Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 11

BIDADARI SALJU EPISOD 11 Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don



Sinopsis Bidadari Salju Episod 11

Haris tiba-tiba sedar selepas beberapa hari pengsan akibat dari serangan perompak tempoh hari. Sebaik sedar nama Kayra yang di panggil. Tuan Azman dan isterinya berasa gembira Haris telah sedar. Tapi haris menangis sedih kerana mempertaruhkan nyawa Kayra. Dia fikir Kayra sudah mati dibunuh. Tuan Azman dapat rasakan Haris betul-betul jatuh cinta dengan Kayra. Tuan Azman dan isterinya juga sangat suka kan Kayra.

Ibu Kayra di kampung dan suaminya membincangkan soal Kayra yang tinggal di Kuala Lumpur. Mereka sangat risaukan tentang Kayra tambahan lagi dengan kes rompakan yang baru saja berlaku. Ayah Kayra meminta Isterinya bersabar dan berdoa agar Kayra sentiasa selamat. Ayah Kayra juga memberi tahu yang rupanya Tuan Azman tu ialah rakan sekolah nya dahulu.



Dirumah, Tuan Azman dan Hariz berbual tentang Kayra. Haris berterus terang dengan Tuan Azman yang dia sebenarnya ingin menjadikan Kayra sebagai isterinya. 

Ibu Kayra bercadang mengadakan majlis kenduri pada hujung minggu ini. Ibunya menyuruh Kayra menjemput keluarga Tuan Azman datang ke majlis tersebut. Kayra terpaksa bersetuju dengan permintaan ibunya. Kayra berjumpa Tuan Azman dan menjelaskan niat baik ibunya.Tuan Azman bersetuju dan dengan senang hati akan menghadiri majlis tersebut.

Di hari majlis kenduri doa selamat, keluarga Haris datang selepas majlis berlangsung.Kayra fikir Keluarga Haris tak jadi nak datang ke majlis tersebut. Rupanya nya mereka datang sedikit lewat kerana ada hal kecemasan. 

Ibu Kayra menyuruh Kayra membawa sup Ikan haruan yang Kayra masak khas untuk Haris. Kayra terkejut kerana bukan dia yang memasak sup tersebut.Tapi bagi Haris dia sangat gembira mendengar hal tersebut. Selepas makan Tuan Azman dan ayah Kayra duduk berbual. Mereka bercerita tentang hal-hal yang pernah berlaku dalam kehidupan mereka sebelum ini.

Keluarga Haris juga bermalam di rumah Kayra. Haris memberitahu Kayra yang dia tak kan lupakan jasa baik Kayra yang telah menyelamatkan nya. Kayra memberitahu dia tak mahu apa-apa cuma dia akan tunggu waktu terbaik untuk meminta sesuatu dari Haris. Haris juga sempat mengusik Kayra membuatkan Kayra menjerit memanggil ibunya.


Percutian di rumah Kayra juga memberi kesempatan pada Haris untuk berkelah ditepi sungai dengan Kayra, Naufal dan Diana. Mereka sempat berbual tentang jodoh Kayra. Diana memberitahu yang ibu Kayra akan menggunakan khidmat perubatan tradisional jika Kyra masih tidak berkahwin. mereka mencadangkan agar Kayra menerima Haris.

Kayra memberitahu Diana dan Naufal yang dia tidak pernah menyimpan perasaan pada Haris. Haris tertanya-tanya apa lagi kekurangan dirinya yang membuatkan kayra sukar mnerima dirinya.



Dirumah, keluarga Kayra dan keluarga Tuan Azman berbincang tentang Kayra dan Haris. Keluarga Haris bercadang untuk menjodohkan Kayra dengan Haris. Ayah kayra risau kerana anak nya suka mengelak untuk bercakap tentang jodoh. jadi dia sukar untuk percaya yang Kayra dan haris mempunyai hubungan. Isteri tuan Azman bertanya jika keluarga Kayra setuju untuk mereka menghantar rombongan meminang Kayra.

Ketika sedang berkelah tiba-tiba Aiman muncul di situ. Kayra mempelawa Aiman untuk turut menyertai mereka.Hariz bertanya Aiman betul ke Aiman sudah berkahwin. Kayra yang mendengar perkara tersebut sangat terkejut. Aiman mengungkit cerita lama yang Kayra pernah menolak lamaran nya. Kayra malas nak mendengar cerita Aiman dan mencari alasan untuk pergi pada Diana dan Naufal.

Haris memberitahu Aiman yang Kayra kini milik nya. Aiman bertanya mengapa begitu mudah untuk Kayra memaafkan Haris. Aiman masih lagi menyimpan niat untuk memperisterikan Kayra. Aiman nekad akan mendapatkan semula Kayra walaupun dia pernah mengabaikan Kayra satu masa dulu.Haris mencadangkan agar Aiman menumpukan pada rumahtangganya sahaja,

Haris dan keluarganya bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Ibu Kayra menjemput keluarga tuan Azman datang lagi ke rumah mereka lagi. 

Sebaik keluarga Haris pulang Ibu Kayra memberitahu yang dia sangat suka kan keluarga Haris dan gembira dengan kedatangan tetamu istimewa tersebut.Kayra meminta ibunya menukar topik perbincangan. Kayra mengatakan dia belum bersedia untuk berkahwin. Ibu kayra tahu bagaimana untuk melembutkan hati Kayra. Dia kemudian nya menadah tangan. Kayra serta merta merayu agar ibunya jangan berdoa seperti itu dan terus pergi meninggalkan Ibu kayra yang sedang menadah tangan berdoa..

sekembalinya nya Haris dari rumah Kayra , Haris mula angau dengan Kayra. dia kerap memikirkan tentang Kayra setiap masa. Kenangan bersama kayra sentiasa difikiran nya. Walaupun Kayra sangat keras hati tapi Haris tak kan putus asa. Dia bersumpah yang Kayra akan jatuh hati padanya.

Kayra pula susah hati dengan permintaan ibunya untuk dia segera berkahwin. Dia tidak tahu apa lagi alasan untuk meyakin kan ibu nya dan membuatkan ibunya tidak lagi bercakap tentang perkahwinan. Dis serik dengan manusia bernama lelaki.

Ketika sedang melamun, seorang staf memanggil Kayra untuk berjumpa dengan Tuan Azman. Tuan Azman nampak sangat marah. Kayra sangat takut. Tuan Azman bertanya mengapa Kayra tidak berterus terang dan sanggup menipunya.. Kayra terkejut dan tertanya-tanya apakah maksud Tuan Azman.

Bersambung...



Tonton Bidadari Salju Episod 11


Pelakon Bidadari Salju

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebagai - Hariz

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju


Memoir Rindu - Asmidar


Catat Komen

0 Ulasan