BIDADARI SALJU EPISOD 2 | Pasangan kekasih, Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan Fimie Don
Sinopsis Bidadari Salju Episod 2
Kayra disuruh berjumpa dengan guru disiplin. Kayra berfikir pasti ada kaitan dengan fitnah yang mengatakan dia menjual tubuh. masuk sahaja je dalam bilik guru, dia melihat ada Haris bersama cikgu. Cikgu meyerahkan sepucuk surat pada Kayra. kayra membaca dan agak mengejutkan kerana surat itu adalah surat cinta yang tujukan pada Haris dari Kayra. tapi Kayra tak pernah menulis surat tersebut.
Cikgu juga seolah-olah percaya yang kayra menulis surat cinta itu untuk Haris. Kayra merayu agar cikgu menyiasat sebelum menjatuhkan hukuman. Kayra memeriksa kembali tulisan pada surat. Jelas huruf a pada buku kayra dengan surat pada surat tersebut sangat berbeza. Cikgu mula merasa serba salah dan memberikan hukuman yang ringan saja pada kayra. Kayra bersyukur kerana cikgu tahu yang dia tidak bersalah.
Haris tidak berpuas hati. Dia masih cuba untuk mengganggu Kayra.Dia menunggu Kayra keluar dari bilik guru. Wajahnya penuh dengan rasa tidak puas hati. Haris menahan Kayra dan tak henti-henti menghina kayra. Malang nasib kayra ,Haris tergamak meludah muka nya dan berlalu pergi. Kayra sangat sedih dengan apa yang berlaku.
Waktu pulang dari tuisyen, kayra masuk ke tandas. Dia tidak sedar yang Marissa dan kawan-kawan mengikutinya. Dia diganggu dan dipukul oleh Marissa dan kawan-kawan.
Kayra keluar dari tandas dengan menahan rasa sakit. Tapi dia tidak meberitahu Diana mengenai apa yang berlaku.
Sewaktu sampai dirumah dia melihat Tok Ketua ada dihadapan rumahnya bersama ibu dan ayahnya. Dia terus masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba ayah dan ibu Kayra masuk ke dalam bilik dan bertanya betulkah Kayra terlibat dalam aktiviti tak bermaruah. kayra dipukul teruk oleh ayahnya. Kayra bersumpah dengan Alquran yang dia tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. masa itu Kyra jatuh pengsan.
Kayra dimasuk kan ke hospital. Diana mencadangkan agar Kayra membuat laporan polis. tapi kayra tak mahu kerana dia tahu tiada siapa yang akan mempercayainya kerana keluarga nya miskin.
Melihatkan keadaan kayra, ayah kayra meminta maaf kepada Kayra. Dia menyesal kerana tidak mempercayai anak sendiri.
Haris tinggal bersama datuknya. Dia marah kepada ayahnya kerana terlalu sibuk dan meninggalkannya dirumah datuk. Dia seorang yang degil dan datuknya sendiri selalu menasihatkan agar agar Haris tidak bersangka buruk dengan ayahnya sendiri. Haris tetap membenci ayah dan ibunya.
Di padang bola, Diana dan Kayra melihat pertandingan bolasepak. mereka memberi sokongan kepada Naufal. Sewaktu Diana pergi bertemu Naufal di tepi padang, Aiman tiba-tiba datang menghampiri Kayra dan menarik tangan Kayra ...
Bersambung ...
Tonton Bidadari Salju Episod 2
Pelakon Bidadari Salju:
Sweet Qismina -Kayra
Adam Lee - Hariz
Nazrief Nazri -Wan Hakimi
Zaki Azeman -Aiman
Syazuwan Hassan -Raqib
Fimie Don -Naufal
Chacha Maembong -Dania
Jaja Iliyes -Anita
Aqil Taqeeuddin -Hafizan
Siti Khadijah -Marissa
Nizam Kama -Asyraf
Puteri A'teeqah -Athira
Damia Qaissarah -Yaya
Soundtrack Drama Bidadari Salju
3 Ulasan
pelakon semua bbnu ni..tare nama mereka semua bagi saya
BalasPadampelakon muda remaja belaka.
BalasPadammacam best je, cerita baru kan, ganti cerita cinta sekali lagi..
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)