Advertisement

ads

BIDADARI SALJU EPISOD 10

BIDADARI SALJU EPISOD 10Pasangan kekasih,  Sweet Qismina dan Adam Lee bergandingan dalam drama Bidadari Salju yang bersiaran pada 15 Disember 2020. Drama 28 episod ini ditayangkan di saluran tv3 dalam slot Akasia. Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut sama dalam drama ini  Nazrief Nazri, Chacha Maembong dan  Fimie Don



Sinopsis Bidadari Salju Episod 10

Kayra melihat seorang wanita di ruang tamu rumah Raqib. Kayra sangat marah kerana Raqib masih lagi memberi alasan sedangkan jelas Raqib membawa wanita tersebut pulang kerumah dan berkelakuan tidak senonoh. Hariz hanya memerhatikan sahaja pertengkaran antara Raqib dan Kayra di hadapan rumah.

Raqib meminta maaf dan Hariz datang untuk membantu Kayra tapi Raqib meminta Hariz tidak masuk campur dalam urusan dia dan Kayra. Kayra menendang kaki Raqib dan masuk kedalam kereta. Dia kembali semula ke pejabat dan masuk ke dalam biliknya.

Dia tidak sedar yang Hariz sedang mengikutinya kerana Hariz risau dengan keadaan Kayra yang emosinya tidak stabil. Hariz mengintai dari luar dan melihat tingkah laku Kayra. Dia risau jika Kayra melakukan sesuatu yang bodoh.Tapi Kayra sebenarnya hanya ingin menyoapkan kerja nya yang belum disiapkan.



Kayra dpat merasakan ada seseorang diluar biliknya. Dia mula terhendap-hendap melihat keluar. Dia membuka pintu dan hampir-hampir bertembung dengan Hariz. Haris mengatakan dia risau dengan keadaan Kayra. Kayra mengatakan dia masih tahu halal haram dan tak mungkin akan melakukan sesuatu yang bodoh hanya kerana lelaki seperti Raqib.

Hariz mengajak Kayra makan.Ketika sedang makan Kayra mengatakan yang dia sebenarnya tak ada perasaan pada Raqib. Dia hanya nak kenakan Hariz supaya Hariz cemburu dan ingin buat Hariz marah. Hanya Raqib sahaja yang tergila-gilakan Kayra.Kayra langsung tak menaruh harapan pada Raqib. Dia cuma marah pada Raqib kerana sikap buaya darat Raqib sahaja. Tapi dalam masa yang sama dia berasa lega kerana berjaya membuatkan Raqib sedar kesalahan dirinya dan sedar mengapa Kayra tidak menerima cintanya.

Hubungan kayra dan Hariz masih lagi sebagai kawan baik. Kayra tidak mungkin akan menerima Hariz kerana hatinya benar-benar tidak terbuka untuk menerima Hariz. Walaupun begitu Hariz tetap menyimpan perasaan pada Kayra dan tetap menanti agar satu hari nanti pintu hati Kayra terbuka untuk nya.

Hariz tetap melayan Kayra dengan baik. Saban hari hubungan mereka menjadi rapat. Hariz dan Kayra kerap berhubung selepas waktu pejabat. Tuan Azman dan isterinya merancang untuk berjumpa dengan ibu dan ayah Kayra tanpa pengetahuan Kayra dan Hariz. Mereka ingin berkenalan dengan keluarga Kayra.




Ketika dalam perjalanan ke bank, Raqib masih lagi mengganggu Kayra. Hariz yang geram kerana Raqib kerap mengganggu Kayra terus menjawab panggilan telefon Raqib di telefon Kayra.Dia memberi amaran pada Raqib supaya jangan mengganggu Kayra lagi kerana dia dan kayra akan berkahwin tak lama lagi. 

Kayra terkejut dan berniat untuk memberitahu Raqib hal yang sebenarnya pada Raqib. Tapi selepas mendengar suara raqib yang tak henti-henti merayunya dia terus mengiyakan kata-kata Hariz tadi.

Selepas mengeluarkan wang tunai di bank, Haris keluar dari bank dan masuk kedalam kereta tanpa menyedari dia sedang diekori oleh perompak. Hariz yang sedang memandu ditemani Kayra tidak sedar yang perompak tersebut mengikuti kerata Hariz dari belakang. 

Tiba-tiba ada kereta berhenti dihadapan kereta Hariz. Kayra yang kebetulan sedang berbual dengan Diana terus menghantar location kepada Diana dan meminta Diana menghubungi polis. Pereompak tersebut cuba menyentuh tangan Kayra. Hariz yang melihat perkara tersebut berasa sangat marah dan terus melawan perompak. Salah seorang perompak terus menikam Haris dibelakang perut.

Hariz di bawa kehospital Ibu dan yah Hriz juga sampai di hospital dan mereka sangat sedih dengan kejadian yang menimpa Hariz. Kayra berasa bersalah kerana Hariz sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan nya. Dia mula berasa simpati dan kesal dengan tindakan nya selama ini terhadap hariz. Dia teringat saat-saat ketika dia bersama Hariz.

Berita tentang kejadin tersebut membuatkan ibu Kayra berasa sangt risau. Kayra cepat2 menghubungi ibunya untuk menjelaskan situasi dan keadaan nya suopaya ibunya tidak risau. Ibu Kayra bertanyakan keadaan Hariz. Kayra terkejut bagaiman ibunya mengenali Hariz. Ibunya cepat2 memberitahu yang dia mengenali Hariz melalui berita di tv.

Keadaan Hariz mula semakin stabil. Tapi Hariz masih belum sedar. Tuan Azman menghubungi Kayra dan meminta Kayra supaya tidak perlu bekerja.Tuan Azman berasa terhutang budi kerana Kayra menyelamatkan wang syarikat dan bertindak pantas untuk menyelamatkan Haris. Tuan Azman dan isterinya berasa terhutang budi dengan Kayra.

Ayah Kayra berasa sangat bangga dengan Kayra, Orang-orang kampung juga mengucapkan tahniah kepada ayah kayra kerana mempunyai anak yang mampu menumpaskan penjenayah. 

Dihospital Ibu dan ayah Hariz masih menunggu Hariz sedar. Sebaik sahaja Hariz sedar dia terus menjerit memanggilnama Kayra...

Bersambung...


Tonton Bidadari Salju Episod 10



Pelakon Bidadari Salju

Sweet Qismina -Kayra

Adam Lee sebagai - Hariz

Syazuwan Hassan -Raqib

Fimie Don -Naufal

Chacha Maembong -Dania

Jaja Iliyes -Anita 

Nazrief Nazri -Wan Hakimi

Zaki Azeman -Aiman

Aqil Taqeeuddin -Hafizan

Siti Khadijah -Marissa

Nizam Kama -Asyraf

Puteri A'teeqah -Athira 

Damia Qaissarah -Yaya

Soundtrack Drama Bidadari Salju

Mimpi - Haqien Rusli 

Memoir Rindu - Asmidar

Catat Komen

0 Ulasan