Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 5

BIDADARI SALJU EPISOD 5Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.



Sinopsis Bidadari Salju Episod 5

Ayah Haris meminta Haris agar bekerja dengan nya agar dapat mengembangkan perniagaan mereka. Haris sebenarnya masih terasa hati dengan ibu dan ayahnya yang meninggalkan nya dulu di kampung. Tapi menurut ibunya mereka melakukan begitu demi Haris supaya Haris tidak terabai. Ibunya menjelaskan yang mereka tidak mempunyai wang dan ayahnya sudah bankrup ketika itu.

Tapi mereka berusaha kembali untuk menaikkan perniagaan ayahnya. 

Haris memutuskan untuk menjual kesemua lukisan nya di galeri. Haris pernah melukis gambar Kayra dan hanya lukisan itu sahaja yang Haris tidak mahu jual.


Haris bersetuju untuk bekerja bersama ayahnya. Ibu dan ayahnya sangat gembira dengan keputusan Haris. Haris sampai di pejabat dan ayahnya memperkenalkan Haris kepada semua pekerjanya. Haris dibawa masuk ke pejabat Ayahnya.

Kayra yang baru datang ke pejabat belum tahu yang Haris ada di situ. Tuan Azman menyuruh salah seorang staf memanggil Kayra. Haris yang mendengar nama Kayra disebut berasa tersentak.

Kayra pula berasa tidak sedap hati. Sebaik masuk ke dalam bilik tuan Azman, Haris terkejut kerana Kyara adalah Gadis yang dia kenali 5 tahun lalu. Dia cuba menyembunyikan wajahnya.

Tuan Azman memperkenalkan Haris dengan Kayra. Kayra dan Haris saling tergamam. serta merta Haris menghulurkan tangan dan disambut Kayra. Haris meminta maaf secara tiba-tiba. Kayra terkejut dan fail di tangan jatuh.

Kayra masuk ke biliknya dan dia tidak menyangka Haris adalah anak majikan nya. Kayra gelisah dan tidak tahu apa harus dilakukan nya. 10 minit lagi mesyuarat akan berlangsung dan tentu dia akan sekali lagi bertemu dengan Haris. Lelaki yang paling dia benci.

Tuan Azman menyedari perubahan Kayra sewaktu mesyuarat. Tuan Azman mahu Kayra pergi berjumpa doktor keran akyra kelihatan seperti tidak sihat. Ktika perjalanan ke Klinik kayra lalau di Galeri lukisan Haris. Dia ternampak lukisan yang seakan-akan dirinya.

Kayra masuk ke dalam galeri dan meminta untuk membeli lukisan tersebut tetapi malangnya lukisan tersebut bukan untuk dijual. Lukisan tersebut sebenarnya dilukis Haris selepas Haris ternampak Kayra di sungai selepas majlis perkahwinan Diana dan Naufal.

Kayra bertamu dengan Tuan Azman dan memberitahu yang dia ingin meletak jawatan. Tuan Azman tidak membenarkan kerana mengikut kontrak dia perlu bekerja lebih 2 tahun jika ingin meletak jawatan. Kayra pasrah . Tuan Azman juga mengarahkan Haris dan Kayra untuk melawat tapak projek. Kayra terpaksa menurut arahan tuan Azman. Bekerja bersama Haris membuatkan dia sukar untuk tumoukan perhatian.

Haris cuba untuk berbual dengan Kayra. Haris duduk disebelah Kayra tapi Kayra memarahi Haris. Kayra menyuruh Haris pergi berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan mental. Haris menjelaskan dia ingin meminta maaf pada Kayra tapi Kayra tidak menerimanya. Haris menyatakan rasa menyesal dengan apa yang sudah dilakukan nya. Tapi Kayra tetap dengan pendirian nya.

Kayra menjerit sekuat hati didalam kereta untuk membuatkan Haris tidak duduk disebelahnya.

Haris mengirimkan sejambak bunga untuk Kayra tapi Kayra membuang bunga tersebut didepan mata Haris. Haris bertanya pada Kayra berapa bayaran yang Kayra mahu untuk Kayra memaafkan Haris. Kayra menyatakan yang dia mahu Haris memecat nya..


Bersambung..



Tonton Bidadari Salju Episod 5




Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju

Haqiem Rusli - Mimpi 

Catat Komen

0 Ulasan