Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 3

 BIDADARI SALJU EPISOD 3Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don.


Sinopsis Bidadari Salju Episod 3

Aiman menarik tangan Kayra dan memberi amaran kepada Kayra yang dia tak mahu lagi Kayra mendekatinya. Dia berkelakuan seolah-oleh selama ini Kayra mempunyai hubungan cinta dengan nya. Kayra terpinga-pinga kehairanan. Dalam masa yang sama dia tahu Aiman hanya ingin memalukan nya. Sudh tentu ini antara rancangan Haris.



Haris dan kawan-kawan nya yang lain muncul di belakang Kayra. Mereka mentertawakan Kayra dan Haris tiba-tiba mengeluarkan diary Kayra. Dia mula mereka-reka coretan kononnya ianya ditulis oleh Kayra.Tujuan nya hanya ingin memalukan Kayra.

Kayra yang terlalu marah terus menampar muka Haris sekuat hati.Semua terdiam dan haris juga sangat terkejut.Kayra memarahi Haris dan sebenarnya dia tahu yang Haris melakukan semua itu rena cemburu dengan kehidupan Kayra yang punya ibu ayah dan kawan baik yang sentiasa bersamanya.

Haris terdiam malu dengan kata-kata Kayra. kayra terus berlalu pergi meninggalkan Haris.

5 tahun kemudian..

Kayra kini sudah berbeza dengan Kayra 5 tahun lalu. Dia kini seorang yang cantik dan berjaya melanjutkan pengajian ke university. Dia ingin fokus kepada kerjayanya selepas menghabiskan pengajiannya. Keluarga Kayra juga sudah senang kerana Ibu Kayra telah mendapat harta pusaka keluarganya.

Dapatlah mereka membina rumah yang lebih besar dan ayah kayra mengusahakan kolam ikan. 

Dihari pertunangan Diana dan Naufal, Kayra pulang ke kampung. Aiman yang ternampak Kayra di majlis pertunangan Diana, terus jatuh cinta pada kayra. Dia memberitahu kawan nya yang Kayra dulu adalah bekas kekasihnya disekolah. Dia juga menggesa ayah dan ibunya supaya pergi meminang Kayra. 

Ibu dan ayahnya juga tak memaksa Kayra untuk berkahwin.Mereka mahu Kayra memilih jodohnya sendiri.

Bersambung...




Pelakon Bidadari Salju:

Qismina sweet -Kayra

Adam Lee - Hariz

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Drama Soundtrack Bidadari Salju

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)