Advertisement

ads

DRAMA MISTERI MONA EPISOD 1 TV3

DRAMA  MISTERI MONA EPISOD 1 TV3 | drama bersiri 'Misteri Mona' disiarkan menerusi slot Samarinda TV3. Menampilkan lakonan Janna Nick, Redza Rosli dan Ruzana Ibrahim. Drama genre psiko thriller arahan Amor Rizanini disiarkkan bermula 10 Disember 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 10 Disember 2020 pukul 10 malam di TV3



Sinopsis Misteri Mona Episod 1

Anom sering bermimpi buruk. Suaminya Dr Nadeem risau dengan keadaan nya. Dr Nadeem terpaksa bercuti untuk menjaga Anom memandangkan penjaga lama Anom sudah berhenti kerja. Dia berjanji pada anom akan segera mencari pembantu yang baru.

Farah seorang   gadis yang sedang mencari pekerjaan. Sudah banyak permohonan dibuat tapi masih belum mendapat tawaran kerja. Tuan rumah nya juga sudah menggesa Farah untuk segera membayar sewa rumah. Mak Jah memberi tempoh sehingga bulan depan untuk Farah segera membayar sewa rumah yang tertunggak.

Ikmal, kawan baik Farah membantu farah mendapatkan kerja. Dia dah farah segera pergi ke alamat yang menawarkan pekerjaan. Sampai di rumah Dr Nadeem dia melihat seorang wanita keluar sambil marah-marah. Menurut wanita tersebut, Dr Nademm menetapkan jika hendak bekerja di situ tidak boleh mempunyai sosial media kerana melalaikan.


Selepas wanita itu pergi, Dr Nadeem mempelawa Farah masuk ke rumah. Farah menunjuk kan sijil diploma kepada Dr Nadeem tapi Dr Nadeem menolak kerana dia merasakan tidak perlu untuk melihatnya.

Dr Nadeem bertanya jika Farah mempunya sosial media.Risau jika dia tidak diterima bekerja, Farah memberitahu yang dia tidak mempunyai sosial media kerana ianya melalaikan.  


Dr Nadeem menjelaskan tugas yang patut Farah lakukan iaitu menjaga isterinya dan memastikan keselamatan isterinya. Dr Nadeem menawarkan gaji rm2000 kepada farah dan Farah boleh memulakan kerja keesokan harinya.

Malam: Ketika Anom sedang tidur dia terjaga dan ternampak kelibat seseorang didalam biliknya. Kelibat seorang wanita yang berdiri membelakangi nya. Apa bila dia menyentuh wanita tersebut tiba-tiba wajah suaminya muncul dalam keadaan menakutkan. Rupanya Anom hanya bermimpi.

Paginya Farah sampai seperti yang dijanjikan di rumah Dr Nadem. Dr Nadeem menerangkan secara terperinci tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh Farah. Berkali-kali dr Nadeem menekankan tentang makan ubat dan farah perlu memastikan Anom makan kesemua ubat yang sudah disediakan.

Dr Nadeem juga mengingatkan farah supaya jangan sesekali membuka pintu yang terdapat di dapur dan tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke situ.

Farah yang sedang menyiapkan makanan untuk Anom tiba-tiba mendengar pintu dapur tersebut seolah-olah di tutup, Dia menoleh ke pintu tapi tiada sesiapa di situ. Tiba-tiba Anom muncul di belakang Farah.



Anom melayan farah dengan baik. Mereka kerap berbual dan berkongsi cerita. Anom juga menceritakan kenangan nya semasa kecil kepada Farah.

Ketika kecil Anom mepunyai seorang bapa tiri selepas ayahnya meninggal dunia. Bapa tirinya seorang yang panas baran dan penagih dadah. Dia selalu melihat ibunya dikasari abah tirinya. Abah tirinya juga selalu mengambil wang ibunya sehingga ibunya sering tidak mempunyai wang dan memimjam pada orang lain.

Ibunya tidak mahu melaporkan kepada polis kerana takut kehilangan suami dan merasakan suaminya mampu berubah.Ibunya kerap menjadi mangsa abah tirinya dan sering dipukul.


Anom menjelaskan pada Farah yang dia mempunyai penyakit mental atau pun gila. Anom mengalami blackout iaitu keadaan dimana dia tidak mengingati apa pun dalam tempoh setahun.

Bersambung....





Pelakon

Janna Nick -Anom

Redza Rosli -Dr Nadeem

Ruzana -sebagai Mona

Elisha Sandha -Farah

Zarynn Min -Laila

Zizan Nin -Razlan

Ainin Batrisya - Anom

Duerra Mitilda -Mona

Syed Irfan -Fahmi

Alif Hadi - Shawn

Amir Rahim -Dr Uwais

Syafi Tee -Ikmal

Azhar Amir -Tuan Jamal 

Jeff Saly -Jali

Elly Suhail -Shima 

Badsham Harun -Malik.


Tonton Misteri Mona Full Episod 

Misteri Mona Episod 1 

Misteri Mona Episod 2

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)