BIDADARI SALJU EPISOD 8 | Pasangan kekasih, Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan Fimie Don
Sinopsis Bidadari Salju Episod 8
Sewaktu makan malam dengan Haris Kayra sudah merancang sesuatu untuk menyakitkan hati Kayra. Ketika sedang makan malam, pelayan memberikan kad kepada Kayra. Kayra sebenarnya merancang kejadian tersebut agar Haris naik angin. Haris mengakui dia cemburu Kayra mendapat kad tersebut. Haris meminta maaf pada Kayra dan merasakan dia tidak sepatutnya marah pada Kayra kerana menerima kad tersebut. Haris mengatakan yang sebenarnya dia sangat sayangkan Kayra.
Di pejabat Haris berjumpa di Kayra. Haris bertanya tentang kereta Kayra . Kayra menjelaskan keretanya rosak. Haris menawarkan diri untuk menghantar Kayra pulang.
Raqib muncul di pejabat Haris dan Raqib memberitahu Haris yang Kayra menyuruhnya datang kesitu. Kayra muncul dan melayan Raqib dengan mesra di depan Haris. Haris nampak kurang senang dengan tingkah laku Kayra yang mesra terhadap Raqib. Kayra mengajak Raqib pergi dari situ tanpa mempedulikan Haris langsung. Kayra sangat puas hati dapat mengenakan haris. tapi dalam hati dia rasa rimas dengan Raqib , buaya darat yang tak habis-habis menggodanya.
Raqib mempelawa Kayra untuk berjumpa keluarganya. Raqib sudah memberitahu ibunya tentang lamaran nya pada Kayra. Dia berhasrat untuk masuk meminang Kayra secepat mungkin. Raqib sanggup menerima berapa pun hanataran yang Kayra tetapkan.
Kayra menolak pelawaan Raqib dan mendakwa dia hanya menganggap Raqib sebagai kawan sahaja. Kayra juga nemberitahu dia tidak bersedia untuk berkahwin. Raqib memahami perasaan Kayra dan hanya mampu mengikut saja kata Kayra.
Haris menunggu Kayra di hadapan pejabatnya. Dia meluahkan rasa kecewa pada Kayra. Dia bertanya apa hubungannya dengan Raqib. Kayra menyatakan yang dia suka kan Raqib dan mereka sedang hangat bercinta. Kayra berterus terang yang dia hanya ingin mempermainkan Haris sahaja sebab dia tahu Haris sengaja nak kenakan Kayra seperti dulu. tapi Haris menyangkal dan mengatakan dia memang betul2 ikhlas pada Kayra. Kayra tidak mempedulikan Haris. Dia tidak akan pernah memaafkan Haris untuk apa yang Haris telah lakukan.
Betapa sedihnya Haris hingga kan dia menangis. Kayra hanya bertepuk tangan melihat Haris menangis kerana nya. Dia menahan Kayra dari pergi.Tapi Kayra menumbuk perut Haris. Kayra menendang Haris. Kayra memberi amaran pada Haris agar jangan sesekali menyentuhnya dan terus pergi meninggalkan Haris yang kesakitan.
Walaupun apa yang Kayra lakukan pada Haris, Haris tetap terus muncul di depan Kayra. Dia tidak kisah dengan apa yang dilakaukan Kayra padanya asalkan Kayra dapat menerima cintanya. Kayra langsung tak mempedulikan Haris. Tapi Haris terus merayu Kayra. Kayra terlalu geram dan menjerit sekuat Hati. Staf2 lain yang mendengar terus datang pada Kayra. Kayra memberi alasan , dia melihat cicak.
Apa yang dilakukan kayra sangat merisaukan Diana.Diana menasihatkan Kayra agar jangan memperjudikan perasaan nya. Kayra mengatakan tiada sesiapa dapat menghalang dia dari membalas dendam pada Haris.
Haris bertemu Naufal di padang bola. Dia menceritakan apa yang berlaku padanya dan kayra sebelum ini. Haris bertanya pada Naufal betulkah Kayra bercinta dengan Raqib. Naufal menyangkal nya dan dia tahu Kayra tidak akan sesekali menerima Raqib. Naufak beterus etrang dengan Haris yang kayra sengaja buat begitu untuk sakitkan hati haris. Dia ingin memebalas dendam pada Haris. Haris menerangkan dia sudah merayu dan minta maaf pada Kayra tapi Kayra tak melayan nya langsung.
Naufal menyuruh Haris mengadu lah pada tuhan agar Kayra dapat bukankan pintunya untuk menerima Haris.
Dirumah, ketika sedang berbual dengan Anita tiba-tiba ada tetamu yang datang. Anita yang membuka pintu terus menyuruh Kayra keluar dan melihat siapa yang berada di hadapan pintu rumahnya. Rupanya Haris yang datang menemui Kayra.
Haris meminta beberapa minit untuk dia bercakap dengan Kayra. Haris memahami mengapa Kayra sanggup buat begini. Dia tahu Kayra buat begini kerana selama ni Haris banyak menyakitkan hatinya. Haris masih lagi merayu pada Kayra agar kayra dapat memaafkan nya.
Kayra memberitahu Haris yang selama ini dia menderita.Haris merosak kan zaman remajanya. Haris berjanji Kyara tak kan menyesal dan akan membahagiakan Kayra.Kayra juga memulangkan semula rantai yang diberikan haris padanya. Dia juga menghalau Haris dari situ. Haris menagis terduduk di situ...
Bersambung...
Tonton Bidadari Salju Episod 8
Pelakon Bidadari Salju:
Sweet Qismina -Kayra
Adam Lee sebag- Hariz
Nazrief Nazri -Wan Hakimi
Zaki Azeman -Aiman
Syazuwan Hassan -Raqib
Fimie Don -Naufal
Chacha Maembong -Dania
Jaja Iliyes -Anita
Aqil Taqeeuddin -Hafizan
Siti Khadijah -Marissa
Nizam Kama -Asyraf
Puteri A'teeqah -Athira
Damia Qaissarah -Yaya
Soundtrack Drama Bidadari Salju
Mmmmm...
Di saat aku..
Pejamkan mata..
Ku cuba bayangkan
raut wajah mu.
Doa ku agar kau hadir didalam mimpi menemani aku..
Mimpi yang indah kau bersama ku.
Mimpi yang ngeri kau bersama dengan nya.
Dan jangan dikau hampiri dia..
Dia pasti membawa kau pergi..
Dia..dia..
Mengapa dia..
Semalaman ku diburu mimpi
Mimpi ngeri yang menghiris hatiku
Tapi ku tahu jauh dalam sudut hati mu
Kau tak kan tinggalkan ku
Mimpi yang indah kau bersama ku.
Mimpi yang ngeri kau bersama dengan nya.
Dan jangan dikau hampiri dia..
Dia pasti membawa kau pergi.
Oooooo...Yeayy...
Ooo.. Ku dibuai mimpi yang indah.
dan juga mimpi ngeri
Ooo...OO..
Mimpi yang indah kau bersama ku.
Mimpi yang ngeri kau bersama dengan nya.
Dan jangan dikau hampiri dia..
Dia pasti membawa kau pergi..
Dia..(mengapa dia..) dia.. Mengapa dia
Mengapa dia..
mengapa dia.
Lirik Lagu Memoir Rindu - Asmidar
Perit sisa cinta yang mengguris jiwa
Hati ini tak rela oh dimungkiri lagi
Berteka-teki menghitung mimpi sedih
Tiada siapa sudi menunjuk arah
Dia yang pernah ku harap terus menghilang
Layarlah lara bersendirian
Seperti pelangi hilang kabus tak berwarna
Mentari pun terus gerhana
Langkahku mati. sepi...
Ditemani bintang-bintang pedih tak bermaya
Dia pun tahu hati ini sedang menangis
Percintaan yang terindah hanya dusta
Bait-bait janji luka menghantuiku
Tak ku percaya punah akhirnya
Seperti pelangi hilang kabus tak berwarna
Mentari pun terus gerhana
Langkahku mati. sepi...
Ditemani bintang-bintang pedih tak bermaya
Hanya dia yang tahu hati ini sedang terluka
Pemergian cinta nya dalam memoir rindu
Ditemani bintang-bintang pedih tak bermaya
Dia pun tahu hati ini sedang menangis
0 Ulasan
sila tinggalkan komen anda...:)