Advertisement

ads

CARA BUAT HAND SANITIZER YANG MUDAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN

CARA BUAT HAND SANITIZER YANG MUDAH DAN SELAMAT DIGUNAKAN | Sekarang ni hand sanitizer sudah menjadi satu benda yang wajib ada dalam bag kita bila tiap kali kita keluar. Harga hand sanitizer pun bukan lah mahal sangat. 

Beli botol besar tu boleh guna lama sikit. Kalau mengikut harga nya di farmasi ada yang semurah rm10 - rm100 mengikut saiz botol. 



Sebenarnya hand sanitizer ni bukan lah benda wajib yang perlu ada sebab cara mencuci tangan dengan air dan sabun adalah cara terbaik untuk membunuhi kuman. Tapi kalau tak de air, hand sanitizer lah penyelamatnya. 

Untuk yang menggunakan hand sanitizer pulak kandungan alkohol di dalam hand sanitizer mestilah melebihi 60%. Kalau kurang maknanya tak berkesan pun untuk membunuh kuman. So tiap kali beli jangan lupa mesti check label produk.

Waktu mula-mula penyebaran virus Corona beberapa bulan lepas, susah betul nak mendapatkan hand sanitizer. Malah ada yang menaik kan harga sesuka hati disebabkan permintaan yang terlalu tinggi. Sampai ada yang buat hand sanitizer sendiri dirumah.



Walaupun sekarang mudah untuk dapatkan hand sanitizer, tapi kita tetap kena berhati-hati dalam memilih hand sanitizer yang selamat kerana ada juga hand sanitizer yang mengandungi metanol.

Metanol adalah alkohol beracun yang boleh memberi kesan buruk, seperti mual, muntah, atau sakit kepala, apabila digunakan pada kulit. Kesan yang lebih serius, seperti kebutaan, kejang, atau kerosakan pada sistem saraf, boleh berlaku sekiranya tertelan. 

Terminum hand sanitizer yang mengandungi metanol, sama ada secara tidak sengaja atau sengaja, boleh membawa maut. 

Sekiranya kita terbeli hand sanitizer yang mengandungi metanol, berhenti menggunakannya dengan segera. Kembalikan ke kedai tempat dimana kita beli. 

Hari ni saya nak kongsikan cara mudah buet hand sanitizer yang selamat digunakan.


Amaran: 

1. Jangan bagi kanak-kanak gunakan hand sanitizer buatan sendiri 

2. Hanya gunakan pembersih tangan buatan sendiri dalam situasi dimana pencucian tangan tidak tersedia.

3. Pastikan tangan tidak ada minyak atau kotoran sebelum menggunakan hand sanitizer buatan sendiri

4. Gosok hand sanitizer hingga kering di permukaan kulit (30-60 saat)



Bahan untuk buat hand sanitizer

Untuk membuat hand sanitizer kita gunakan Isopropyl  atau pun rubbing alcohol, sejenis alkohol yang kerap digunakan untuk pembersihan.

  • Isopyl atau Rubbing Alcohol (mengandungi 99% jumlah alcohol) 
  • Gel Aloe Vera
  • Essential oil, seperti minyak lavender , atau boleh menggunakan jus lemon sahaja.


Photo: Because health

Kunci utama untuk membuat hand sanitizer yang berkesan dan selamat adalah mengikut nisbah-  alkohol 2: 1  lidah buaya. Ini untuk mengekalkan kandungan alkohol sekitar 60 peratus iaitu jumlah minimum yang diperlukan untuk membunuh kuman.

Cara Buat Hand sanitizer

2 bahagian Alcohol dicampur dengan 1 bahagian Aloe Vera gel dan 5-10 titis essential oil. Masuk kan dalam botol dan kacau dengan spatula perlahan-lahan sampai semua bahan sebati.Patikan ianya dicampurkan dengan sebati sebelum digunakan.

Hand sanitizer sudah sedia untuk digunakan.

sebelum membuat Hand sanitizer pastikan semua perlatan dalam keadaan bersih dan tidak tercemar. Tangan juga mestilah dalam keadaan bersih sebelum dan selepas membuat hand sanitizer.

Bahan-bahan nya juga tidak boleh disentuh dengan tangan sehingga proses membuat hand sanitizer siap.

Kesan buruk jika sukatan bahan tidak tepat

Jika bahan-bahan yang digunakan untuk membuat hand sanitizer tidak mengikut sukatan yang tepat beberapa kesan buruk mungkin berlaku selepas menggunakan hand sanitizer.

  • kekurangan keberkesanan, yang bermaksud bahawa pembersih tidak dapat secara efektif menghilang dan membunuh kuman
  • kerengsaan kulit, kecederaan, atau luka bakar
  • pendedahan kepada bahan kimia berbahaya.

selamat mencuba.

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Betul juga tu, takut sukatan tak tepat, bahaya pula bila gunakan.

    BalasPadam
  2. Tengok macam senang tapi kalau tak betul sukatan dah bahaya pulak kan. Beli aja lah kut.. hihihi..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)