Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 12

BIDADARI SALJU EPISOD 12Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don


Sinopsis Bidadari Salju episod 12

Kayra Masuk ke dalam Tuan Azman dan terus ingin duduk. Tapi Tuan Azman melarang Kayra duduk. Kayra berbura-pura ingin membetulkan kerusi. Tuan Azman bertanya mengapa Kyara tidak berterus terang dengan nya. Kayra terpinga-pinga. Tuan Azman terus bertanya mengapa Kayra tidak memberitahu yang hari ini hari jadi Kayra. 

Kayra terkejut apabila tiba-tiba semua staf pejabat keluar sambil menyanyikan lagu selamat Hari Jadi pada Kayra. Kayra mengucapkan terima kasih pada tuan Azman dan rakan-rakan sekerja kerana ingat akan hari jadinya. Menurut tuan Azman, Hariz yang memberitahu nya bawahawa hari ini adalah hari jadi Kayra.

Kayra menghubungi Hariz yang sedang out station, dan mengucapkan selamat hari jadi pada Kayra.Kayra bertanya sekarang Hariz dimana. Haria bertanya sama ada Kayra rindukan dia. Kayra ketawa tanda tak mengakui nya.



Tuan Azman berbincang dengan Kayra. Tuan Azman memberhantikan Kayra. Kayra terkejut dan tertanya-tanya apa kah kesalahan yang dilakukannya. Tuan Azman ketawa kecil dan mengatakan yang Kayra dinaik kan pangkat sebagai pengurus perancangan. Kayra sangat terkejut dan gembira dengan berita tersebut. Kayra mengucapkan terima kasih pada Tuan Azman.

Kayra mendapat banyak hadiah sempena harijadinya. Salah satu hadiah yang dibuka adalah lukisan yang pernah dilihatnya dulu disebuah galeri. Lukisan dirinya yang sedang berdiri di sungai. Dia mula teringat saat pertama kali melihat gambar tersebut di sebuah galeri, waktu itu Haris ada di luar galeri tersebut.

Tiba-tiba Hariz menghubungi Kayra.. Kayra mengatakan dia paling suka kan hadiah dari Hariz. Sebuah Lukisan yang cantik. Kayra tidak menyangka yang Hariz pandai melukis. Haris mengatakan yang dia meluahkan perasaan nya melalui lukisan tersebut. Kayra meneka adakah  selama ini Haris mengintip nya? Kayra mengucapkan terima kasih pada Hariz untuk hadiah yang sangat cantik itu.

Ibu kayra menefon Kayra dan memberitahu yang hujung minggu ni ibunya akan membuat sedikit majlis. Ibunya ingin Kayra pulang ke kampung. Kayra bersetuju dan akan pulang dihujung minggu.

Dalam diam keluarga Hariz dan keluarga Kayra sudah merancng sesuatu untuk mereka tanpa pengetahuan Kayra dan Hariz.

Kayra sampai ke kampung;. Setiba nya dia di rumah ibunya, dia melihat ada sebuah kereta lain disitu. Dia tertanya-tanya siapakan tuan punya kereta tersebut.Kayra pelik kenapa ayahnya menutup salah satu pintu masuk disitu. Ayahnya memberitahu yang pintu tersebut sudah rosak dan menyuruh Kayra masuk melalui pintu lain. Kayra yang tidak mencurigai apa-apa terus berjalan masuk ke bilik.




Kayra berehat sebentar dan berjalan-jalan diruang tamu rumahnya. Dia melihat kerusi drtuang tamu dialihkan ke tempat lain. Sebaik sahaja  pintu druang tamu dibuka Kayra terkejut melihat pelamin tersergam di ruang tamu. Kaya yang mula nya masih keliru tiba-tiba pengsan  sebaik sahaja ibunya mengatakan yang pelamin tersebut untuk dirinya.

Ayahnya yang paham benar dengan peranagi Kayra terus menyurh Kayra bangun dari berpura-pura pengsan. Kayra bangun dan bertanya dengan siapakah dia akan bertunang. Ibu Kayra memberitahu yang Kayra akan ditunangkan dengan Hariz. Ibu Kayra memujuk . Ayah kayra dengan tegas menyuruh Kayra masuk dan bersiap kerana sebentar lagi keluarga Kayra akan datang untuk majlis pertunangan Kayra dan Hariz. 



Hariz masih belum tahu tentang rancangan keluarganya dan keluarga Kayra. Kayra pula naik angin dan Diana menjadi mangsa nya,. Dia yang takut dengan Kayra terus memujuk Kayra untuk meneruskan pertunangan kerana tak ada cara lain untuk Kayra lari.

Diana cepat-cepat menghubungi Naufal dan memberitahu yang Kayra akan bertunang dengan hariz. Naufal terkejut dan menyuruh Diana menenangkan Kayra kerana dia cukup faham dengan perangai Kayra yang tak mahu terlibat dengan perkahwinan.

Disebabkan tak mahu menjadi anak yang derhaka, Kayra menyuruh Diana mula menghias wajahnya dan Diana gembira dengan keputusan Kayra untuk bertunang dengan Hariz.

Raqib yang melalui kawasan rumah Kayra melihat ramai orang memenuhi rumah Kayra. Raqib bertanya pada salah seorang tetamu kenapa ramai orang dirumah kayra. Mendengar yang majlis pertunangan Kayra akan diadakan , Raqib berasa sedih dan kesal.




Selesai majlis pertunangan, Kayra bersiap untuk pulang ke kuala Lumpur. Kayra nekad akan memberi pengajaran kepada Hariz. 2 bulan saja lagi Kayra akan berkahwin dengan Hariz. Kayra mula membuat rancangan untuk memutuskan pertunangan dengan Hariz.Kayra bertanya pada Diana apa yang patut dilakukan.

Sewaktu berbual dengan Diana, tiba-tiba hariz menelefon Kayra dengan marah-marah. hariz hairan kenapa Kayra marah-marah dan garang dengan nya. Hariz mengatakan yang dia rindukan Kayra. Kayra yang masih marah menyuruh Hariz berjumpanya sebaik dia sampai ke Kuala Lumpur.

Berjumpa dengan Hariz, Kayra menceritakan yang ayah dan ibu Hariz datang masuk meminang.  Dan sekarang dia bergelar tunangan Hariz. Hariz terkejut dengan cerita Kayra tapi dalam hatinya dia gembira . 

Hariz terus menghubungi ibunya. Dia meminta penjelasan dari ibunya. Haris terkejut dengan tindakan ibu dan ayahnya . Tapi dia setuju dengan tindakan mereka. Hariz memberitahu Kayra yang sebagai anak-anak mereka perlu mengikut kata ibu dan ayah dan meminta Kayra menadah tangan mengucapkan Alhamdulillah.



Di kampung Ibu Kayra merasa risau jika Kayra melakukan sesuatua sebagai tanda protes terhadap mereka kerana memaksanya bertunang dengan Hariz. 

Dipejabat Kayra pergi berjumpa dengan Tuan Azman. Dia ingin meminta pertunangan nya diputuskan....

Bersambung..




Tonton Bidadari Salju Episod 12

Pelakon Bidadari Salju:

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebagai - Hariz

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Memoir Rindu - Asmidar


Catat Komen

0 Ulasan