DRAMA SERAM KOMEDI: MATILAH NAK PONTIANAK ( ASTRO CITRA ) | Drama komedi seram yang menampilkan ramai pelakon baru yang antaranya ialah finalis Big Stage 2020, Usop, Azaam Sham dan Qody bakal menghiburkan penonton-penonton Astro Citra pada 5 Disember 2020. Drama ini juga turut menampilkan bintang insta , Coki dan penyanyi Shiha Zikir.
Drama Matilah Nak Pontianak diarahkan oleh Azhari Zain ini pasti akan membuatkan penonton tak kering gusi
Sinopsis Drama Matilah Nak Pontianak
Ayob, Johan dan Bob secara tidak sengaja telah bertemu dan ingin mencari bomoh terkenal untuk mengubati penyakit aneh mereka seperti tertidur bila-bila masa, lelaki lembut dan panas baran.
Mereka berjumpa dengan Tok Dani seorang bomoh kampung. Tok Dani menggunakan berbagai kaedah pengubatan yang aneh yang dikatakan mampu mengubati penyakit mereka.
Mereka juga berkenalan dengan Matila, gadis yang selalu bersama mereka sepanjang proses berubat dengan Tok Dani. Perkenalan dengan Matila telah merungkai sebuah rahsia yang perlu diungkai.
PELAKON :
Shiha Zikir
Usop
Azzam Sham
Qody Rany
Coki
Arie Zaharie
Bohari Ibrahim
2 Ulasan
mcm best jer hahaaa
BalasPadamMacam menarik ni
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)