Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 6

BIDADARI SALJU EPISOD 6 | Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.



Sinopsis Bidadari Salju Episod 6

Haris sangat terkejut apabila Kayra meminta nya untuk memecat Kayra. . Kayra mengingatkan kembali apa kata-kata Haris tentang Kayra 5 tahun lalu. Kayra juga mengingatkan haris tentang kejadian haris meludah wajahnya.Kayra menjelaskan yang dia masih ingat setiap kejadian tersebut.

Haris mengakui kesalahan nya dan ingin meminta maaf pada Kayra. Tapi Kayra mengatakan semuanya sudah terlambat dan sekarang dia mahu Haris memecatnya agar dia tidak lagi dapat melihat wajah Haris yang dibencinya. Haris tidak mahu memecat kayra dan Kayra meminta agar Haris berhenti kerja . Kayra akan menganggap Haris tidak wujud dan dia tidak mahu Haris mengganggu nya lagi.Dia juga menghalau Haris keluar dari biliknya.


Ketika dirumah Kayra mendapat pesanan dari Raqib. Kayra merasa geli bila membaca mesej Raqib yang meluahkan rindu padanya.

Dalam perjalanan menuju ke Stadium bolasepak, Kayra menceritakan tentang Haris. Diana meminta agar Kayra agar jangan terlalu berkeras dengan Haris kerana dia risau jika Haris melakukan sesuatu pada Kayra. Tapi apa yang dilakukan Haris dahulu membuatkan Kayra tak mempedulikan nasihat Diana.

Kayra dan Diana sampai di stadium untuk menonton perlawanan Bolasepak. Naufal sudah sedia menanti mereka. Kayra tidak menyangka kayra juga bermain dalam pasukan Naufal.

Selepas pertandingan bola sepak Diana dan Kayra duduk minum sambil berbual. Sedang mereka berbual Haris tiba-tiba datang dan duduk dihadapan Kayra. Raqib pula datang dan duduk disebelah Kayra. Kayra sengaja menunjuk kan dia mesra dengan Raqib. Raqib mula membuat pengakuan pada Kayra yang dia mula meminati Kayra sejak zaman sekolah.Raqib mula melamar Kayra di hadapan Haris, Diana dan Naufal. Kayra meminta masa untuk berfikir dahulu. Haris mula berasa tidak senang hati.

Tuan Azman sangat gembira dengan Haris yang sudah berubah. Haris mula bersukan dan terlibat dengan perniagaan nya. Malah Haris mencadangkan Tuan Azman memulakan perniagaan baru untuk mengembangkan empayar Tuan Azman. Tuan Azman juga membincangkan tentang Kayra dan Haris. Seolah-olah mereka sudah merancang sesuatu untuk Haris dan Kayra..

Tuan Azman dan isterinya terima siapa sahaja yang Haris suka.Haris layak memilih siapa yang dia suka.

Di pejabat Kayra Masih tidak mahu melayan Haris. Haris ingin keluar makan dengan Kyara dan rakan sepejabat yang lain. Tiba-tiba Raqib datang ingin mengajak Kayra makan bersama. Haris terus membatalkan niatnya untuk makan bersama staf pejabat yang lain. 

Tuan Azman mengarahkan Kayra dan Haris melawat kilang baru. Kayra terpaksa mengikut Haris . kesempatan itu diambil Haris untuk makan dengan Kayra namuan Kayra masih melayan nya dengan dingin.

Di dalam kereta dalam perjalanan ke kilang Haris mengajak Kayra berbual . Haris mula mengusik Kayra yang asik marah-marah. Semasa lawatan ke kilang hampir-hampir sahaja Kayra di timpa besi , mujur Haris datang membantu dan Haris turut terkena besi di kepala dan belakangnya. Tapi Kayra langsung tidak simpati pada haris . Malah Kayra menuduh Haris sengaja mengambil kesempatan padanya.

Tiba-tiba darah mengalir  di belakag Haris. Kayra mula risau dan mengajak Haris ke Klinik, Tapi Haris menolak.Kayra meminta maaf dan mencuci darah di luka Haris.Haris hanya tersenyum kerana dia dapat sedikit layanan dari Kayra. Kayra yang menyedari senyuman Haris terus menolak Haris dan masuk ke dalam kereta.

Tuan Azman dan isterinya sangat senang dengan hubungan Kayra dan Haris.Mereka sangat merestui pilihan Haris lagipun ayah Haris juga mengenali ayah Kyra.

Hari sukan company bakal tiba. Para staf mengadakan mesyuarat.Haris masuk ke dalam bilik mesyuarat dan mencadangkan latihan diadakan 5 hari seminggu. Kayra membantah dan mencadangkan latihan patut diadakan 3 kali seminggu. mereka mula bergaduh,

Raqib menemui Naufal. Dia ingin bertanya mengenai kayra.Dia ingin tahu adakah Kayra menerima lamaran nya..Naufal menjelaskan yang harapan Raqib agak tipis memandangkan Kayra tidak mempercayai lelaki.

Bersambung...


Tonton Bidadari Salju Episod 6



Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju

Catat Komen

3 Ulasan

  1. masih terbayang sweet ni kat dalam hikayat putera syazlan..fasha dan mak som...

    BalasPadam
  2. tajuk dramanya mengundang penonton

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)