Advertisement

ads

DI KYRGYZSTAN MENCULIK ISTERI ORANG LAIN UNTUK DIJADIKAN ISTERI DAN MENANTU ADALAH SATU BUDAYA

DI KYRGYZSTAN MENCULIK ISTERI ORANG LAIN UNTUK DIJADIKAN ISTERI DAN MENANTU ADALAH SATU BUDAYA | Benda paling gila yang saya baca hari ni ialah satu budaya pelik yang diamalkan disebuah negara yang dikenali sebagai Kyrggyzstan. Di negara ini ada satu budaya dimana lelaki akan menculik mana-mana wanita yang sudah bersuami untuk dijadikan isteri. 



Malah yang lebih mengejutkan lagi , keluarga lelaki juga akan membantu lelaki tersebut untuk menculik wanita yang mereka ingin jadikan isteri. Walaupun wanita tersebut tidak mahu, mereka tetap akan berkahwin secara paksa.


Walaupun kerajaan Kyrgyzstan telah memperketat undang-undang terhadap penculikan pengantin perempuan pada tahun 2013, namun perkara ini masih berlaku dan dilaporkan kes penculikan wanita untuk dijadikan isteri berlaku setiap 30 minit. 



Sebilangan besar mangsa memilih untuk tidak melaporkan kejadian tersebut dan hanya mendiamkan diri. Mungkin kerana ianya dia anggap sesuatu yang biasa dan sebagai satu budaya,  atau pun ada keluarga mangsa yang tidak tahu tentang undang-undang yang sudah dikuat kuasa. jadi perkara-perkara sebegini masih berlaku.


Ada banyak juga kes penculikan ini yang mempunyai niat jahat termasuk penyiksaan fizikal dan mental. Kebanyakan wanita merasa sukar untuk mengatasi trauma dan akhirnya mengakhiri hidup mereka. 


Catat Komen

1 Ulasan

  1. Apa daaa.. Byk anak2 dara, bini org jugak yg kemaruk.. Adeh... Kesian pompuan2 tu, dh la kena culik kawen paksa, sekali dpt somi baru x bertanggungjawab pulak... Mmg betul2 sudah jatuh ditimpa tangga..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)