatkan minyak bidara ni? Dah tak susah dah. Sekarang ni minyak Bidara dah dikomersialkan. Disebabkan khasiat daun bidara tu sendiri, ramai yang mula sedar akan keberkesanan Minyak Bidara dalam perawatan tradisional.

Boleh dijadikan minyak urut, minyak rambut, minyak untuk luka gigitan serangga dan juga luka melecur. Malah Daun bidara juga kerap digunakan untuk menghalau gangguan makhluk halus.

Memang beruntung siapa yang mempunyai pokok bidara dirumah.


Manfaat dan kelebihan Daun Bidara

Mencegah Selsema

Manfaat daun bidara yang pertama adalah boleh membantu mencegah selsema. Saya sendiri akan sapukan minyak bidara di belakang dan dada anak saya 2,3 kali seminggu. Ini kerana Daun bidara mempunyai antioksidan yang boleh melindungi tubuh dari jangkitan dan serangan virus selsema. Anda boleh gunakan Minyak Bidara Aromaterapi untuk mengelak kan anak dijangkiti selsema.



Mengatasi Masalah sembelit

Air rebusan daun bidara boleh diminum untuk mencegah sembelit. Ini kerana Daun bidara boleh membantu melancarkan sistem pencernaan dan mengelak kan kita dari mengalami sembelit.


Mencegah Osteoporosis

Osteoporosis adalah keadaan dimana tulang menjadi rapuh. Biasanya gejala osteoporosis terjadi ketika seseorang mengalami kecederaan tulang atau patah tulang. Daun bidara memiliki kandungan yang kaya dengan kalsium yang boleh membantu mencegah osteoporosis.

Daun Bidara untuk masalah kulit

Bagi yang mengalami masalah gigitan serangga atau pun masalah kulit jerawat daun bidara juga sangat sesuai untuk digunakan sebagai satu kaedah rawatan. Daun Bidara direbus dan airnya digunakan untuk mencuci wajah yang berjerawat. Anda juga boleh menggunakan Sabun Wajah Bidara Najeehah untuk rawatan terapi kecantikan dan tubuh badan. Balm balsam Bidara juga boleh disapu pada kulit luaran yang bermasalah.  



Memecahkan Glukosa dalam darah

Daun bidara juga boleh digunakan untuk pesakit diabetes. Penyakit diabetes berlaku disebabkan tubuh tidak dapat memecah glukosa darah dalam sel, sehingga terjadi penumpukan glukosa di dalam darah. Penyakit diabetes ini boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak mengonsumsi gula tambahan dan faktor keturunan. Daun bidara memiliki kandungan yang boleh membantu memecah glukosa dalam darah dan mencegah diabetes.

Mengurangkan rasa sakit ketika mengidap Buasir

Buasir adalah penyakit yang berlaku di saluran pembuangan air besar. Penyakit ini disebabkan fakor keturunan, obesiti atau kehamilan. Penyakit ini membuat kita tidak selesa dan sakit sewaktu membuang air besar dan ketika duduk. Air rebusan daun bidara boleh membantu mengatasi rasa sakit yang disebabkan oleh buasir.

Mengelak terkena sihir dan gangguan Makhluk halus.

Salah satu pokok yang disebut dalam alquran adalah pohon Bidara. Sejak zaman nabi lagi pohon Bidara sudah digunakan untuk merawat penyakit termasuk lah untuk aromaterapi dan gangguan sihir serta masalah kemurungan dan tekanan perasaan.Saya cadangkan untuk anda menggunakan Minyak Bidara Aromaterapi Najeehah



Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk najeeha boleh layari http://achikanasuzana.my/ . Atau lawati :

Instagram: Minyak_bidara_Najeehah

Facebook: Achik Ana Suzana

Whatsapp:012 3212 0801



Artikel ini ditaja oleh Minyak Bidara Najeehah

Catat Komen

4 Ulasan

  1. banyak khasiat daun bidara melegakan sakit urat juga

    BalasPadam
  2. Sangat banyak khasiat daun bidara. Sebelum ni cuma suka makan buahnya sahaja. Tanam poko bidara ni pun mencabar juga. Kadang mudah hidup kadang sebaliknya.

    BalasPadam
  3. Bidara ni sekurangnya ada 3 jenis, struktur daun ada sedikit berbeza.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)