Advertisement

ads

BIKIN FILEM LAKONAN SHERRY AL HADAD DAN AZHAN RANI

BIKIN FILEM LAKONAN SHERRY ALHADAD DAN AZHAN RANI | Filem dan drama melayu tetap menjadi pilhan saya walaupun saya ni suka juga tonton filem dan drama luar. Tiap kali ada filem tempatan yang keluar memang rasa nak tonton. Bukan semua filem dan drama tempatan tak berkualiti. Ada juga drama dan filem tempatan yang setanding dengan filem dan drama luar negara.

Selepas saya tonton filem Bikin Filem ni saya tahu la sedikit sebanyak cabaraan orang dalam industri seni ni dalam menghasilkan filem dan drama. Apa yang membuatkan saya tertarik nak tonton filem ni adalah kerana pelakon nya iaitu Azhan Rani, Amerul Affendi dan Sherry Alhadad.



Boleh dikatakan 3 pelakon ni tak pernah menghampakan saya. Begitu juga dalam filem Bikin Filem ni. Tambahan pulak kemunculan Erra Fazira buat kan filem ni nampak lebih classy. Filem ni filem ringan sahaja. Filem untuk santai-santai. Waluaupun ada yang kata ni filem sampah tapi , bagi saya ok la nih.Bukan filem aksi, bukan filem hantu. Cuma filem orang bikin filem.

So kau nak macam mana lagi. Dah jalan ceritanya simple. Tak payah harapkan lebih2 sangat. Filem ni cuma tunjuk apa yang jadi dekat set pengambaran filem sahaja. Jangkaan saya untuk filem ni memang tak tinggi. Saya tonton untuk rilek2 je. Ada comedy nya dalam filem ni, ada juga pengajaran nya.

Rating: 5/10



Sinopsis  Bikin Filem 

Bikin filem mengisahkan Khaty Bale seorang pelakon popular diceraikan suaminya selepas menjadi isteri kedua. Bekas suaminya menyerahkan rm2 juta kepada Khaty sebagai pampasan.

Selepas bercerai Khaty ingin menerbitkan sebuah filem. Dia melantik Nana, jurusolek peribadinya sebagai penerbit eksekutif untuk filem terbarunya. Pengarah filem yang dipilih ialah Rahim G, seorang pengarah yang terkenal dengan filem-filem hebat dibawah arahan nya.

Malangnya Rahim G tidak bersetuju dengan pemilihan Nana sebagai penerbit eksekutif. Penulis skrip juga tidak menepati kehendak Rahim G. Khaty akhirnya mengalah dengan kehendak Rahim G dan menyerahkan sepenuhnya hal berkaitan production kepada Rahin G.

Sepanjang menjalankan pengambaran filem bebagai perkara berlaku sehingga lah satu hari Khaty di samun melibatkan kehilangan wang production. Pengambaran tak dapat dijalankan. Mujurlah bekas suami dan bekas madu Khaty bermurah hati ingin melabur dalam penerbitan filem tersebut.




Pelakon:

Sherry Al-Hadad

Azhan Rani

Syarifah Sakinah

Amerul Affendi

Erra Fazira

Roy Azman

Scha Al-yahya

Mark Adam

Azhar Sulaiman

Zain hamid







Catat Komen

5 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)