Advertisement

ads

HUKUM MENCABUT RUMPUT ATAU POKOK DI ATAS KUBUR

HUKUM MENCABUT RUMPUT ATAU POKOK DI KUBUR | Menjadi kebiasaan pada kita untuk melawat kubur ahli keluarga atau kenalan kita. Ada yang melawat kubur setiap kali hari raya, bulan puasa atau pun ada yang bila berkelapangan. 




Tujuan kita mencabut rumput supaya kubur sentiasa bersih tanpa semak samun. Risau jugak kalau ada binatang berbisa yang boleh membahayakan orang ramai yang datang untuk melawat kubur.

Ada juga yang melakukan aktiviti gotong royong membersihkan kubur. Bagaimana kalau ada antara mereka yang melawat kubur tu datang mencabut rumput-rumput dan tumbuhan diatas kubur. Apakah hukumnya?

Ada banyak video dan blog yang menulis isu ini sebenarnya. Tapi saya simpulkan supaya menjadi ringkas dan mudah difahami oleh pembaca lain.


Menurut apa yang saya fahami, hukum mencabut rumput diatas kubur adalah haram jika pokok yang berada diatas kubur tersebut masih hidup, akarnya masih kuat, basah dan utuh.

Melain kan rumput dan pokok diatas kubur tersebut sudah kering dan mati.

Rumput dan pokok  yang berada diatas kubur boleh di gunting atau dicantas bahagian atasnya sahaja supaya lebih kemas dan bersih. Tak boleh ditarik hingga tercabut akar pokok dan rumput tersebut.

Ini kerana rumput dan pokok yang tumbuh diatas kubur akan berzikir kepada Allah diatas si mayat. 

Tapi kita boleh mencabut rumput2 dan pokok2 di tepi-tepi bahagian kubur dan laluan di tepi kubur. Di bahagian atas kubur kita cuma boleh trim dan kemaskan supaya tak jadi semak samun.

Kalau pokok jenis meliar sampai naik kebatu nisan tu dah jadi macam semak samun. Jadi boleh la kita cabut sebahagian nya sebab akat pokok yang menjalar ni diaberakar sepanjang batang yang menjalar tu. Jadi boleh cabur sebahagian nya.

Untuk llebih penjelasan dan hadis serta dalil boleh la korang baca disini.


Catat Komen

0 Ulasan