Sinopsis Bidadari Salju episod 1
Kayra merayu-rayu agar Haris memulangkan beg sekolahnya. Haris yang tidak mempedulikan dengan rayuan Kayra terus melarikan beg sekolah kayra ke dalam kebun kelapa sawit. disitu muncul semua kawan-kawan Haris yang kerap mengganggu dan membuli Kayra. Semasa kayra mengambil beg tiba-tiba dia jatuh dan terpegang Haris. Marissa yang memang mempunyai perasaan pada Haris marah dan menuduh Kayra sengaja memeluk Haris. Haris kemudian melemparkan bag Kayra jauh ke dalam semak.
Sebaik pulang dari sekolah Kyra membantu Mak Pah di kedai makan. Dapat lah dia sedikit upah untuk diberikan pada ibunya. malam itu kayra pulang sedikit lewat kerana banyak pelanggan di kedai makan. Ayah Kayra yang memang seorang yang sangat garang dan tegas sudah menunggu di depan pintu. Kayra hampir dimarahi kerana pulang lewat
Ayah Kayra hanya seorang pemotong rumput di kampung. kehidupan keluarga nya yang miskin membuatkan Kayra bekerja di kedai makan. tapi Ayah Kayra tidak pernah mahu mengambil wang yang diberikan Kayra kerana bagi ayahnya soal belanja rumah adalah tanggungjawabnya bukan kayra.
Kayra mengadu pada ibunya mengenai jerawat yang tumbuh dimuka nya. Jerawat yang menyebabkan dia sering dihina dan tidak disukai oleh budak-budak lain disekolah nya.ibu Kayra selalu berpesan pada Kayra jangan mengeluh, yang penting bukan rupa paras tetapi budi bahasa dan apa yang ada dalam hati. Hati kena bersih. Itu lah jawapan ibunya setiap kali Kayra mengeluh.
Selain menolong Mak Pah di kedai makan, Kayra juga membantu Pak Ali di kedai buah. Sikap Kayra yang suka berdikari sering membuatkan Kayra dipuji orang-orang kampung. Aiman yang juga rakan sekolah Kayra selalu memandang Kayra. Bagi Kayra Aiman sama saja dengan Haris kerana Aiman sering bersama Haris disekolah.
Kayra bercadang untuk berhenti sekolah. Dia sudah hilang minat untuk belajar.Ibunya berpesan supaya Kayra bersabar dan tidak memikirkan untuk berhenti sekolah. Hanya ilmu dan pelajaran sahaja lah yang mampu mengubah nasib keluarga mereka. Tanpa Kayra dan ibunya sedar , Haris bersembunyi di tepi rumah dan mendengar perbualan Kayra dan ibunya.
Disekolah Haris dan kawan-kawan nya masih tetap membuli dan mengganggu kayra. Walaupun Kayra tidak melayan mereka tapi mereka mengganggu Kayra dan sering menghina Kayra dengan panggilan busuk dan miskin.
Haris juga menyembunyikan buku Kayra sehingga Kayra didenda guru kelas nya. Hanya Diana sahajalah kawan baik Kayra disekolah yang sering bersama nya . Tak cukup dengan membuli dan menghina Kayra, haris dan kawan-kawan nya tergamak menfitnah Kyara konon nya Kayra menjual tubuh untuk mendapatkan duit..
Bersambung...
Pelakon Bidadari Salju:
Sweet Qismina -Kayra
Adam Lee sebag- Hariz
Nazrief Nazri -Wan Hakimi
Zaki Azeman -Aiman
Syazuwan Hassan -Raqib
Fimie Don -Naufal
Chacha Maembong -Dania
Jaja Iliyes -Anita
Aqil Taqeeuddin -Hafizan
Siti Khadijah -Marissa
Nizam Kama -Asyraf
Puteri A'teeqah -Athira
Damia Qaissarah -Yaya
Soundtrack Drama Bidadari Salju
Haqiem Rusli - Mimpi
1 Ulasan
Drama ni pun belum tengok lagi. Episod 1 dah macam best katanya.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)