Advertisement

ads

BOUGAINVILLEA EPISOD 3

BOUGAINVILLEA EPISOD 3 Drama Bougainvillea lakonan Nora Danish, Intan Lydiana dan Beto Kusyairi bersiaran di TV3 setiap hari Isnin dan Selasa jam 10 malam bermula 28 Disember 2020. Drama ini ditayangkan dalam slot samarinda dengan 15 episod.


Sinopsis Drama Bougainvillea Episod 3

Aryanna mengalami kemalangan dan koma. Manakala anak didalam kandungan tidak dapat diselamatkan. Adrian menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang menimpa Aryanna. Dia menyesal kerana tidak membawa Aryanna ke klinik untuk pemeriksaan dan membiarkan Aryanna memandu sendiri. 

Anak-anak Aryanna menngis di rumah sedih emngenangkan ibu mereka. Mujur lah Azira ada menemankan mereka di rumah. Adrian setia menunggu Aryanna di hospital. Ibunya menyuruh Adrian pulang kerumah dahulu dan menjenguk anak-anaknya.IBu adrian dan Ibu mertuanya menyuruh Adrian pulang .Mereka mahu adrian berehat dan menguruskan anak-anak dirumah.

Adrian menangis mengenangkan Aryanna. Ibu Adrian menasihatkan Adrian agar berdoa dan kuatkan semangat. Adrian tak mampu mengawal perasaaan nya. Dia hilang semangat dan menyalahkan dirinya sendiri. 

Adrian bercadang membawa Aryanna pulang kerumah. Doktor bersetuju dengan cadangan Adrian. Tapi Ibu Adrian dan Ibu Aryanna melarang Adrian membawa Aryanna pulang kerumah kerana mereka risaukan penjagaan Aryanna. Mereka tahu Adrian tidak ada masa untuk Menjaga Aryanna. 

Sebaik membawa Aryanna dibawa pulang kerumah, Adrian menjaga nya dan menguruskan Aryanna setiap hari.Adrian banyak melakukan kerja-kerja pejabat di rumahnya sahaja.


Adrian banyak berbual dengan Aryanna, walaupun Aryanna masih tak sedarkan diri. Adrian menangis merayu Aryanna bangun dan kembali seperti dahulu. Tapi tiada langsung tindak balas dari Aryanna.

Adrian mnguruskan anak-anaknya sendiri sejak Aryanna koma. DIa lebih banyak masa di rumah bersama keluarganya. Tapi bagi Adrian tanpa Aryanna hatinya kosong dan sunyi. Tapi dia tahu dia tidak boleh mungkir janji pada Aryanna yang dia akan menjaga dan tidak mengabaikan anak-anaknya.

Sudah 2 bulan Aryanna tidak sedar. Datin Aini yang rapat dengan Bibah datang kerumah dan memberitahu tentang keadaan keluarga Adrian dan keluarganya. Datin Aini juga rapat dengan ibu dan mertua Adrian.

Datin Aini mencadangkan pada ibu dan mertua Adrian agar mengambil jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna. Adrian tak bersetuju dengan cadang ibu dan ibu mertuanya. Dia tak mahu orang asing berada didalam rumahnya. Tapi ibu dan mertuanya memaksa Adrian menggunakan khidmat jururawat peribadi agar dapat melancarkan urusan kerja Adrian dan anak-anak.

Bersambung..



Tonton Bougainvillea Episod 3

Pelakon  Bougainvillea

Beto Kusyairy

Intan Ladyana

Nora Danish

Hanna Aqeela

Wan Nor Azlin

Kirana Batrisyia

Mior Darwish

Ameerul Asyraf

Ziema Din

Jasper Supayah

Soundtrack Drama Bougainvillea

Peluang kedua - Nabila Razali

Boneka - Ernie Zakri

Perit- Aliff Iskandar

Tonton Bougainvillea Episod Penuh

Bougainvillea Episod 5
Bougainvillea Episod 6
Bougainvillea Episod 7

Catat Komen

0 Ulasan