DRAMA BIDADARI SALJU EPISOD 1- 28 EPISOD PENUH | Pasangan kekasih , Sweet Qismina dan Adam Lee bakal bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang akan bersiaran pada Disember ini. Drama 28 episod ini bakal ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. SelaunAdam dan Sweet , pelakon lain yang turut sama dlam drama ini ialah Nazrief Nazri Chacha Maembong dan Fimie Don.
Sinopsis Drama Bidadari Salju
Drama ini mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya.
Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung.
8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang memeritkan membuat dia membenci lelaki, cinta dan perkahwinan.
Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya.
Pelakon:
Sweet Qismina -Kayra
Adam Lee sebag- Hariz
Nazrief Nazri -Wan Hakimi
Zaki Azeman -Aiman
Syazuwan Hassan -Raqib
Fimie Don -Naufal
Chacha Maembong -Dania
Jaja Iliyes -Anita
Aqil Taqeeuddin -Hafizan
Siti Khadijah -Marissa
Nizam Kama -Asyraf
Puteri A'teeqah -Athira
Damia Qaissarah -Yaya
Soundtrack Drama Bidadari Salju
Mimpi - Haqiem Rusli ( Teaser )
3 Ulasan
Benci konon kan..
BalasPadamTAJUK DRAMANYA KAN MAIN OHSEM
BalasPadamFimie Don lama tak berlakon.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)