Advertisement

ads

RINDU AWAK SEPARUH NYAWA EPISOD 1 - 40

RINDU AWAK SEPARUH NYAWA EPISOD 1 - 40 | Slot Megadrama Astro Ria akan menyiarkan drama Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Syukri Yahya dan  Uqasha Senrose. Dengan 40 episod , drama ini akan bersiaran pada Januari 2021.



Sinopsis:

Mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.



Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril Nazim.

Lantas segala usaha memikat diatur. Namun semuanya tidak mampu menawan hati Nazril. Kemuncaknya, Kasih Maisara menyelamatkan Nazril Nazim dari dilanggar dan dia mengalami kecelakaan. Bila mengetahui Kasih Maisara tidak dapat mengandung kesan kemalangan itu, Nazril Nazim terus mengambil keputusan untuk memperisterikan Kasih Maisara dengan tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura.





Pelakon:

Shukri Yahaya -Nazril Nazim 

Uqasha Senrose -Kasih Maisara  

Fizo Omar -Aidil

Marsha Milan -Nurul Huda

Khairil Anwar Aman -Datuk Raqib

Aida Khalida -Puan Norida

Ikhlas Jalil -Izudin

Norreen Iman -Qistina

Fiza Thomas -Sally

Fauzi Nawawi -Kasim

Aleza Shadan -Esah


Catat Komen

3 Ulasan

  1. Ksian Fizo jadi kambing ye kikiki

    BalasPadam
  2. PANJANG JUGA DRAMA NI 40 SIRI TU

    BalasPadam
  3. Sekarang dah mula suka lakonan Uqasha Senrose. Dulu, awal-awal lakonannya agak kaku juga waak yang dibawa.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)