Advertisement

ads

CINTA SEKALI LAGI EPISOD 28 AKHIR

CINTA SEKALI LAGI EPISOD 28 AKHIR |  Drama Cinta Sekali Lagi bakal menemui penonton Slot Akasia Tv3 bermula 4 november 2020. Drama lakonan Nelydia Senrose, Saharul Ridzwan dan Hannah Delisha ini akan menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di saluran TV3. Episod akhir drama ini ditayangkan pada 14 Disember 2020.



Sinopsis penuh episod akhir Cinta Sekali Lagi

Fahad mengetuk pintu bertalu-talu memanggil Amanda. Dengan perasaan sedih dia meminta maaf pada Amanda. Fahad melutut pada Amanda. Dia memberitahu anak yang dikandung Amanda adalah anaknya dan Amanda. Tidak seperti yang Amani fitnahkan selama ini.

Amanda hanya mendengar dengan rasa sedih dan kecewa. Waktu Fahad menjelaskan semua nya kepada Amanda tentang apa yang sudah Amani lakukan .Fahad kesal kerana selama ini dia mempercayai Amani.

Amanda tidak mahu Fahad bersedih dan melupakan semuanya  kerana dia sudah lama memaafkan Fahad. Fahad meminta agar dirinya diberi peluang untuk memulakan hidup baru bersama Amanda dan anak-anak. Dia ingin menebus segala dosanya pada Amanda.



Amanda meminta fahad mengerti yang jodoh mereka berdua sudah tiada. Adik kakak tidak boleh bermadu. Amanda berharap agar fahad dapat membimbing adiknya agar berubah dan akan cuba menerima Amani. Cinta sekali lagi bukan lah pilihan yang terbaik untuk mereka berdua.

Fahad yang sedang bersedih dihampiri Mukhlis. Mukhlis menasihati Fahad agar berdoa agar dipermudahkan urusan. 


Amani yang sedang mencari-cari fahad tiba-tiba berasa tidak tentu arah. Dia memandang sekeliling nya. Matanya melilau seolah-oleh ketakutan.

Amani segera kerumah Amanda, menyerbu masuk dan mencari Fahad. Dia menuduh Amanda menyembunyikan suaminya. Ibunya menampar Amani. Kerana terlalu marah Amani mencekik Amanda. 



Amanda bergegas keluar sambil menelefon Fahad. Fahad memarahi Amani kerana Amani sebenarnya seorang yang jahat kerana tergamak menganiaya kakak sendiri. 

Fahad : Saya dah tahu apa yang awak buat, Amani.Nampak je baik, cantik,lembut. Tapi rupa-rupanya jahat.

Amani: No..!Abang saja percaya semua ni sebab abang nak tinggalkan Amani..kan?Nak balik dengan akak..kan?

Fahad: Kalau betul pun itu hak saya. Awak ingat saya sanggup nak ada isteri yang macam awak.

Amani: Abang!!

Fahad : Amani, Kalau kakak sendiri pun awak sanggup aniaya, saya dengan orang ni macam mana? Tergamak awak buat benda terkutuk macam ni..kan?Awak isteri saya ,kan Amani?? Jawab lah!!!

mani yang sedang marah mula berhalusinasi. Dia seolah-0lah melihat Fahad ada dihadapan nya. Tiba-tiba bayangan Fahad menghilang dan Amani mula menjerit-jerit ketakutan seperti orang gila.

Tiba-tiba datang sebuah lori dan melanggar Amani. Amani meninggal .

__________

Fahad melutut dihadapan Bunda. Fahad menyesal dan memohon ampun pada Bunda . Bunda memaafkan Fahad dan meminta agar Fahad menerima segala hukuman yang akan dikenalan padanya nanti.

Fahad juga meminta maaf pada Ibu Amanda. Ibu Amanda memaafkan Fahad dan berharap hubungan mereka tidak akan putus.



Fahad menemui Izamel dan meminta agar dia tidak mengganggu Amanda. Fahad merasakan Izamel juga menjadi punca kemusnahan rumahtangganya dan Amanda. Izamel menjelaskan yang perceraian Fahad dan Amanda tidak ada kena mengena dengan dirinya. Amanda muncul dan menyangkal apa yang dikatakan oleh fahad.

Amanda: Yakin nya awak cakap, Fahad.

Fahad: Amanda. Please... Please..Saya..Saya nak awak sebagai isteri saya.Demi anak-anak kita, Amanda.

Amanda:ketakutan sebuah perkahwinan tu perceraian.Sebab hakikat sebuah cinta susah nak wujud kali kedua dengan orang yang sama.

Hubungan Amar dan Hana juga direstui Bunda. Bunda meminta maaf pada Hana kerana perbuatan nya selama ini terhadap Hana. Bagi nya tidak ada apa yang lebih penting selain kebahagiaan anak-anak.


Ketika Fahad datang kerumah Amanda untuk menemui anak-anaknya, Fahad menerima satu pesanan dari Amanda yang dihantar melalui anak-anaknya.


Fahad berasa sangat gembira. Mereka pun berkahwin semula. Walaupun Amanda memerlukan masa untuk menerima Fahad kembali, namun Fahad bersabar dan menjalankan tanggungjawab nya dengan baik. 

Fahad pulang dari kerja dan terdapat sebiji kek diatas meja berserta dengan pesanan dari amanda...



Amanda menghampiri Fahad dan mengucapkan "Selamat Hari jadi , Sayang " kepada Fahad. Amanda meminta maaf kepada fahad . Dia sedar yang kadang-kadang dugaan itu datang dari orang yang tersayang. Amanda meminta maaf dan redha dengan apa yang sudah terjadi.

Fahad cuma berharap Amanda akan setia disisinya.. Sebaik membuka kotak hadiah dari Amanda , Fahad terkejut dan gembira kerana Amanda hamil.

Tonton Cinta Sekali Lagi Episod Akhir 

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)