Advertisement

ads

KAMPUNG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 1 - TOYOL OH TOYOL

SINOPSIS KAMPUNG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 1 - TOYOL OH TOYOL  | Drama Kampung Pisang Bersiri-siri  untuk episod pertama berjudul Toyol Oh Toyol .Episod pertama karya pengarah tersohor Mamat Khalid ini turut menampilkan pelakon TJ Isa sebagai Khuda  yang memelihara toyol untuk mencari kekayaan mudah.

Drama Kampong Pisang Bersiri-siri disiarkan setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.



Sinopsis

Kecoh cerita di kedai Pak Jabit tentang kehilangan Emas dan duit milik Kak Som di rumah Pak Karim. Pak Karim yang muncul di Kedai Pak Jabit pagi itu berniat untuk kekedai pajak gadai bagi memastikan sama ada barang kemas Kak Som ada di kedai pajak gadai tersebut.Tapi sayangnya barang kemas nya tak ada di semua kedai pajak gadai.

Orang kampung sudah penuh di Dewan menunggu Tok Ketua (Pak Din). Masalah air di kampung Pisang sangat mengganggu urusan mereka. Mok sudah 3 jam menahan tak ke jambam disebabkan ketiadaan air.



Sampai saja Pak Din di balai raya, aduan mula dibuat. Pak Din pelik kerana air kolah dimasjid tak pernah habis  walaupun orang kampung mengalami masalah bekalan air. Khuda yang kononnya mengenangkan kesusahan orang kampung, mula menjual air di dalam botol.

Mujur la ada jefri. dengan "baca-baca sikit" baru lah paip besar boleh dibuka.

Masalah air sudah selesai, tapi masalah toyol semakin mengganas. Habis barang kemas mak si Cempaka di kebas toyol. Barkoba membawa anaknya, Cempaka yang pengsan terkejut nampak toyol ke klinik kesihatan. 



Sejak bekalan air sudah ada, perniagaan air botol Khuda mula terjejas. Rupanya Masalah air di Kampung Pisang adalah perbuatan Khuda . Khuda sendiri mengarahkan toyolnya menutup paip besar . Dia juga mengarahkan toyolnya mencuri wang dan barang kemas milik orang kampung.

Masalah air kembali lagi. Pak Din mula merasa pelik . Pak Din fikir mungkin dengan bacaan ayat Ruqyah masalah akan selesai.Tapi Tak ada seorang pun yang tahu membaca ayat Ruqyah. Hanya Che Purnama saja yang mengangkat tangan seolah-olah tahu.

Pak Din dan orang-orang Kampung sudah berkumpul di paip besar kampong Pisang. Pak Din mengarahkan Che Purnama membacakan ayat Ruqyah.Tapi Che Purnama kata dia tak tahu baca tapi dia tahu siapa yang tahu baca ayat Ruqyah.



Orang yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Pak Salam Erwi Joko Anuar yang datang dari Banting diharapkan dapat membantu. Pak Joko menjelaskan dia sudah tahu apa yang terjadi di kampung tersebut. Dia kemudian meminta seekor ayam jantan hitam. 

Dengan sedikit jampi magnesium masalah paip air selesai. Paip air dapat dibuka. Pak Joko jamin toyol tak kan dapat menggangu paip air lagi.

Selepas kehilangan barang kemas di dalam bekas beras, Barkoba menyimpan emasnya di dalam bekas garam. Malangnya barang kemas tersebut tetap hilang. sudah dua kali rumahnya di masuki toyol. Barkoba yang sangat sedih mengadu pada Pak Din.Lagu Ahmad Jais pun tak mampu mengubat kesedihan nya.



Mujur la pembantu perubatan terserempak dengan bomoh Chomprak di bus stand. Kehadiran bomoh Chomprak diharapkan dapat menghalau toyol di kamping Pisang. Sewaktu mentera dibaca, hantu kak limah yang tak diundang datang. Tapi orang kampung menghalau Hantu Kak Limah pergi. 

Kali kedua mentera di baca muncul lah toyol yang membuat angkara. Selepas di gertak dan diugut bakar , toyol mendedahkan tuan nya ialah Khuda. Pak Karim mula hilang sabar dan hendak memukul Khuda. Tapi Bomoh Chomprak kata " jange.. melayu sama melayu jange main taik."



Akhirnya toyol tersebut dimusnahkan oleh bomoh Chomprak. Khuda pulak memanggil-manggil toyolnya "Bachok..Bachok.." dengan perasaan sedih dan hiba.

Khuda yang menyesal dengan apa yang terjadi memohon maaf pada orang kampung dan memulangkan semula barang yang telah diambil. 

Tonton Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 1 - Toyol Oh Toyol

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)