Advertisement

ads

KDRAMA TRUE BEAUTY EPISODE 1

 KDRAMA TRUE BEAUTY EPISODE 1 | Sejak kecil Im Joo Kyeong dilahirkan dengan wajah yang tidak la comel. ketika bayi ramai yang keliru dan menyangkakan dia seorang bayi lagi. Menginjak ke zaman kanak-kanak nya wajah Joo Myeong bukan lah dalam kategori kanak-kanak yang comel. Ada yang menyangka dia anak angkat kerana adik dan kakanya sangat berbeza darinya. Ini membuatkan dia selalu berimpian untuk menjadi cantik.



Dia suka menonton siri animasi dan mula berangan menjadi cantik dan menjadi pari-pari seperti yang di tonton dalam siri animasi kegemaran nya. ketika dia berhias separti pari-pari dia diketawakan dan di benci. Mereka ketawa melihat wajah hodohnya.

Dari meminati siri animasi dengan karektor kartun yang cantik, dia memilih untuk menyukai buku komik seram kerana merasakan dirinya lebih seperti karektor seram dalam buku komik yang dilahirkan dengan wajah seperti disumpah.


Disekolah setiap kali bunyi loceng rehat rakan sekelas perempuan akan mula berdandan dan berhias. Mereka sangat mementingkan kecantikan. Tapi bagi Joo Kyeong dia hanya mendengar muzik dan menjadi orang suruhan rakan sekelas nya untuk membeli makanan dikantin



Ketika dia mahu kembali ke kelas selepas membeli makanan yang dipesan rakan-rakan sekelasnya, dia terserempak dengan Hyun Bin , lelaki yang bekerja dikantin sekolah. Hyun Bin mendekati Joo Kyeong dan meminta berkongsi Earphone . dia juga mengakui meminati muzik yang didengari Joo Kyeong. Joo Kyeong berasa sangat berdebar waktu itu. 

Rakan-rakan sekelas mengintai dari atas. mereka mentertawakan kelakuan Joo kyeong. Joo Kyeong memang menyimpan perasaan pada Hyun Bin. Dia nekad untuk meluahkan cintanya pada Hyun Bin. 

Pulang dari sekolah dia menyiapkan biskut untuk Hyun Bin. Dia ingin meluahkan cintanya dengan cara yang menyentuh perasaan. Tapi sayang nya Hyun Bin menolak cintanya malah menghina Joo Kyeong.

Rakan-rakan sekelas mentertawakan Joo Kyeong dan merosak kan biskutnya.Joo Kyeong sangat sedih. Mereka juga menyebarkan video ketika Hyun Bin menolak cintanya. Disebabkan terlalu sedih dia naik ke atas bangunan.


Dia berdiri lama disitu dan mengenangkan nasib dirinya. dia fikir mahu terjun tapi dia membatalkan niat tersebut. Tiba-tiba dia ditarik ke bawah dan jatuh diatas seorang lelaki. See Hoo... Cermin mata nya jatuh ke bawah. Dia tak dapat melihat siapa yang menariknya. 

Lelaki tersebut memarahi Joo Kyeong kerana ingin terjun. Soo Hoo menasihatkan Joo Kyeong agar jangan terjun. Joo Kyeong berjalan turun ke bawah bagaikan orang buta mengikuti Soo Ho. Dia sukar melihat apa-apa dan terjatuh ke bawah. Soo Ho membantu nya turun dari tangga.

Selepas menuruni tangga Soo ho menahan teksi untuk Joo Kyeong dan Joo Kyeong sempat berpesan pada Soo Ho agar jangan bersedih mengenangkan orang yang sudah meninggal. 

Sampai dirumah Joo Kyeong melihat ibu dan ayahnya bertengkar gara-gara ayahnya di tipu dalam pelaburan. Ibunya sedang menangis. Joo Kyeong menyangka ibunya menangis kerana dia ingin bunuh diri. 

Di dalam group sembang , kawan-kawan Joo kyeong mencadangkan agar Joo Kyeong mengenakan solekan untuk menutup wajahnya yang hodoh. 



Keesokan harinya dia kesekolah dengan mengenakan solekan.Tapi dia ditertawakan dan diejek kerana solekan nya yang buruk dan menakutkan. Joo Kyeong pulang kerumah dengan sedih.

Sampai dirumah ibunya mengatakan yang mereka akan pindah semula ke kampung halaman. Joo Kyeong sangat gembira kerana dia tak akan bertemu lagi dengan rakan-rakan sekolah yang yang suka mengejek dan membulinya.

Didalam group sembang rakan-rakan lain mencadangkan Joo Kyeong belajar soleken dengan merujuk pada video-video solekan. Joo kyeong sanggup menggunakan wang simpanan nya untuk membeli alat solek. Dia mencuba berbagai teknik solekan yang sesuai dengan nya. Beberapa hari dia berlatih solekan dan berbagai cabaran dilalui nya. Akhirnya dia berjaya memperbaiki teknik solekan nya.


Joo Kyeong dan keluarganya sudah berpindah di kampung halaman mereka. Hari pertama dia akan ke sekolah baru, dia mengenakan solekan yang dia sudah pelajari. Keluarganya sendiri tidak menyangka perubahan wajah Joo Kyeong selepas bersolek sangat cantik dan lain dari sebelum nya.

Sampai disekolah ramai yang terpegun dengan kecantikan nya. Joo Kyeong mendapat ramai kawan baru. Soo Jin dan Soo Ah. Disekolah itu dia bertemu dengan Soo Ho tapi dia tidak mengenali Soo Ho dan Soo Ho juga tidak mengenali Joo Kyeong kerana wajah Joo Kyeong sudah berubah disebabkan solekan.

ketika berjalan Joo kyeong terlanggar Soo Ho dan tidak disangka-sangka, wajahnya terkena baju Soo Ho. Solekan Joo Kyeong melekat di baju Soo Ho. Soo Ho sangat Marah dan melemparkan baju nya kearah Joo Kyeong.



Joo Kyeong sangat takut dengan Soo Ho. Soo Hoo pelajar yang dingin dan tidak bergaul dengan pelajar lain. Soo Ho Juga peminat buku-buku komik seram. Dia gemar ke kedai buku yang menyediakan khidmat meminjam buku. Kedai yang sama kerap di kunjungi Joo Kyeong. 

Berbeza dengan Soo Jin dan Soo ah , Joo kyeong sangat selesa dengan dua kawan barunya. Dia juga diajak untuk keluar makan bersama selepas sekolah.Malah kawan-kawan nya juga menjemputnya menyertai group sembang. sesuatu yang tak pernah dialami oleh Joo Kyeong sebelum ini.

Joo Kyeong juga sudah mempunyai akauan Stargram. Gambar pertama yang dimuat naik sudah mendapat banyak like. Joo Kyeong sangat gembira.

Soo Ho bukan saja bersikap dingin terhadap kawan-kawan sekelas nya tapi juga terhadapa ayahnya sendiri. Dia tidak menyukai ayahnya kerana dia merasakan ayahnya mengkhianati ibunya.

Dirumah ,adik Joo Kyeong mengambil gambar Joo Kyeong tanpa solekan. Dia menggunakan gambar tersebut untuk mengugut Joo Kyeong. Dia meminta Joo Kyeong pergi ke kedai buku dan mendapatkan buku kegemaran nya.

Joo Kyeong yang terpaksa menurut kata adiknya terus ke kedai buku yang sudah 8 tahun ditinggalkan. Dia tidak menyangka kedai buku itu masih ada.Berbagai kenangan ditinggalkan di kedai buku tersebut.


Sedang Joo Kyeong memerhatikan sekitar kedai , seseorang dari belakang mengambil buku yang Joo Kyeong mahu ambil. Rupanya lelaki tersebut ialah Soo Ho. Rakan sekelasnya..  Joo  Kyeong terkejut dan jatuh diatas Soo Ho. Soo Ho Juga terkejut kerana tidak menyangka bertemu semula dengan gadis yang pernah diselamatkan nya dulu.

Bersambung...






Drama: True Beauty

Revised romanization: Yeoshingangrim

Hangul: 여신강림

Director: Kim Sang-Hyub

Writer: Yaongyi (webcomic), Lee Si-Eun

Genres: Comedy, Romance, Youth, Drama

Network: tvN

Episodes: 16

Release Date: Dec 9, 2020 - Jan 28, 2021

Runtime: Wed. & Thu. 22:50

Language: Korean

Country: South Korea


Cast :

Mun Ka-Young - Im Joo-Kyeong

Cha Eun-Woo - Lee Soo-Ho

Hwang In-Yeop - Han Seo-Joon

Park Ho-San - Joo-Kyeong's father

Oh Eui-Sik - Han Joon-Woo

True Beauty Full Episod 











True Beauty Episod 

True Beauty Episod 

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)