Advertisement

ads

GADIS TERKEJUT SELEPAS MAKAN 2 DIMSUM TEMAN LELAKI MINTA BAYARAN BALIK

GADIS TERKEJUT SELEPAS MAKAN 2 DIMSUM TEMAN LELAKI MINTA BAYARAN BALIK | Seorang gadis dari Taiwan mendedahkan bagaimana dia terpaksa membayar bil makanan yang dimakan bersama teman lelakinya selepas makan dua dimsum ketika keluar makan bersama. Wanita tersebut menceritakan kejadian berkenaan di satu group di laman facebook di mana mereka menceritakan pengalaman ketika 3 bulan  terakhir menjalin kan hubungan cinta





Dalam postingnya yang disiarkan September lalu gadis malang ini  menceritakan,  selama ini dia dan teman lelakinya selalu berkongsi membayar bil makanan apabila keluar makan bersama. Hinggalah  pada suatu hari ketika mereka keluar bersama, mereka bercadang untuk makan di sebuah restoran Dimsum. 



Teman lelakinya memesan 15 dimsum kukus, sementara gadis tersebut memesan dimsum goreng. Ketika sedang menikmati makanan yang terhidang dimeja makan  teman lelakinya bertanya  adakah dia mahu makan 2 Dimsum nya memandangkan dia tidak dapat menghabiskan nya sendiri. Tanpa berfikir panjang, gadis tersebut bersetuju dan menerimanya. 

Sejurus selepas selesai makan, gadis itu terkejut apabila ketika hendak membayar bil teman lelakinya meminta 16 TWD  untuk 2 Dimsum yang dimakan gadis tersebut. Dalam keadaan terkejut gadis tersebut bertanya kan alasannya. 



Teman lelakinya menjawab bahawa satu dimsum yang dimakan berharga  8 TWD. Memandangkan gadis tersebut makan 2 dimsum, makan harga yang gadis itu perlu bayar ialah 16 TWD . Jawapan teman lelakinya betul-betul mengejutkan dirinya. 


Gadis tersebut terus memberikan 20 TWD kepada teman lelakinya sebagai bayaran balik untuk dimsum yang dimakan. Dia mengaku tidak mempunyai masalah untuk membayarnya, tapi selepas kejadian tersebut dia berasa agak tidak selesa dengan teman lelakinya.

Korang pernah ada pengalaman dengan lelaki yang suka berkira macam ni tak?

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Pernah...first date plak tu dia suruh bayar bil makan..macam harammm.....lepas tu x jumpa2 dh..x gentle langsung

    BalasPadam
  2. ada sangat...saya pernah ada bf macam ni. bukan takut 2 ketul dimsum... dia tumpangkan saya balik hostel pun dia berkira duit minyak. padahal dia yg sibuk nak hantar asalnya.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)