Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 4

BIDADARI SALJU EPISOD 4 | Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.



Sinopsis Bidadari Salju Episod 4

Kayra tidak menyangka yang dia berjaya mendapat peluang temuduga kerja di Azman Holding. Dia sangat gembira dan memberitahu Anita, kawan baiknya. Anita menyokong sepenuhnya keputusan Kayra.

Ibunya sangat risau jika kayra tinggal di Kuala Lumpur. Dia lebih suka jika Kayra tinggal bersama nya. Dia juga mahu Kayra cepat-cepat mendirikan rumahtangga.Tapi dia sedar dia tidak boleh memaksa Kayra


Di Kuala Lumpur Kayra tinggal dengan Anita. Anita gembira kerana Kayra tinggal bersama nya setelah sekian lama dia tinggal bersendiri. Kayra rasa takut dan risau untuk menghadapi temuduga esok. Mujur lah Anita memujuknya supaya bertenang dan jangan risau.

Hari untuk temuduga kerja di Azman Holding, Kayra berjumpa tuan Azman dan mengucapkan terima kasih. Kayra berjaya mendapatkan pekerjaan. Dia tidak menyangka yang dia berjaya. Kayra tidak tahu sebenarnya Tuan Azman adalah ayah kepada Haris.

Haris masih bercuti di Kampung. Ketika dia sedang mengisi minyak, dia ternampak Naufal . dia menegur Naufal dan mempelawa Naufal minum bersamanya. Mereka berkongsi perkembangan terkini masing-masing. Naufal mempelawa Haris untuk  bermain dengan pasukan Bolasepaknya untuk menggantikan seorang pemain yang cedera. Haris berminat dengan tawaran naufal.

Naufal memberitahu Haris yang dia sudah bertunang dan memberikan kad jemputan perkahwinan kepada Haris. 

kayra sudah memulakan kerjanya di Azman Holding tapi dia tidak lupa menghubungi kawan baiknya Diana yang sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan nya. kayra berjanji akan pulang ke kampung dan membantu Diana menguruskan perkahwinannya. 

Kayra bekerja dengan sangat baik dan fokusnya  membuatkan tuan Azman sangat berpuas hati dengan prestasi kerja Kayra. Anita menasihatkan Kayra agar jangan terlalu fokus untuk bekerja Tapi Kayra yakin dia perlu melakukan yang terbaik agar Tuan Azman rasa berbaloi mengambilnya bekerja.

Kayra dalam perjalanan pulang ke kampung . Dalam perjalanan dia sempat singgah di sungai. Dia teringat kenangan nya bersama Aiman ketika kecil.

sampai di kampung ibunya memberitahu niat Makngah nya yang ingin menjodohkan seorang lelaki, Ridzuan untuk Kayra.Riduan seorang doktor gigi. Kayra menolak dan dia tidak menunjuk kan minat terhadap lelaki. 

Diana juga menasihatkan Kayra agar move on dan jangan menganggap semua lelaki sama. Diana bertanyakan tentang Aiman tapi Kayra menjelaskan yang dia tidak akan lupa apa yang Aiman lakukan terhadapnya sewaktu zaman persekolahan dulu.

Hari dimana Dr Riduan datang untuk merisik Kayra, kayra memulakan rancangan untuk mengenakan Riduan. Kayra memulakan perbualan dengan Riduan. Riduan meluahkan perasaan nya pada Kayra. Sebaik Kayra membuka mulutnya , riduan terkejut melihat gigi Kayra yang buruk dan kuning.Malah ianya berbau busuk.

Riduan yang terkejut terus meminta izin untuk pulang dan tak jadi nak melamar Kayra.

Di hari perkahwinan Diana, Kayra menjadi pengapit Diana. Raqib yang juga menjadi pengapit Naufal asyik menjeling kayra. Tapi Kayra tak minat dengan Raqib. Raqib mempelawa untuk menghantar Kayra pulang tapi keyra menolak. Kayra berlalu pergi dari Raqib.

Ketika sedang berjalan ke arah kereta tiba-tiba bag tangan kayra tersangkut di tangan Haris yang dalam perjalanan ke rumah Diana. Kayra terkejut tapi dia pura-pura seperti tidak mengenali Haris. Haris meminta maaf pada Kayra. Mungkin dia tidak tahu gadis tersebut adalah Kayra, gadis yang selalu dibuli ketika sekolah dahulu. Kayra berlalu pergi dan sempat menjeling ke arah Haris. 

Sampai di kereta, Aiman pula datang kearah Kayra dan cuba untuk bercakap dengan Kayra. kayra menolak dan terus masuk ke dalam kereta. Aiman terpinga-pinga kesal.

Kayra singgah di sungai,sekali lagi Aiman muncul di belakangnya dan menegur Kayra. kayra meminta Aiman supaya pergi dan jangan menggangunya. Aiman cuba mengimbas kenangan indah sewaktu mereka kecil.Dia juga mengakui dia masih sayangkan Kayra. Dia cuba menyentuh Kayra. Kayra marah dan memberi amaran pada Aiman jangan sesekali mengganggunya.Dia kemudian nya menolak Aiman ke dalam sungai. Puas hati Kayra.

Haris berbual dengan Naufal selepas persandingan Naufal dan Diana. Haris meminta maaf pada Naufal diatas segala kesalahan nya sewaktu zaman sekolah dulu. Haris bertanya sama ada Raqib mempunyai hubungan dengan Kayra. Tapi naufal menyangkal. Haris ingin meminta maaf pada Kayra tapi Naufal meminta agar Haris jangan lagi mengganggu Kayra.

Haris terdiam dalam kesal..


Bersambung...



Tonton Bidadari Salju Episod 4

Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebag- Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya


Soundtrack Drama Bidadari Salju

Haqiem Rusli - Mimpi 


Catat Komen

0 Ulasan