Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 7

BIDADARI SALJU EPISOD 7 | Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don


Sinopsis Bidadari Salju Episod 7


Raqib menemui Naufal. Dia ingin bertanya mengenai kayra.Dia ingin tahu adakah Kayra menerima lamaran nya..Naufal menjelaskan yang harapan Raqib agak tipis memandangkan Kayra tidak mempercayai lelaki. Tambahan pula Raqib memang terkenal dengan sikap buaya darat nya yang sering mendampingi gadis-gadis cantik. Kayra tidak mempercayai lelaki kerana apa yang dilakukan oleh Haris kepada Kayra. Raqib mendakwa semua perempuan yang didampinginya hanya dianggap sebagai kawan.

Ibu Kayra menghubungi Kayra untuk bertanya tentang perkahwinan. Tapi Kayra belum bersedia untuk kearah itu. Ibu Kayra untuk mencarikan calon dan segera melangsungkan perkahwinan. 

Pagi itu Kayra sedang bersiap untuk aktiviti water rafting bersama staf pejabat yang lain. Haris juga turut serta. Di dalam kereta Kayra terkejut kerana Haris duduk disebelahnya. Haris cuba untuk berbual dengan Kayra tapi kayra terus pura-pura tidur.

Ketika sedang berehat Kayra bertanya Haris sama ada dia ok duduk diatas batu kerana tempat tersebut kotor. Haris menjelaskan yang mereka semua sama sahaja. Dia tak kisah untuk duduk dimana sahaja. Kayra Dapat merasakan Haris sedikit berbeza dari apa yang dia fikir selama ini.

Haris mula berbual dengan Kayra tentang aktiviti rafting. kayra mengakui dia memang sukakan aktiviti lasak seperti ini. Kayra juga selalu melakukan aktiviti ini bersama rakan nya Anita. Kayra mengucapkan terima kasih kepada Haris kerana mengeluarkan belanja untuk aktiviti mereka hari itu. Haris membalas dia tak kisah kerana lagipun dia ingin menemani Kayra yang hanya bersendirian berbanding staf lain yang berpasangan.

Kayra turun ke sungai kemudian Haris ikut serta. Kayra terkejut dan meminta Haris jangan mengganggunya. Haris menjelaskan yang tiada sesiapa akan marah kerana Kayra dan dia sama-sama solo. Haris bertanya mengapa tiba-tiba Kayra marah sedangkan baru sebentar tadi dia elok sahaja berbual dengan Haris.

Kayra marah kerana Haris sengaja menimbulkan isu mereka berdua solo seolah-oleh mereka perlu bersama disebabkan dua-dua tidak mempunyai pasangan. Haris mengakui salahnya dan seolah-oleh merajuk.

Kayra ingin Haris pergi jauh dari pandangannya. Haris menjelaskan yang dia betul-betul sudah berubah dan ingin meminta maaf pada Kayra. Kayra tetap berdegil dan mengatakan sepatutnya Haris minta maaf padanya 5 tahun lepas, bukan nya sekarang. Haris mengakui selepas Kayra menamparnya 5 tahun lalu dia terus berubah tapi waktu itu dia takut bertemu Kayra.

Kayra tertanya-tanya dalm hatinya mengapa dia elak kan diri dari haris,.Bukan kah sepatutnya dia menggunakan peluang ni untuk menjadikan Haris sebagai pedang dan perisai untuknya.

Raqib menghubungi Kayra dan menyatakan dia risau keadaan Kayra disana. Kayra mmeberitahu Raqib agar dia jangan risau kerana disitu ada ramai lelaki-lelaki kacak yang menjaganya.

Raqib terus memberikan ayat-ayat manis untuk Kayra. Tapi sedikit pun Kayra tidak merasa cair dengan ayat manis Raqib.

Selepas Kejadian di sungai Kayra mula melayan Haris dengan Baik. Kayra juga bernekad akan mengenakan Haris dan membalas segala perbuatan haris Padanya. Dia mula memberi harapan pada Haris sehinggakan Haris mula jatuh hati padanya.

Ketika dipejabat, Haris mendapat panggilan dari ibunya. Tapi Haris tak menjawab panggilan tersebut.Kayra sengaja mengusik Haris mengatakan tentu panggilan dari kekasih. tapi Haris tidak mengiyakan.

Dirumah Anita, melihat Kayra keletihan pulang dari pejabat. Anita bertanya mengapa Kayra kelihatan stress. Kayra pun menjelaskan yang dia stress kerana terpaksa beklerja dengan orang yang dia tidak suka. Anita mengatakan jika dia ditempat Kayra dia akan melayan Haris dan menerima Haris. Anita juga mengatakan Haris betul2 jatuh hati pada Kayra. Tapi bagi Kayra aianya peluang bagus untuk Kyara membalas dendam. Senang lah rancangan Kayra untuk mengenakan Haris.

Malam itu Haris menghubungi Kayra. Haris memberitahu dia rindukan Kayra dan memberitahu jemputan untuk satu event . Haris akan membawa Kayra ke majlis tersebut. Haris juga memanggil kayra dengan panggilan "sayang". Kayra merasakan ianya terlalu awal untuk Haris memanggilnya sayang. Sebenarnya dia tidak selesa dengan panggilan sayang dari Haris.

Kayra sengaja membuat Haris menunggunya dengan lama sewaktu Haris ingin memberikan nya gaun untuk makan malam. Haris juga memberikan Kayra seutas rantai emas dengan tulisan nama mereka berdua.

Dalam hati Kayra dia gembira kerana dapat mengenakan Haris. Dia akan buat Haris merana sepeti mana Haris pernah kenakan dia dahulu.

Malam itu Kayra bersiap dan mengenakan gaun yang dibelikan Haris untuknya. Dia akan keluar menghadiri majlis dengan Haris. Rupanya Haris sudah menyiapkan makan malam yang istimewa untuk nya. Haris tahu jika dia berterus terang dengan Kayra tentu Kayra menolak untuk makan malam dengan nya.

Haris memberitahu yang dia sangat sayangkan Kayra dan selalu terbayang-bayangkan wajah kayra. Kayra meminta Haris jangan terlalu berharap kerana tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan dtaang. Tapi Haris bersungguh-sungguh ingin hidup bersama dengan kayra. Haris juga berjanji tak kan sia-siakan peluang yang dberikan Kayra kali ini.

Kayra hanya mendengar kata-kata Haris dengan perasaan yang kosong dan penuh benci.

Tonton Bidadari Salju Episod 7



Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Sakit hati tgk citer ni hahaa..shida xbpe layan sgt cite ni kak ^_^

    BalasPadam
  2. Masih belum sempat nak tengok lagi

    BalasPadam
  3. tgk jgk td..kesian pulak si haris tu..dh insaf tp kayra pulak bls dendam..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)