Advertisement

ads

BOUGAINVILLE EPISOD 2

BOUGAINVILLE EPISOD 2Drama Bougainvillea lakonan Nora Danish, Intan Lydiana dan Beto Kusyairi bersiaran di TV3 setiap hari Isnin dan Selasa jam 10 malam bermula 28 Disember 2020. Drama ini ditayangkan dalam slot samarinda dengan 15 episod.


Sinopsis Bougainvillea Episod 2

Aryanna melihat Mimie berada didalam biliknya. Dia bertanya apa yang dilakukan Mimie disitu tapi Mimie memberi alasan ingin mencari tandas kerana dia ingin buang air kecil. Alasan nya membuatkan Aryanna tidak mencurigai Mimie. Mimie cepat-cepat segera keluar dari bilik dan pergi ke ruang tamu. Aryanna merawat luka Mimie tanpa mengesyaki apa-apa tentang mimie. Mimie menggunakan peluang tersebut untuk berkenalan dengan Aryanna.

Bibah berjalan serata kampung menjual kain. Tiba-tiba Rahmat yang menaiki vespa berhenti di hadapan nya. Tapi Bibah malas nak melayan Rahmat. Dia memarahi Rahmat . Dia memang benci dengan Rahmat sejak Rahmat memutuskan hubungan mereka 20 tahun lalu.

Di rumah Aryanna, ketika sedang merawat luka Mimie, Azira datang kerana menghantar anak-anak Aryanna pulang dari sekolah. Aryanna memperkenalkan anak-anak nya kepada Mimie. zira juga diperkenalkan pada Mimie. Aryanna mengatakan Azira adalah kawan baik nya dan suaminya sejak dahulu lagi. Azira mengatakan yang dia memang baik dengan keluarga Aryanna hingga kan sesiapa yang mempunyai niat jahat terhadap keluarga itu akan di tentanghabis-habisan. Muncul sedikit perasaan risau dihati Mimie dengan kata-kata Azira seolah-olah amaran itu adalah untuk dirinya.



Ada tetamu yang datang ke rumah Bibah. Datin memang rapat dengan Bibah, Datin bertanya jika Mimie tahu yang ibu kandungnya masih hidup. Dan bagaimana jika ibu kandung Mimie sedang mencari Mimie. Tapi Bibah menjawab yang apa yang berlaku Mimie akan tetap bersamanya. 

Aryanna menghantar Mimie pulang ke rumah. Mimie melihat datin ada berbual dengan Bibah. Mimie menceritakan yang Aryanna menghantarnya pulang. Kebetulan Datin mengenali Aryanna kerana suami Aryanna adalah arkitek yang membina rumah Datin. Adrian seorang arkitek yang sangat dipercayai termasuk oleh majikan nya Dato Kamil

Mimie menceritakan pada Bibah betapa besar dan mewahnya rumah dan barang-barang di dalam rumah Aryanna. Dia sangat kagum dengan kekayaan keluarga Aryanna. Dia mula membayangkan bagaimana gembiranya dia jika mempunyai kehidupan seperti Aryanna.

Mimie mula berangan dan bercakap seperti orang kaya. Bibah yang melihat aksi Mimie ketawa melihat gelagat anak saudara kesayangan nya itu. Bibah mendoakan agar impian mimie akan tercapai. Mimie berniat akan membuatkan Bibah hidup senang.

Selepas solat bersama, Adrian berbual dengan Aryanna. Aryanna risau jika kesibukan Adrian membuatkan Adrian tidak mempunyai masa untuk keluarganya. Adrian memberitahu yang dia perlu kerja lebih kuat demi Aryanna dan anak-anaknya. Adrian berjanji akan memberi tumpuan dan masa untuk keluarganya dan tidak terlalu sibuk dengan kerjanya.



Malam itu sebelum tidur Mimie memasang impian untuk mendapatkan suami seperti Adrian.

Selepas sarapan, suami dan anak-anak keluar bekerja dan ke sekolah, Mak leha, orang gaji Aryanna, datang pada Aryanna dan memberitahu yang dia hendak berhenti kerja. Anak-anaknya sudah memintanya untuk berhenti kerja dan berehat. Aryanna terpaksa akur dengan permintaan mak Leha. 

Aryanna mengemas baju-baju lama miliknya. Dia bercadang untuk memberi baju-baju tersebut kepada Mimie. Dia tahu Mimie sangat suka kan baju-bajunya. Tapi Azira menasihatkan Aryanna agar berhati-hati dan jangan terlalu percayakan orang yang baru dikenali.

Hari itu Mimie berjumpa Ali. Dia bertanya mengapa Ali tidak mencuba mencari rezeki di luar. Tapi Ali memberi alasan yang dia sangat suka kan kampung nya dan akan setia tinggal di kampung.

Ketika di kedai, Bibah terdengar orang kampung bercakap tentang nya. Dia terdengar yang mereka melihat ibu kandung Mimie sedangkan Bibah pernah menceritakan yang ibu kandung Mimie telah meninggal dunia. Bibah yang mendengar terus berjalan dihadapan mereka dengan perasaan marah.


Adrian masih sibuk dengan kerjanya. Aryanna berasa risau kerana suaminya terlalu fokus dengan kerja. Dia minta adrian berehat sekejap dan melihat anak-anaknya sebentar. Adrian meminta maaf kepada ryanna kerana terlupa tentangnya dan anak-anak.

Malam sudah larut, Mimie berjalan ingin masuk ke bilik. Dia melihat pintu lampu di bilik Bibah masih terbuka.Dia tahu Bibah masih belum tidur. Dia menjenguk ke bilik Bibah dan melihat ibu saudaranya itu sedang termenung panjang. Entah apa yang difikirkan bibah.

Mimie tidak mempedulikan dan terus berjalan masuk ke bilik.

Paginya Ali sudah sampai untuk menjemput Mimie pergi kerja. Bibah menasihatkan Ali agar jangan menaruh apa-apa harapan pada Mimie. Ali mengatakan yang dia ikhlas terhadap Mimie.

Mak limah risau dengan keadaan Ali. Dia risau kerana Ali asyik berkepit dengan Mimie. Dia ingin anaknya itu segera berkahwin dengan gadis yang lebih sesuai untuk Ali. Bukan Mimie yang terang-terangan tidak menerima cinta Ali.

Aryanna dan Azira pergi ke klinik untuk periksaan kandungan. Aryanna memberitahu Azira yang adrian sangat gembira  kerana dirinya hamil. Tapi Aryanna selalu sibuk dengan kerja. Azira memujuk Aryanna dan mengtaakan Adrian melakukan semua tu demi Aryanna dan anak-anak.

Anak-anak Aryanna memujuk Mak leha supaya jangan berhenti kerja. Mereka sangat sayangkan Mak leha. Mak leha memujuk Nak-anak Aryanna agar menjaga keluarga dengan baik selepas dia pergi. Mak Leha mahu anak-anak Aryanna menjaga ibu dan adik baru mereka nanti.

Perkembangan kerjaya Adrian semakin lancar dan dia mendapat pujian Dato Kamil. Hari itu dia terlupa membawa Aryanna untuk pemeriksaan kandungan. 

Selepas berjumpa Azira Aryanna bertolak pulang dengan memandu sendiri. ketika sedang memandu, Adrian menghubungi Aryanna untuk meminta maaf. Tiba-tiba kereta yang dipandu Aryanna hilang kawalan dan Aryanna kemalangan jalan raya.

Bersambung..


 




Tonton Bougainvillea Episod 2


Pelakon  Bougainvillea

Beto Kusyairy

Intan Ladyana

Nora Danish

Hanna Aqeela

Wan Nor Azlin

Kirana Batrisyia

Mior Darwish

Ameerul Asyraf

Ziema Din

Jasper Supayah

Soundtrack Drama Bougainvillea

Peluang kedua - Nabila Razali

Boneka - Ernie Zakri

Perit- Aliff Iskandar

Catat Komen

0 Ulasan