Advertisement

ads

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 2 - MONYET REMPIT

KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI EPISOD 2 - MONYET REMPIT |  Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk episod kedua berjudul MONYET Rempit. Episod kedua karya pengarah tersohor ini turut menampilkan Hazama sebagai Firdaus yang gemar berlumba motosikal dan menunggang motosikal dengan laju.

Drama Kampong Pisang Bersiri-siri disiarkan setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra.



Sinopsis Kampong pisang Bersiri-siri Episod 2

Terkejut Pak jabit yang baru nak mendengar Umpan Jinak Di Air tenang - Ahmad Jais dendangan Yasin tiba-tiba diganggu dengan bunyi deruman motorsikal. Menyumpah Pak Jabit.

Madi, dan semua di kedai Pak Jabit mengadu pada Pak Karim tentang anaknya Firdaus yang suka menunggang motosikal hingga membahayakan orang lain. Pak Karim yang datang ke kedai Pak Jabit tak dapat menerima apa yang Pak Jabit dan Madi katakan. Terus Pak Karim mengamuk , lari lintang pukang semua yang ada di kedai Pak Jabit.

Firdaus memang gemar menunggang motorsikal dengan laju. Dia suka berbanga-bangga tentang kehebatan nya menunggang motorsikal pada kawan-kawan di Kampong Pisang.


Petang itu tanpa memakai topi keledar, Firdaus menunggang dengan laju di sekitar Kampong Pisang. Pak Karim yang berada di kedai Pak Jabit terkejut apabila mendengar bunyi dentuman kuat di hadapan kedai . Rupa-rupanya Firdaus terbabas dan melanggar lori. Firdaus meninggal dunia tapi Pak Karim tak dapat menerima kata-kata orang kampung yang Firdaus menunggang dengan laju.

Pak Karim menuduh Madi dan Pak Jabit sebagai mulut celupar dan menganggap orang kampung suka memfitnah anaknya. Pak Karim tak membenarnya orang kampung menguruskan pengkebumian anaknya. Dia sendiri yang akan menguruskan anaknya.

Isteri Pak Karim tak dapat menerima kematian Firdaus. Dia memangis tak henti-henti dan meminta Pak Karim membawa anaknya kembali . 



Di kedai Pak Jabit ketika semua sedang asyik menonton rancangan tv, persembahan Pak Din ketika Muda ,Barkoba mengadu yang dia ternampak Kak Som, Isteri Pak Karim sedang bercakap dan menangis sorang-sorang dan mencari Firdaus. Pak Jabit juga mengakui ternampak Pak Karim bercakap sorang-sorang.

Pak din takut jika Pak karim akan mengamuk tambahan pula dia pernah menghancur kan ekzos motorsikal Barkoba.

Dirumah Kak Som masih meratap kematian Firdaus. Dia merayu agar Pak Karim membawa anaknya kembali. Dia sangat merinduai Firdaus. Tiba-tiba muncul Khuda diluar rumah pak Karim. Pak Karim menjemput Khuda masuk kerumah.

Pak Karim mengadu pada Khuda yang orang Kampung memang berharap yang anak nya mati. Khuda memberitahu kak Som yang Firdaus akan balik kerumah pada malam ini jugak. Kak Som yang mendengar kata-kata Khuda sanggup membayar berapa pun untuk membawa pulang Firdaus.

Khuda meminta Kak Som yakin sungguh-sungguh dengan nya dan meminta kak Som menyediakan sebekas kemian, air ros, duit rm5 ribu dengan not 50. Kak Som bersetuju.

Pak Karim yang melihat hanya mampu menasihati Kak Som agar berhati-hati kerana apa yang muncul bukan firdaus tapi makhluk lain. Tapi kak Som tak peduli.

Khuda mengajar kan Som bagaimana cara memulakan upacara memanggil Firdaus menggunakan tangan monyet. Pak Karim melarang tapi Kak Som melawan dan tetap meneruskan upacara memanggil Firdaus. Tersandar Pak Karim di tendang Kak Som.



Tak lama kemudian bunyi motorsikal Firdaus jelas kedengaran di hadapan rumah. Pintu diketuk. Kak Som bangun membuka pintu dan melihat Firdaus dihadapan pintu. Dia menangis dan Hantu Firdaus meneruskan aktiviti merempit sekitar Kampong Pisang.


Pak Din dan Pak Jabit yang baru pulang dari Masjid terkejut apabila tiba-tiba melintas sebiji motorsikal dihadpaan mereka. Pak Din tahu itu adalah firdaus. 

Cempaka yang sedang menutup tingkap tiba-tiba ternampak hantu Firdaus yang beterbangan dengan motorsikal nya. Madi juga mellihat hantu Firdaus. Barkoba yang mulanya tidak mempercayai apa yang diceritakan orang ramai di kedai Pak Jabit, akhirnya percaya dan dia hampir-hampir terbabas disebabkan hantu Firdaus.

Madi yang melihat kejadian tu terus membawa Barkoba yang dalam ketakutan ke kedai Pak Jabit. Barkoba mencadangkan agar diadakan rondaan malam tapi semua tak setuju.

Madi memanggil bomoh Chomprak untuk menguruskan hantu Firdaus. Che Purnama sempat menanyakan berapa bayaran untuk Chomprak memendangkan beliau adalah AJK dan bendahari Kampong Pisang. Sempat juga dia menceritakan anak nya dulu memotong rumput. Disampuk pulak Barkoba yang dia dulu buat line padang bola tanpa bayaran. 

Bomoh Chomprak mencadangkan agar hantu firdaus dihantar kembali ke alam barzah dan dipersetujui orang-orang kampung.

dalam masa yang sama Pian yang sedang dalam perjalanan pulang kerumah digangu hantu Firdaus. Pian terus ke rumah Pak Karim dan mengadu yang hantu anaknya mengganggu dia dan isterinya. pak Karim berjanji akan memperbetulkan kembali semula keadaan huru hara dikampung itu.

Hantu Firdaus pergi ke rumah Cempaka. Cempaka memujuk hantu Firdaus agar kembali ke tempat asalnya.  Hantu firdaus terus menuju ke kubur tapi dia tidak menemui kuburnya.

Bomoh Chomprak mendekati Hantu Firdaus dan bertarung dengan hantu Firdaus. Dengan sekali serangan bomoh Chomparak terbongkok2 berundur ke belakang. Che Purnama pula tampil ke depan dengan silat tapi sekali serangan hantu Firdaus terus Gout nya datang.

Kak Som bergegas ke kubur dan menemui Firdaus dan orang kampung., Kak Som meminta maaf dan merayu pada firdaus agar kembali semula ke tempat dia dikebumikan. Pak Karim juga meminta maaf pada orang kampung.

Pak karim membakar tangan monyet yang digunakan Khuda untuk memuja hantu Firdaus. Serta merta hantu Firdaus terbakar dan menghilang.

Pak Din meminta orang ramai menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dan melupakan semua . Khuda meminta maaf pada orang kampung, Kak Som dan Pak karim. Katanya sewaktu kecil dia pernah melihat filem tangan monyet digunakan untuk memanggil roh orang mati. Dia fikirkan itu hanya rekaan dan tidak sangka roh firdaus betul2 balik ke rumah..Dia hanya mahukan wang sahaja. 

Tonton Kampong Pisang Bersiri-siri Episod 2 - Monyet Rempit

Lirik lagu Umpan Jinak Di Air Tenang

Tajuk: Umpan Jinak Di Air Tenang
Nyanyian: Ahmad jais

Madah berbunga alun suara
Terdengar merdu hanya dendangan
Madah berbunga alun suara
Terdengar merdu hanya dendangan
Wajah yang indah ditatap saja
Hati yang satu digadai jangan
Wajah yang indah ditatap saja
Hati yang satu digadai jangan
Jangan tergoda bintang di awan
Kalau terbitnya di siang hari
Jangan tergoda bintang di awan
Kalau terbitnya di siang hari
Jinak merpati, makan di tangan
Jangan di kurung di sangkar hati
Jinak merpati, makan di tangan
Jangan di kurung di sangkar hati
Seribu senyum, seribu madah
Mungkin di kuntum racun yang bisa
Seribu senyum, seribu madah
Mungkin di kuntum racun yang bisa

Kalau terkorban jiwa merana
Seribu sesal apa gunanya 

Merdu Di dengar Indah di pandang
Awas la umpan diair tenang
Merdu Di dengar Indah di pandang
Awas la umpan diair tenang

Kasih dan budi bukan mainan
Tergadai hati jiwa tebusan
Kasih dan budi bukan mainan
Tergadai hati jiwa tebusan




Catat Komen

4 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)