Advertisement

ads

KESAN BURUK TIDUR SIANG TERLALU LAMA

KESAN BURUK TIDUR SIANG TERLALU LAMA | Tidur siang adalah salah satu cara rehat yang terbaik. Bukan sahaja untuk kanak-kanak malah bagi orang dewasa juga, tidur siang adalah salah satu alternatif singkat untuk menyegarkan badan.



Antara kebaikan tidur siang ialah kita mudah fokus, menguatkan ingatan dan mencegah stroke. Tempoh masa yang paling baik untuk tidur siang ialah 15- 20 minit ataupun kurang dari 1 jam. Namun tidur siang yang terlalu lama boleh menyebabkan kesan buruk pada kesihatan kita.


Waktu terbaik untuk tidur siang ialah sebelum pukul 2 atau 3 petang.Ini supaya tidur siang kita tidak mempengaruhi waktu untuk kita tidur malam.

Bahaya tidur Siang Terlalu Lama

Tidur siang yang terlalu lama atau melebihi 1 jam sangat memberi kesan buruk pada badan kita. Ianya boleh menyebabkan kita mengalami Sleep Inertia iaitu keadaan dimana kita berasa mengantuk, disorientasi dan penurunan ketangkasan motor. Ianya seolah-oleh kita tidak puas tidur dan terlalu letih. Otak kita berasa ingin terus tidur.

Jika mengalami masalah Sleep Inertia, segera melihat kearah cahaya seperti tingkap dan pintu yang terbuka atau pun skrin phone. Ia akan membantu kita ngatasi masalah Sleep Inertia.




Tidur siang yang terlalu lama juga menyebabkan kita akan susah untuk tidur malam. Ramai yang memilih hujung minggu untuk tidur lebih lama. Malangnya apabila tiba waktu tidur malam, mata agak susah untuk lelap.

Sudah tentu hari pertama bekerja membuatkan kita mengantuk, hilang fokus dan cepat letih. 



sumber dari laman web www.eurekalert.org mendedahkan satu kajian dibuat dan mendapati tidur siang melebihi 1 jam , jika dijadikan rutin akan menyebabkan risiko kematian  dan risiko penyakit kardiovaskular.

semoga bermanfaat untuk semua.


Catat Komen

4 Ulasan

  1. memang tak elok kalo tido lama sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ingat tidur petang saja tak elok. Okay sekarang baru tahuu

      Padam
  2. Wak memang tidur siang lepas zohor.

    BalasPadam
  3. Sekarang ni memang jarang sangat ada kesempatan tidur siang. Tapi kalau dah sekali mula tidur siang, esoknya nak sambung lagi!

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)