Advertisement

ads

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 3 ( WOLFEN!WOLFEN PART 1)

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 3 - WOLFEN! WOLFEN PART 1|  Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk episod ketiga berjudul Wolfen! Wolfen Part 1 . Episod ketiga karya pengarah tersohor ini turut menampilkan Azlan Komeng, Wan Raja dan Ayie Hushairi yang memegang watak sebagai serigala jadian yang masuk ke Kampong Pisang dan menghuru-harakan kampong tersebut

Drama Kampong Pisang Bersiri-siri disiarkan setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.


 Sinopsis Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 3

Wani yang pulang dari Gopeng setelah menjual getah datang ke warung Pak Jabit. katanya nak belanja semua yang ada di Warung. Tapi waktu itu belum ada sesiapa di warung. Memandangkan tak ada sesiapa di warung, Pak Jabit pun menawarkan Yasin Milo gelas besar. Wani menelan air liur bila saja Pak Jabit menawarkan Milo gelas besar untuk Yasin. Yasin mengeluh yang milo Pak Jabit ceroi dengan ais batu hanya 2 ketul. Wani sekali lagi membuntangkan matanya bila Yasin minta Wani membelikan nya makanan dari restoran Tomyam sahaja. Pak Din yang baru sampai ke warung Pak Jabit baru nak memesan air, terus di halang Wani yang sememang nya kedekut. 



Pagi itu Pak jabit ternampak satu kesan tapak kaki di tepi warungnya. Kata Pak Jabit itu mungkin tapak harimau belang ataupun harimau Kumbang. Pak Karim kata inilah padahnya bila hutan ditebang dan ditarah semuanya. Haiwan dari hutan datang masuk ke kampung dan akan makan semua haiwan ternakan orang kampung. Mungkin orang kampung pun akan jadi mangsa.

Sebagai bekas guru silat Kampong Pisang Pak Karim nekad tak kan membiarkan perkara-perkara seperti itu berlaku dikampong Pisang. Madi mencadangkan agar laporan pada pihak Perhilitan dibuat. Kata Barkoba melihatkan dari besar tapak kaki tu mungkin ianya adalah beruang Alaska. Selepas di tempelak Pak Din, Barkoba mengagak yang ianya mungkin beruang koala... Kola kangsor.. Mujur tak kena penampar Pak Jabit.

Madi yang sedang memandu tiba-tiba melihat sekumpulan lelaki berjalan. Kelihatan nya seperti warga asing. 


Barkoba datang mengadu pada Pak Din yang ayam nya hanya tinggal seekor. Sereban ayamnya hilang. Kata Pak Jabit mungkin di makan musang. Che Purnama meluahkan rasa risaunya tentang tabung Kampong Pisang yang semakin meruncing. Che Purnama mencadangkan agar pengerusi dan Ajk kampong mencari cara untuk menambah tabung kampung . Barkoba memuji keprihatinan Che Purnama sebagai bendahari kampung cuma sekarangnya isunya ialah ayam Barkoba. bukan tabung Kampong Pisang.

Che Purnama menambah yang ikan dikolam nya juga diceroboh dan habis ikan-ikan dimakan. Paling dia kecewa ikan flowerhorn yang sudah besar pun habis dibedal binatang misteri tu. 

Penduduk kampung pergi ke reban ayam Barkoba. Mereka mencari jika terdapat tapak kaki yang sama seperti mereka lihat di tepi warung Pak jabit. Barkoba bertanya pada Pak Din siapa yang akan membayar ganti rugi tersebut. Pak Din membalas jangan bermimpi nak duit dari kerajaaan kerana elaun ketua kampung pun dia masih belum terima.



Selepas laporan di buat pada Perhilitan, datang seorang kontraktor Perhilitan di warung Pak Jabit, Rasyid. Tugasnya memindahkan binatang-binatang buas masuk semula ke hutan. Dia melihat tapak kaki haiwan tersebut . Setelah di teliti dia mengesah kan itu bukan tapak kaki  serigala, harimau dan bukan beruang alaska.Ianya adalah tapak kaki serigala jadian.

Malam mejelang dan bunyi anjing bersahutan. Muncul beberapa lembaga pelik keluar dari sebuah pondok. Lembaga seperti binatang itu muncul dan masuk ke dalam kampung. Tanpa disedari Rasyid memerhati kan lembaga-lembaga tersebut.

Madi yang baru sahaja hendak balik kerumah selepas kerja lewat malam terkejut tiba-tiba mendengar bunyi serigala. Barkoba pula muncul di depan pintu. mereka bersembunyi didalam dan mengintai diluar. Kelihatan beberapa orang lelaki berjalan mundar mandir di depan klinik. Tingkah laku mereka juga sangat aneh. Madi dan Barkoba rasa itu mungkin serigala jadian yang diperkatakan selama ni.

Madi dan Barkoba terus ke warung Pak Jabit bertemu dengan Pak Din dan orang kampung. mereka pun menceritakan apa yang telah mereka lihat tadi.

Tiba-tiba muncul Rasyid dari belakang kedai Pak Jabit. Kata Rasyid, serigala jadian tersebut sangat bahaya. Sebagai bekas guru silat yang tak takutkan bahaya , Pak Karim terus membuka bunga-bunga silat. Mujur la ditenangkan penduduk kampung yang risau dengan masalah Penyakit Jantung Pak Karim. 

Rasyid menceritakan pengalaman nya yang pernah memindahkan berbagai haiwan ke dalam hutan sepeti gajah, dan harimau. Tapi untuk haiwan seperti serigala jadian ini ianya adalah tugas yang berat dan sukar.



Penduduk kampung mula bergerak menuju ke pondok di dalam hutan. Mereka memberi salam dan pintu dibuka. Keluar seorang lelaki yang dengan lohgat Indonesia. Pak Din bertanya mengapa mereka mengganggu Kampong Pisang. Lelaki dari indonesia itu tidak mengakui segala kekacauan di kampong pisang berpunca dari mereka.

Dengan sedikit ugutan mengunakan modal parang Pak Karim, lelaki tersebut mengaku yang itu semua salah mereka. Waktu itu muncul lelaki seakan-akan serigala di depan pintu pondok. Serigala tersebut cuba untuk menyerang orang kampung. Mujurlah Rasyid muncul dan menembak salah satu serigala jadian tersebut. Yang lain lari masuk ke dalam hutan.

Mayat serigala jadian dibawa ke klinik. Sementara menunggu bedah siasat Pak Din mengarahkan Barkoba dan Madi menunggu di klinik. tapi Barkoba takut dan meminta Pak Karim turut menemaninya. Pak Karim yang sememang nya berani terus bersetuju.


Mereka bertiga menunggu di luar bilik. Mereka tak sedar di dalam bilik , ada serigala jadian sedang  menghidupkan semula rakan mereka yang telah mati. Serentak dengan itu bunyi serigala bersahutan. terkejut Madi, Barkoba dan Pak Karim.Mereka mengintai ke luar klinik dan melihat makin banyak serigala jadian diluar klinik. 

Serigala Jadian yang hidup semula tadi keluar dan berdiri didepan madi, Barkoba dan Pak Karim. Pak Karim, bekas guru silat pengsan serta merta. Mujur lah serigala tersebut terus lari keluar dan menuju ke hutan.

Serigala jadian sebenarnya ingin menjadikan kampong Pisang sebagai kampung serigala jadian. Disebabkan orang-orang  Kampong Pisang terlalu ramai dan kuat kumpulan serigala jadian memutuskan untuk keluar dan bergerak ke tempat lain untuk mencari penempatan mereka. Apatah lagi mereka baru diserang dan hampir ditrembak oleh rasyid dan orang-orangnya.

madi memberitahu dia mendengar bunyi tembakan . Pak Din, Pak Jabit, Barkoba datang ke tempat yang Madi katakan dan melihat banyak darah . 

Bersambung..

Tonton Kampong Pisang Bersiri-siri Episod 3

Catat Komen

2 Ulasan

  1. cerita ni lupa sokmo nk tengok mujur loni senang dihunjung jari ada yg kongsi kan.. :)

    BalasPadam
  2. Jadi pemes kampung pisang ni.
    kebetulan tempat wak ni ada kampung nama kg pisang.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)