BERCINTA DENGAN JIN FULL MOVIE | Telemovie yang diinspirasikan dari kisah benar lakonan Uyaina Arshad , Yusuf Bahrin dan Raja Syahiran disiarkan pada 26 Disember 2020 jam 9 malam di Astro citra dan Citra HD. telemovie bertajuk Bercinta Dengan Jin adalah arahan Irwan Abdul Rauf dan ditulis oleh Baizura kahar.
Sinopsis Bercinta Dengan Jin
Maya seorang penulis skrip. Dia telah menerima satu projek untuk menulis satu skrip tentang dokumentari Filem tentang Haji Zamani. Memandangkan haji Zamani adalah penduduk kampung asal nenek Maya, Maya bersetuju untuk menerima projek tersebut.
Maya sebenarnya mampu melihat makhluk halus sejak kecil lagi. Kekasihnya Izwan juga memahami keadaan Maya dan selalu menenangkan Maya. Dia tidak mahu Maya ketakutan setiap kali melihat makhluk tersebut.
Maya memulakan projek penulisan nya dengan pulang ke kampung. Setelah sekian lama baru lah dia berpeluang kembali semula ke rumah peningalan arwah neneknya.
Sewaktu pertama kali masuk ke dalam rumah, dia dapat merasakan ada sesuatu yang mendekatinya. Ketika sedang berjalan disekitar rumah, dia hampir dilanggar seorang lelaki yang menunggang basikal.Lelaki tersebut bernama Haikal.
Pelakon:
Uyaina Arshad
Yusuf Bahrin
Raja Syahiran
Charlie Numan Salleh
Tonton Bercinta Dengan Jin full Movie
1 Ulasan
suka tgok gandingan uyaina dgn yusuf . Haritu tgok jalan cerita dah seronok cuma few scenes bila hantu mncul tu mcm kelakar
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)