Advertisement

ads

KDRAMA TRUE BEAUTY EPISODE 2

KDRAMA TRUE BEAUTY EPISODE 2 | Joo Kyeong cuba mengelak bertemu Soo Ho. Dia ingin berlari keluar. Tapi Soo Ho memanggilnya dan meminta buku yang dipegang Joo Kyeong. Joo Kyeong mengelak dari Soo Ho melihat wajahnya. Dia risau jika Soo mengenali nya walaupun tanpa solekan.


Joo kyeong baru hendak keluar tiba-tiba pemilik kedai buku datang dengan 2 mangkuk mee segera. Katanya untuk meraikan kembalinya Joo Kyeong ke situ. Joo kyeong menolak dan pemilik kedai terus menahan nya dengan mengatakan mee segeranya di tambah telur organik yang mahal. Joo Kyeong terpaksa mengalah.

Joo Kyeong makan dengan cepat. Soo Ho duduk disebelahnya dan menawarkan kembali buku yang diambil dari Joo Kyeong tadi. Joo Kyeong melihat Soo Ho. dia dapat merasakan Soo Ho tidak mengenalinya.

Joo Kyeong cuba berbual dengan Soo Ho tapi Soo Ho seolah-oleh tak berminat untuk berbual dengan Joo Kyeong. Soo Ho bertanyakan usia Joo Kyeong kerana Joo Kyeong berbicara seolah-olah mereka sebaya. Joo Kyeong cuba menipu dengan mengatakan umur nya 15 tahu dan berada di kelas 8. Soo Ho tak percaya kerana wajah Joo Kyeong tak menunjuk kan yang usianya 15 tahun. Soo Ho memanggil Joo Kyeong Makcik.


Joo Kyeong menipu sekali lagi. Dia memberi tahu usia nya 25 tahun dan lebih tua dari Soo Ho. Soo ho membalas yang usianya juga sebenarnya 25 tahun sama dengan Joo Kyeong. Joo Kyeong berbisik dalam hatinya, sukar untuk menipu Soo Ho memandangkan Soo Ho murid paling pandai disekolahnya.

Joo Kyeong  menghabiskan mee segera nya dan keluar tapi kasutnya pulak tertanggal memaksanya untuk berpaling ke belakang mengambil kasut.Dia risau jika Soo Ho melihat wajahnya. Cepat2 dia mengambil kasut dan berlari keluar. Joo Kyeong kesal kerana bertemu Soo Ho di kedai tersebut.

Pulang ke rumah adiknya bertanya mengapa dia nampak kecewa. Adakah kerana dia pergi ke kedai buku tanpa solkena dan terserempak dengan rakan sekelasnya yang kacak? Adiknya menjelaskan itu tak kan terjadi kerana adegan sebegitu hanya ada dalam drama di tv.

Joo Kyeong terdiam kerana tekaan adiknya tepat. Adiknya terkejut dan menjangkakan rahsia Joo Kyeong akan terbongkar tidak lama lagi. Tapi Joo Kyeong mengatakan yang Soo Ho tidak mengenalinya tanpa solekan. Adiknya terus membuatkan Joo Kyeong risau dengan mengatakan yang Soo Ho pasti akan dapat mengenalinya dan akan bertanyapada Joo Kyeong " awak ke gadis berjerawat yang saya jumpa di kedai buku komik semalam?"

Kata-kata adiknya mula membuatkan Joo Kyeong risau. Adiknya mencadangkan Joo Kyeong jangan terus menipu dan hiduplah dalam kejujuran yakin pada diri sendiri. Dia bertanya pada Joo Kyeong sampai bila Joo Kyoeng hendak menyembunyikan wajah hodohnya itu?

Soo Ho masih tertanya-tanya mengapa Joo Kyeong tidak mengenalinya.Dia bertanya pada pemilik kedai komik tentang Joo Kyeong. Pemilik kedai Komik memberitahu Soo hO, gadis yang dia kenali dengan nama Ju Bal itu sebelumnya menetap di situ. Pemilik kedai bertanya adakah Soo ho meminatinya? Soo Ho menjawab "tidak".

Sebelum ke sekolah Joo Kyeong mula bersolek menutup kekurangan dirinya.Sampai dikelas dia hampir-hampir terjatuh ketika terserempak dengan Soo Ho. Tapi Soo Ho tidak mempedulikan nya. Dia bernasib baik Soo Ho tidak mengenalinya. Dia risau jika Soo Ho tahu dialah gadis tanpa solekan yang Soo Ho temui di kedai buku. 

selpas waktu persekolahan joo Kyeong singgah di mall untuk membeli alat solek. Tiba-tiba dia ternampak bekas rakan sekelasnya Se Mi yang dulu suka membulinya. Joo Kyeong terkejut dan lari sambil menangis. Dia teringatkan apa yang mereka lakukan padanya dulu.

Seo Joon seorang lelaki yang suka menaiki motorsikal. dia juga terlibat dengan budak-budak nakal. Dia dikejar budak-budak nakal yang mempunyai dendam dengan nya. Ketika Seo Joon hampir dibelasah budak-budak nakal, mujurlah Joo Kyeong menyelamatkan Seo Joon. Tapi secara tidak sengaja Joo Kyeong membawa helmet Seo Joon ketika melarikan diri dari Seo Joon.



Joo kyeong Pergi ke kedai buku. Dia masuk kesitu perlahan-lahan kerana risau jika Soo Ho ada di situ. Pemilik kedai mengatakan Soo Ho tidak ada dan meminta Joo Kyeong menjaga kedainya sebentar. Joo Kyeong terus masuk kedalam kedai dan mencari buku yang diingini.

Tibatiba Soo Ho muncul di belakang Joo Kyeong. So Hoo bertanya pada Joo Kyeong sampai bila Joo Kyeong ingin berpura-pura tidak mengenalinya. Soo ho maksudkan pertemuan nya dengan Joo Kyeong diatas bangunan sewaktu Joo Kyeong ingin terjun dahulu. Joo Kyeong yang terkejut dengan soalan Soo Ho terjatuh diatas Soo Ho dan kejadian tersebut membuatkan Soo Ho teringat kan pertama kali pertemuan nya dengan Joo Kyeong dahulu. 

Joo Kyeong fikir Rahsia tentang solekan nya sudah terbongkar. Dia terkejut kerana Soo Ho mengenalinya. Soo Ho menyatakan yang dia tidak boleh berpura-pura tidak mengenali Joo Kyeong. Joo Kyeong bertanya jika Soo Ho mengenalinya saat pertama kali bertemu. Joo Kyeong maksudkan waktu pertama kali berjumpa di sekolah. Soo Ho mengaku yang dia pertama kali bertemu Joo Kyeong dia memang mengenali Joo Kyeong. Soo Ho maksud kan pertemuan di kedai buku.

Joo Kyeong pelik bagaimana Soo Ho boleh mengenalinya walaupun dia sudah memakai solekan yang cukup untuk mengubah wajahnya.  mereka tidak tahu yang mereka sedang membicarakan pertemuan pertama mereka yang berbeza.

Joo Kyeong meminta agar Soo Ho merahsiakan apa yang Soo Ho tahu tentang dirinya yang mengenakan solekan ke sekolah. Soo Ho pula fikir yang joo Kyeong meminta dia merahsiakan kejadian Joo Kyeong yang ingin terjun bangunan dahulu. Soo Ho bersetuju.

Joo Kyeong menyiapkan surat perjanjian. Soo Ho meminta buku komik cursed Mask yang di miliki Joo Kyeong jika mahu dia menandatangi  surat perjanjian tersebut. Joo Kyeong bersetuju. Joo Kyeong meminta Soo Ho belikan air dan makan mee segera bersama nya. Joo Kyeong tidak menyangka yang hari tersebut sebenarnya adalah hari jadi Soo Ho. Joo Kyeong memberikan sticker komik kepada Soo Ho sebagai hadiah harijadi.

hari isnin, di sekolah Seo Joon masuk ke dalam kelas setelah sekian lama bercuti . Joo Kyeong terkejut kerana tidak menyangka Seo joon sekelas dengan nya. Cikgu Han menyuruh Seo Joon duduk disebelah Soo Ho. Seo Joon menolak kerana hubungan nya dengan Soo Ho tidak berapa baik. Seo Joon menyuruh Joo Kyeong bangun kerana kerusi yang Joo Kyeong duduk adalah temopat duduk asalnya. Akhirnya Tae Hoon mengalah dan memberikan tempat duduknya kepada Seo Joon. 

Disekolah Seo Joon juga terlibat dengan budak-budak nakal. Tapi mereka sebenarnya kurang ditakuti oleh rakan sekolah lain. Cuma bergerak dalam kumpulan untuk nampak berani dan bagus.

Menurut Soo Ah dan Tae Hoon,  Seo Joon memang nampak seperti budak nakal. Ada juga gosip yang mengatakan Seo Joon terlibat dengan kematian seseorang. Joo Kyeong yang mendengar nya mula berasa takut kerana dia mahu memulangkan helmet Seo Joon.

Joo Kyeong mengajak Soo Ho naik ke tingkat atas bangunan sekolah. Dia ingin mengembalikan pakaian seragam Soo Ho dan memberikan buku yang di minta oleh Soo Ho semasa mereka bertemu di kedai buku. Joo Kyeong yang mulanya fikir Soo Ho tahu tentang rahsia solekan nya mula bercakap seperti biasa dengan Soo Ho. Soo Ho fikir Joo Kyeong hanya mencari perhatian nya. 



Dia hairan mengapa Joo Kyeong nampak terlalu ramah seolah-olah sudah biasa berbual dengan nya. Joo Kyeong hairan dengan sikap dingin Soo Ho Yang seolah-olah seperti baru mengenalinya. Soo Ho terus mengambil bag yang mengandungi pakaian seragamnya dan berlalu pergi. 

Joo Kyeong menahan Soo Ho dan sempat bertanya betulkan Soo Ho tidak pernah menemui nya di luar sekolah. Soo Ho menepis tangan Joo Kyeong dan memberi amaran jangan mengganggunya lagi.

Joo Kyeong mula ligat berfikir, adakah Soo Ho sebenarnya memang tidak mengenalinya. Dia mula keliru apakah sebenarnya rahsianya yang disimpan oleh Soo Ho. Joo Kyeong mengejar Soo untuk mengambil kembali bag di tangan Soo Ho. Dia risau jika Soo Ho melihat buku Komik Cursed Mask bersama pakaian seragam Soo Ho yang disimpan dalam bag tersebut.

Soo Ho menarik bag, terus Joo Kyeong memberitahu dalam bag tersebut ada tuala wanita. Cepat2 Soo Ho melepas kan bag yang dipegang. Joo Kyeong berlari meninggalkan Soo Ho dan duduk di dalam tandas sambil memikirkan apakah sebenarnya rahsianya yang disimpan Soo o..

Di Dalam kelas Joo Kyeong tak sanggup memandang Soo Ho. Dia mula ketakutan.

Ketika di rumah, Joo Kyeong mendapat panggilan telefon dari Soo Ho. Soo Meminta Joo Kyeong membawakan barang yang dia mahu dan bertemu di cafe. Joo Kyeong Mula berfikir, apakah barang yang dikehendaki oleh Soo Ho. Pkaian seragam atau pun buku komik Cursed Mask. 

Akhirnya Joo Kyeong memutuskan untuk menemui Soo Ho dengan memakai helmet supaya Soo Ho tidak dapat melihat wajahnya. Selepas Soo Ho menyebut tentang komik, baru lah lega hati Joo Kyeong. Dia meminta izin untuk ke tandas untuk membuka helmet yang dipakai.


Selepas waktu sukan, Tae Hoon menyiapkan majlis 100 hari hubungan cinta nya dengan Soo Ah. ketika mereka bersorak melihat Tae Hoon dan Soo Ah , salah seorang rakan sekelas melempar kek pada Soo Ah dan Tae Hoon. Malangnya kek tersebut terkena wajah Joo Kyeong.

Joo Kyeong yang terkejut berlari ke tandas untuk mencuci wajahnya. Tapi di dalam tandas ada rami murid lain. Mujur lah tiba-tiba Soo Ho datang dan menutup wajah Joo Kyeong dengan pakaian seragamnya...

Bersambung...

Watch True Beauty Episode 2

Cast :

Mun Ka-Young - Im Joo-Kyeong

Cha Eun-Woo - Lee Soo-Ho

Hwang In-Yeop - Han Seo-Joon

Park Ho-San - Joo-Kyeong's father

Oh Eui-Sik - Han Joon-Woo

Catat Komen

0 Ulasan