Advertisement

ads

BOUGAINVILLEA EPISOD 1

BOUGAINVILLEA EPISOD 1| Drama Bougainvillealakonan Nora Danish, Intan Lydiana dan Beto Kusyairi bersiaran di TV3 setiap hari Isnin dan Selasa jam 10 malam bermula 28 Disember 2020. Drama ini ditayangkan dalam slot samarinda dengan 15 episod.


Sinopsis Bougainvillea Episod 1

Ali menaruh perasaan pada Mimie. ketika dia menghadiahkan Mimie sebuah patung  Mimi tidak menerimanya. Ali berasa sedih kerana perasaan nya jelas tidak berbalas. Ibu saudara mimie, Bibah yang menjaga Mimie sejak kecil juga tak begitu berminat untuk menjodohkan Mimie dengan Ali kerana Ali bukan orang yang kaya. sikap memilih Bibah membuatkan kawan-kawan nya mentertawakan Bibah dan Mimi kerana mereka mengatakan Bibah dan Mimie akan membujang sampai ke tua.

Bibah teringat ketika dahulu dia tidak jadi kahwin dan pertunangan nya putus gara-gara dia menjaga Mimie, anak tak sah taraf.tiba-tiba dia mendengar Mimie sedang marah-marah. Rupanya Mimi marah kepada Ali kerana sering menagih cintanya. Mujur la Mimie melihat satu hadiah di mejanya. Terus gembira hati Mimie kerana hadiah tersebut dari Makngah nya yang dianggap seperti ibunya sendiri.

Aryanna seorang isteri yang sanggup mengorbankan kerjayanya demi anak-anak dan rumahtangga. Keputusan nya untuk menumpukan perhatian pada rumahtangga disokong sepenuhnya oleh Adrian.

Di ulangtahun perkahwinan mereka Adrian membuat kejutan untuk Aryanna.Dia menghadiahkan rantai sebgaai tanda cintanya pada Aryanna.Kehidupan rumahtangga mereka sangat bahagia.


Mimie seorang jururawat  sedang bersiap untuk ke tempat kerja. Ali datang dengan motorsikalnya dan meinta maaf pada Mimie. Dia berjanji tak akan lagi bercakap tentang perasaan nya pada Mimie. Mimie memaafkan Ali dan menerima pelawaan Ali untuk menghantarnya ke hospital

Sampai di hospital , Elyana yang berada di pintu pagar berasa cemburu dengan kemesraan Ali dan Mimie. Dia marah kepada Mimie kerana melayan Ali dengan buruk sedangkan Ali sangat baik pada Mimie. Dia merasakan Mimie mengambil kesempatan atas kebaikan Ali. 

Adrian yang sedang memandu ditemani isterinya melihat sahabat mereka , Hazira mengalami kerosakan kereta di tepi jalan. Mereka kemudian nya berhenti untuk membantu  Hazira.


Kemudian Aryanna meminta Adrian berhenti di sebuah kedai kerana dia ingin membeli barang. Ketika di dalam Kedai Aryanna terserempak dengan Mimie. Mimie hanya memandang Aryanna dan Aryanna tersenyum melihat Mimie. Aryanna menelefon suaminya dan meminta suaminya membawa dompetnya didalam kedai kerana dia terlupa mengambilnya sewaktu keluar dari kereta.

Ketika membuka dompet Aryanna Adrian terkejut melihat  kit ujian kehamilan isterinya. Dia kemudian masuk kekedai untuk memberikan dompet pada isterinya .Mimie yang berada didalam kedai terkejut melihat Adrian kerana dia memang sudah lama mengikuti kisah Adrian di surat khabar.

Mimie pulang ke rumah dengan perasan gembira selepas bmelihat Adrian didepan mata. Dia menjelaskan pada Makngahnya yang dia tidak ingin menyambung kontrak nya di hospital tempat dia bekerja sekarang. Dia fikir selagi dia bekerja disitu dia tidak akan bertemu dengan calon suaminya.

Adrian berasa gembira kerana isterinya Aryanna telah hamil anak ke tiga. Mereka sekeluarga sangat gembira dengan berita tersebut.

Mimie menceritakan kejadian bertemu Adrian dan Aryanna yang sangat dia minati. Dia kagum dengan pasangan yang romantis dan sama cantik itu. Makngah mengatakan yang dia Ingin Mimie bertemu jodoh dengan lelaki yang kaya dan Mimie perlu bertindak dari awal. Mimie bertanya bagaimana jika lelaki tersebut adalah suami orang tapi makngah  tidak kisah dan mengatakan lelaki boleh kahwin 3. 


Ketika sedang menunggang motosikal untuk pulang kerumah, Mimie tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta yang ingin keluar dari parking. Mujur lah dia hanya mengalami cedera rangin. Wanita yang melanggar Mimie adalah Aryanna.



Aryanna segera keluar dari kereta dan meminta maaf pada Mimie. Dia mempelawa Mimie mengikutnya pulang supaya dia dapat merawat luka Mimie.Mimie berasa kagum dengan suasana mewah didalam rumah Aryanna. Dia bangun dan ingin melihat-lihat sekitar rumah besar tersebut. Dia melihat gambar perkahwinan Aryanna dan Adrian yang tergantung dididnding. Mimie mula tersenyum melihat pasangan yang sangat dikaguminya itu.

Mimie masuk ke dalam sebuah bilik dan melihat keadaan didalam rumah. setiap sudut membuatkan Mimie terpegun dan kagum.Mimie membuka almari pakaian dan melihat setiap baju yang tergantung.Dia membuka laci dan melihat banyak barang kemas aryanna. 

Aryanna datang ke ruang tamu sambil membawa ubat tapi Mimie tiada di situ. Aryana memanggil2 nama Mimie..

Bersambung...

Pelakon  Bougainvillea:

Beto Kusyairy

Intan Ladyana

Nora Danish

Hanna Aqeela

Wan Nor Azlin

Kirana Batrisyia

Mior Darwish

Ameerul Asyraf

Ziema Din

Jasper Supayah

Soundtrack Drama Bougainvillea

Peluang kedua - Nabila Razali

Boneka - Ernie Zakri

Perit- Aliff Iskandar

Mungkir - Syahmi Irfan

Tiada- Liza Hnim

Nekad - Anna Hanifa


Tonton Drama Bougainville Episod Penuh (1- 15 )








Catat Komen

0 Ulasan