Advertisement

ads

GAMBAR SEPANJANG MINGGU INI

GAMBAR SEPANJANG MINGGU INI |Sampai satu tahap badan rasa letih dan nak berehat. Update blog pun dah tak konsisten nih. Kecewa juga sebab rasa nak tido je. Rasa  letih dan malas. Kurang aktif sangat minggu nih. 

Jom tengok gambar apa dalam phone nih. Nak buat modal entry pun saya ni tak reti nak mengolah cerita dari gambar.


Ni kdrama yang saya tengah layan sekarang nim. Best cerita ni. Tentang 4 orang ni ada kuasa  hebat. Diaorang memang kuat la.

Tengok la nanti tau. Tajuk nya The Uncanny Counter.




Ni punca jugak ni. Punca saya tak de mood nak buat apa pun. Teringat keluarga jauh kat ipoh.. Adik saya.. positif covid 19. Harap cepat sihat dan tak menular kat ahli keluarga lain. Setakat ni ahli keluarga saya 2 orang positif covid. 

Cepat sihat ye Amir. .. 


Kakak Maisara puasa semalam. Nak berbuka dengan KFC ayam tandori. Saya tak pernah beli ayam ni. Ni 1st time. Selalu beli yang hot & spicy ni. Ikut tekak saya ni,tak sedap.. masin. 



Selain anak,ni la madu dan racun. Bila peluk rasa tenang je. Ayu...

Badan makin bulat. Malam tadi mimpi dia beranak. Hahah.. Harap ada la rezeki anak kucing lagi. Nak beli kucing tak mampu la. Tunggu ayu beranak la. 


2,3 malam lepas.buat bubur labu. Tak de gula merah tapi teringin nak makan bubur labu. Guna gula pasir je. Sedap jugak. Habis licin. Hahah..

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Semoga adik D cepat sembuh.. kalau diberi pilihan antara pengat labu dengan lemak labu, saya pilih lemak labu, tapi dua2 pun sedap, kan

    BalasPadam
  2. semoga adik sis cepat sembuh..

    BalasPadam
  3. semoga adik D di berikanNya kesembuhan dan seluruh keluarga di sana di dalam perlindungan Allah swt ,aamiin ya rabb

    BalasPadam
  4. Moga adik D cepat sembuh.
    Belum pernah beli ayam tandoori KFC.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)