BIDADARI SALJU EPISOD 13 | Pasangan kekasih, Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan Fimie Don
Sinopsis Bidadari Salju Episod 13
Kayra memberi cincin pertunangan nya kepada Tuan Azman. Tuan Azman bertanya mengapa Kayra membuat keputusan tersebut. Kayra menjawab yang dia sebenarnya tak layak dengan Hariz. Kayra hanya gadis biasa dan dia fikir tentu Hariz sudah mempunyai pilihan nya sendiri.
Tuan Azman menjelaskan pada Kayra yang dia sebenarnya tahu bagaimana hubungan Kayra dan Hariz dahulu. Dia melihat Kayra menampar Hariz dan meluahkan perasaan kecewa pada Hariz. Tuan Azman mengucapkan terima kasih kepada Kayra kerana sejak kejadian itu Hariz sudah berubah. Kayra tidak percaya yang Hariz sudah berubah Dan Kayra tahu dia bukan lah gadis yang menepati citarasa Hariz.
Tuan Azman meyakin kan Kayra yang Hariz betul-betul ikhlas terhadap Kayra. Dia betul-betul ingin memperisterikan Kayra. Pujukan tuan Azman membuatkan Kayra tak mampu berkata apa-apa lagi. Nampaknya terpaksalah dia menerima Hariz sebagai suaminya.
Pulang dari pejabat Kayra melihat satu bungkusan diatas meja. Tertera nama Hariz sebagai pengirim bungkusan tersebut. Dalam bungkusan tersebut terdapat sebuah buku panduan perkahwinan. Kayra geram dengan sikap Hariz yang mengirimkan nya buku tersebut.
Haris berjumpa dengan Naufal dan memberitahu yang dia sudah bertunang dengan Kayra. Hariz menyakin kan Naufal yang dia betul-betul dah berubah. Naufal menjelaskan yang dia takut Hariz ada niat lain terhadap Kayra. Hariz mengakui dia betul-betul ikhlas, Nauful menyuruh Hariz bayangkan jika dia berada di tempat Kayra, yang dianiya dulu. Dan Hariz perlu faham begitu lah perasaan Kayra sekarang. Naufal akhirnya meminta agar Hariz bahagiakan Kayra. Dia memberi amaran jika Hariz menganiaya Kayra lagi Hariz tak kan dapat lagi peluang seperti ini.
Kayra masih lagi memikirkan cara bagaimana untuk memutuskan pertunangan nya dengan Hariz. Dia mendapat satu idea yang membuatkan dia yakin kali ini Hariz pasti akan memutuskan pertunangan mereka.
Sampai ke pejabat, Kayra mendapat jambangan bunga dari Hariz. Awal nya dia nak termuntah membaca ayat-ayat romantis dari hariz. Tapi sebaik sahaja Hariz masuk ke dalam bilik nya Kayra mula pura-pura menyukai bunga pemberian Hariz. Dia juga melayan Hariz dengan sangat baik.
Hariz mengajak Kayra pergi ke satu tempat selepas makan tengahari nanti. Kayra pura-pura teruja dan tak sabar dengan cadangan Hariz.
Ketika makan tengahari Kayra memberikan satu sampul kepada Hariz. Hariz membuka sampul tersebut dan melihat banyak gambar gadis cantik yang Kayra beri. Hariz menolak dan tak mahu mana-mana gadis walaupun sweet Qismina. Yang dia mahukan hanya Kayra yang berada dihadapan nya.
Rancangan Kayra gagal. Hariz tetap ingin berkahwin dengan Kayra. Kayra memberitahu Hariz yang dia mempunyai banyak tabiat buruk. Tapi Hariz langsung tidak kisah. Seburuk mana pun peranagi Kayra dia tetap ingin berkahwin dengan Kayra.
Hariz bertanya jika Kayra sudah membaca buku yang diberikan. Kayra menjawab yang dia tak perlu membaca buku tersebut kerana dia tahu yang sebagaimana baik pun dia Hariz tetap akan meninggalkan nya. Dalam fikiran Kayra dia perlu menggunakan senjata terakhirnya.
Kayra memberitahu yang dia sebenarnya sudah di tebuk tupai. Hariz meminta penjelasan dari Kayra. Kayra terdiam dan mula mencari idea untuk mereka-reka cerita yang nampak lebih real. Tapi Kayra gagal menyakin kan Hariz dan Hariz hanya tertawa mendengar cerita Kayra yang langsung tak masuk akal. Hariz yakin dengan pendirian nya akan tetap berkahwin dengan Kayra.
Dalam perjalan pulang Kayra melihat seorang wanita menjadi mangsa ragut. Kayra membantu wanita tersebut dengan membawanya ke klinik dan membuat repot polis. Kemudian Kayra menghantar nya pulang ke sebuah taska. Wanita tersebut seorang pembantu taska. Pembantu Taska memperkenalkan Kayra dengan pemilik taska yang kebetulan berada di situ. Wan Hakimi.. Seorang bapa tunggal.
Di situ anak Wan Hakimi, Yaya sangat manja dengan Kayra. Yaya juga memanggil Kayra sebagai Ibu. Wan Hakimi meminta maaf pada Kayra kerana terpaksa melayan Yaya. Wan Hakimi menceritakan sebenarnya Ibu Yaya sudah lama meninggal dunia disebabkan kanser.
Hariz sudah beberapa kali menghubungi Kayra tapi gagal.Dia mula rasa tak sedap hati. Dia risau dengan keselamatan Kayra.
Ketika hendak pulang ke rumah, Kereta kayra rosak. Wan Hakimi menghantar Kayra pulang ke rumah. Hariz yang menunggu Kayra di depan rumah Kayra , terkejut mendengar kanak-kanak memanggail Kayra sebagai Ibu. Sebaik sahaja kereta Wan Hakimi berlalu pergi Haris mendekati Kayra..
Bersambung..
Tonton Bidadari Salju Episod 13
Pelakon Bidadari Salju:
Sweet Qismina -Kayra
Adam Lee sebagai - Hariz
Syazuwan Hassan -Raqib
Fimie Don -Naufal
Chacha Maembong -Dania
Jaja Iliyes -Anita
Nazrief Nazri -Wan Hakimi
Zaki Azeman -Aiman
Aqil Taqeeuddin -Hafizan
Siti Khadijah -Marissa
Nizam Kama -Asyraf
Puteri A'teeqah -Athira
Damia Qaissarah -Yaya
0 Ulasan
sila tinggalkan komen anda...:)