Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 9

BIDADARI SALJU EPISOD 9Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don



Sinopsis Bidadari Salju Episod 9

Anita menasihatkan Kayra agar memaafkan Hariz. Dia kesian kerana dia tahu Hariz nampak betul-betul ikhlas. Dia dapat rasakan hariz tidak mempunyai niat buruk terhadap Kayra. Kayra tetap berdegil dan nekad tak kan memaafkan Hariz.

Di pejabat Kayra mendapat berita yang Hariz kemalangan jalan raya . Kayra mula rasa serba salah kerana dia tahu Hariz ada berjumpa nya malam tadi. tentu haris kemalangan selepas berjumpa dengan nya. Dalam hati dia tetap risau dengan keadaan hariz.

Kayra juga bermimpi dia melihat hariz meminta tolong. Tapi dalam mimpinya dia tak mampu pergi kearah Hariz. Hariz terus pergi meninggalkan nya.Dia tersedar dan mula berasa  risau dengan keadaan Hariz yang masih terlantar di Hospital.



Kayra melawat hariz di hospital. Dia sempat bertemu dengan Tuan Azman dan Tuan Azman meminta Kayra agar bercuti keesokan harinya. Kayra melihat Hariz tiba2 sahaja Hariz membuka mata dan terkejut melihat Kayra di depan matanya.Hariz menyuruh Kayra pulang seolah-olah merajuk.

Kayra memberitahu dia datang ke hospital kerana ingin menggantikan ibu dan ayah haris yang sudah seharian menunggunya di hospital. Dia kasihan kan ibu dan ayah hariz sahaja.. Kayra juga menyuap Hariz Makan. Hariz masih jual mahal seolah-oleh merajuk dengan kayra.

Kayra menunggu Haris di hospital. Hariz tertanya-tanya mengapa ibu dan ayahnya tidak datang melawatnya. Kayra menjelaskan yang malam ini dia akan menjaga Hariz. jadi ibu dan ayahnya tak kan datang.Haris memberitahu Kayra yang  dia akan cepat sembuh kerana dapat melihat wajah Kayra.

Ketika di wad Kayra tertanya-tanya mengapa Hariz tak boleh tidur sedangkan hariz sedang sakit.Hariz memberitahu matanya memang tak dapat tidur. Dia mula bangun dan mengajak Kayra berbual. Dia mengaku kemalangan tersebut adalah Kifarah atas perbuatan nya pada Kayra. Dia mahu Kayra jujur dengan nya adakah Kayra pernah mahu memaafkan nya. Dia tahu perbuatan lamanya tidak layak untuk dimaafkan.

Kayra hanya mendengar kata-kata Hariz dan memberitahu yang segala kenangan pahit yang dilalui amat payah untuk dilupakan. 

Hariz meminta Kayra agar membuka buku baru dengan nya. Dia ingin berkawan dengan Kayra. Kayra bersetuju untuk berkawan biasa dengan nya. Kayra menetapkan syarat agar Hariz jangan bermimpi untuk bercinta, berkahwin dan menggatal dengan nya.

Hariz mengucapkan terima kasih kepada Kayra..

Selepas Hariz discaj kayra menghantar Hariz pulang dan dia diberi cuti oleh Tuan Azman. Diana tertanya2 bagaimana Hariz boleh kemalangan. Dia takut jika kemarahan kayra membuatkan Hariz di hukum.



Kayra menjelaskan pada Diana yang dia sudah memafkan Hariz dan kini mereka berkawan.

Sewaktu Kayra menghubungi ibunya, ibu kayra memberitahu ibu dan ayah Raqib akan datang merisik Kayra. Kayra terkejut dan meminta masa untuk berfikir. Dia memang tak ada perasaan langsung terhadap Raqib. Ibu Kayra merasa risau dengan Kayra. 

Ketika berjumpa dengan Raqib, ada wanita yang mengenali Raqib dan meminta untuk bergambar dengan nya. Kayra hanya memerhatikan Raqib dengan rasa muak dan seolah-olah cemburu. Raqib bertanya jika Kayra cemburu. Kayra sebenarnya bukan cemburu cuma dia tidak suka dengan lelaki yang bermulut manis dan melayan setiap wanita.

Raqib menjelaskan dia bukan lah Raqib yang dulu. Kayra meberi amaran pada Raqib sepanjang tempoh ini dia akan memerhatikan sikap Raqib untuk menentu kan sama ada dia akan menerima raqib atau pun tidak. Raqib mula naik marah dan mengatakan Kayra agak kolot dan tak boleh menrima Raqib yang mempunyai ramai peminat.

Raqib meminta maaf pada Kayra kerana bercakap sebegitu terhadap Kayra. Kayra meminta Raqib agar berfikir dahulu sebelum bercakap . Raqib gembira dan berjanji pada kayra mulai esok dia akan mengahntar dan mengambil Kayra dari pejabatnya. Kayra memberi peluang terakhir kepada Raqib. Raqib berjanji tak kan sesekali mengulangi kesilapan nya.

Hariz berbual dengan ayahnya tentang Kayra. Hariz tak tahu bagaimana hubungan nya dengan Kayra. Di kejar salah dikepung pun salah. Tuan Azman menasihatkan Hariz agar yakin dan teruskan berdoa dan berusaha. Ayahnya juga meminta agar Hariz redha jika tidak dapat apa yang dia mahu. Dalam apa juga keadaan Hariz perlu bersyukur.

Raqib datang menjemput Kayra pagi  itu dengan motorsikalnya. Tapi Kayra menolak dan memberi alasan yang pakaian nya tak sesuai untuk menaiki motorsikal. Kayra mencadangkan agar Raqib menghantarnya menaiki keretanya. Raqib pula menolak dan mencadangkan agar Kayra pergi kerumahnya dan mengambilnya dirumah kerana dia akan menghantar motorsikalnya pulang dan terus menghantar kayra ke pejabat.

Petang nya Kayra menunggu Raqib mengambilnya di hadapan pejabat. Sudah 1 jam Kayra menunggu. Hariz yang ingin pulang melihat Kayra didepan pejabat dan mempelawa Kayra naik keretanya untuk mengambil kereta Kayra. Sampai di rumah Raqib, kayra mngetuk pintu dan Raqib menjenguk keluar. Kayra memberitahu ingin mengambil keretanya.

Raqib memberi alasan yang dia sedang tidak sihat. Tiba-tiba ada suara wanita dari dalam rumah Raqib. Raqib cuba menghalang kayra dari masuk ke dalam rumahnya. Kayra menendang kaki Raqib agar Raqib dapat membuka pintu. Tiba-tiba seorang wanita muncul dan bertanya pada kayra apa yang dia lakukan pada "baby" nya.. 

Bersambung...

Tonton Bidadari Salju Episod 9



Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebagai - Hariz

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju

Mimpi - Haqien Rusli 

Memoir Rindu - Asmidar

Catat Komen

5 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)