Advertisement

ads

DRAMA POTONG EPISOD 1 ASTRO WARNA

DRAMA POTONG EPISOD 1 ASTRO WARNA | Drama komedi bertajuk Potong bakal disiarkan pada 29 Disember 2020. Drama ini dibintangi oleh Hazama dan Kazar Saidi.. Potong akan bersiaran pada setiap hari Selasa jam 9 malam. Selain Hazaman dan kazar , drama ini turut dibintangi oleh Black  Lan Siro , Rosyam Nor dan Delimawati.


 Sinopsis Potong Episod 1

Ahmad Hamidun pulang ke kampung di Lenggong kerana ayahnya sakit. Sampai dirumah , ayahnya yang mengerang kesakitan memanggil Midun dan meminta Midun belikan Chicken Chop 2. Satu untuknya dan satu untuk isterinya. Ayah nya suruh pergi beli segera kerana risau tak sempat makan.  Selepas makan Chicken Chop ayah Midun memberi pesanan agar Midun menerima warisan keluarga mereka pada Midun kerana Midun lah pewaris paling layak menerima warisan tersebut hingga ke anak cucu.

Midun yang mendengar perkara tersebut terus keluar pergi mengambil tangga di rumah jiran dan masuk ke dalam rumah. Dia ingin membuka bumbung rumah supaya saka ayahnya tidak diwarisi olehnya. 

Emak Midun menjelaskan tiada saka yang dibela ayahnya. Belum pernah keluarganya membela saka.Ayah Midun menyurus isterinya membawakan nya bag hitam yang disimpan. Ayah Midun mengeluarkan seilah pisau lecil yang digunakan untuk menyunatkan budak-budak di kampung.



Ayah Midun mahu Midun meneruskan tradisi keluarganya menyambung kerja sebagai Tok Mudim di kampung tersebut. Sebaik sahaja Midun mengangguk setuju ayahnya meninggal dunia.

Kini Midun sudah bergelar Tok Mudim kampung. Dengan dibantu oleh Abang Mus mereka menawarkan khidman berkhatan berserta dengan tempoh warranty. Sebaik seleasai menjalankan tugas Midun akan memberi beberapa nasihat pada pelanggan nya bagaimana cara menjaga luka berkhatan.

Hari itu ketika dalam perjalanan pulang dari mengkhatan kan anak salah seorang pendduk kampung , mereka ditahan oleh Jeman. Jeman meminta wang pada Midun. Midun tak nak memberikan wang pada Jemandan melarikan bag Midun. Begitulah Jeman yang kerap menganggu sesiapa saja di kampung tersebut. Dia juga selalu mengambil wang penduduk kampung.

Jeman yang sedang menunggang Motorsikal bertembung dengan sebuah kereta. Dia terjatuh ketika mengelak dilanggar kereta tersebut. pemilik kereta keluar untuk melihat keadaan JemanJeman jatuh cinta melihat wajah gadis tersebut. Rupanya dia seorang doktor. Dia mempelawa Jeman ke klinik nya untuk merawat Jiman.

Di klinik dia berkenalan dengan doktor tersebut. Jeman meminta suntikan pada doktor, tapi doktor kata tak perlu suntikan. 

Midun dan abang Mus singgah di Warong Tok Jidin. Midun melihat anak-anakmuda disitu semuanya hanya melihat smartphone. Dia memberitahu pemduduk sekarang dah jadi anti sosial.

Tok Jidin memberitahu Midun yang dekat kampung mereka sudah ada klinik yang menyediakan khidmat berkhatan. Abang Mus dan Midun tidak risau kerana mereka yakin orang kampung tetap akan menggunakan khidmat khatan secara tradisional. 

Jeman mula dilanda angau. Dia asyik teringatkan doktor wanita yang diatemui tadi. Dia kembali semula ke klinik Dr Nur . Dia memberitahu yang lukanya sudah tidak sakit. Cuma dia berasa ada sakit baru dibahagian dadanya. Dadanya berdegup kencang dan Doktor Nur la Puncanya. Dia memberitahu yang dia ingin menjemput Dr Nur untuk candle light diner bersamanya.

Masuk waktu solat Zohor, sewaktu bilal mula hendak azan Bilal dan imam terkejut melihat tabung dan mikrofon masjid sudah hilang. Mereka dapat merasakan tbung dan Mikrofon sudah hilang di kebas pencuri. Bila mereka memeriksa cctv masjid mereka melihat Jeman yang mengambil barang-barang masjid.

Orang-orang masjid terus pergi mencari Jeman dan meminta Jeman mengembalikan semula barang-barang masjid yang diambil JemanJeman tak mengaku walaupun sudah jelas dalam video cctv dia yang mengambil barang-barang tersebut. Jeman sempat melarikan diri dengan motorsikalnya.

Midun yang sedang menunggang motorsikal tiba-tiba ternampak Dr Nur dihadapan rumah sedang memotong rumput. Midun tak lepas memandang Dr Nur. Dia tersenyum malu melihat Dr Nur walaupun Dr Nur langsung tak mempedulikan nya.

Di warong Tok Jidin memberitahu Midun dan Abang Mus bahawa Jeman kerap meminta wang orang kampung. menurut Abang Mus sejak Jeman masuk kumpulan gengstar lambang ikan pari lah Jeman berubah menjadi jahat. Tok Jidin meminta Midun agar menasihatkan Jemankerana keluarga Midun sangat dihormati orang kampung. Midun menolak dan tak mahu masuk campur dalam urusan Jeman...

bersambung..

Saksikan  sambungan drama Bersiri Potong setiap selasa di astro Warna .



Tajuk Drama  : POTONG
Episod : 15
Tarikh tayangan : 29 Disember 2020
Waktu siaran : Selasa, 9:00 malam
Saiaran tv : Astro Warna & Warna HD
Skrip : MF Kencana
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain


Pelakon:

Hazama
Kazar Saisi
Dalimawati
Lan Siro
Syazlin Zainal
Syaffiq Tatam
Rosyam Nor
Jurey Rosli
Black Hanifah
Along Eyzendy
Neera Azizi
Daler Yusuf
Kamarool Hj Yusoff
Wafariena Roslan
Erul Samah
Hamdan Senario 


Tonton Drama Potong Episod Penuh (Episod 1- 15 )



Tonton Drama Potong Episod 3

Tonton Drama Potong Episod 4

Catat Komen

3 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)