AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 1 TV3 | Drama bersiri lakonan Nadia Brian , Syarifah Sakinah dan Adi Putra akan bersiaran di tv3 dalam slot Samarinda. Drama ini akan bersiaran sebanyak 15 episod dan disiarkan setiap isnin hingga khamis jam 10 malam.
Sinopsis Aku Yang Kau Gelar Isteri Episod 1
Laila dan Izlan berkemah di dalam hutan bersama dengan rakan-rakan mereka. Izlan membuka cerita seram dan Laila datang dari belakang menakutkan rakan mereka yang lain. Kawan-kawan nya terus memarahi Laila kerana menakutkan mereka ditambah dengan wajah Laila yang menakutkan. Mereka mula menghina wajah nya dan mentertawakan Laila.
Laila mengadu pada ibunya yang mereka mentertawakan nya. Ibunya berpesan jika mahu berkawan Laila tak boleh terlalu mengambil hati. Ibunya memujuk dan menegaskan yang kawan-kawan nya hanya bergurau.
Izlan berjumpa Laila seperti biasa. Izlan memberitahu yang dia ingin meminta pertolongan Laila untuk menumpangkan Rai dirumah Laila. Izlan rasa bersyukur dan beruntung kerana mendapat kawan seperti Laila yang sudia membantunya. Baginya Laila sangat baik. Laila sangat tembira kerana hanya Izlan sahaja yang sanggup menerima Laila sebagai kawan nya walaupun dia tidak la cantik dan mempunyai wajah yang berparut.
Menurut Izlan dia tidak kisah dengan paras rupa. Laila meminta Izlan berjanji tidak akan meninggalkan nya. Dia menyangka Izlan menyintainya sama seperti dia menyintai Izlan
Cik Embun datang kerumah Laila. Ibu Laila menghidangkan minuman kepada kakaknya itu Tapi Cik Embun seperti takut hendak minum. Ibu Laila bertanya apa yang dilakukan kakaknya itu pada wajahnya kerana kakak nya itu nampak muda sedangkan beza umur mereka hanya 5 tahun. Ibu Laila meminta kakaknya ingat apa yang jadi kepada mak mereka kerana mengamalkan benda2 yang tak elok. Cik Embun menghina adiknya yang nampak sangat tua. Adiknya membalas dan memberitahu sekurang-kurangnya dia tidak menduakan Allah.
Izlan memberitahu pak saleh yang dia ingin berkahwin. Ibu Izlan yang mendengar perbualan Izlan dan Pak Saleh menuju ke arah mereka dan terus menentang kehendak Lan. . Ibunya marah dan tidak bersetuju untuk Izlan berkahwin dengan Rai .Baginya, disebabkan Rai la anaknya tidak mahu menyambung pelajaran.
Rai mengucapkan terima kasih kepada ibu Laila kerana membenarkan Rai tinggal di situ. Rai dan Laila berkawan baik. Tapi Laila tidak tahu Izlan dan Rai merancang untuk berkahwin. Rai pelik kerana hati ibu Izlan sangat keras dan tidak menyukainya
Laila bertemu dengan Izlan seperti biasa. Dia bertanya pada Izlan mengapa Izlan tidak mengajaknya apabila berjumpa dengan Rai. Izlan pelik mengapa dia perlu mengajak Laila untuk bertemu Rai. Izlan memberitahu yang dia suka kan Rai dan ingin berkahwin dengan Rai. Laila yang mendengar pengakuan Izlan sangat marah kerana selama ini dia manyangka kana Izlan menyintainya.
Laila pulang kerumah dalam keadaan marah. Ibunya puas memujuk tapi Laila tidak mempedulikan ibunya. Laila sangat mengkagumi ibu saudaranya Cik embun yang sangat cantik.. Dia teringat Cik embun pernah berpesan pada nya agar jangan terlalu rapat dengan Rai. Rupanya ini lah sebab nya mengapa Cik Embun tak mahu Laila rapat dengan Rai.
Laila berjumpa Izlan di tempat kerja Izlan. Izlan bertanya mengapa Laila tidak datang bersama Rai. Laila sangat marah kerana dia sangat suka kan Izlan. Izlan berkali-kali memberitahu dia mahu berkahwin dengan Rai bukan dengan Laila. Dia hanya menganggap Liala seperti kawan baiknya sahaja.. Laila memujuk Izlan dan berjanji akan melayan Izlan.
Islan terus emnolak Laila dan mengatakan Laila hanya layak untuk memuaskan nafsu lelaki sahaja. Laila tidak cantik seperti Rai. Izlan mengaku dia suka kan Rai kerana Rai sangat cantik dan baik. Tidak seperti Laila.
Di hari perkahwinan Rai dan Izlan, Rai mengucapkan terima kasih kepada Izlan kerna sudi memperisterikan nya.Izlan dan Rai berasa sangat gem,bira kerana impian mereka untuk berkahwin termakhbul.
Laila sangat geram kerana Izlan berkahwin dengan Rai. Laila berjanji jika dia tak dapt berkahwin dengan Izlan, Rai juga tak kan dapat bersama Izlan. Ibu Laila merayu agar Laila jangan berbuat sesuatu yang salah. Laila terus bmarah dan melempar semua barang-barang didalam bilik. Ibunya terus menahan Laila. Laila tidak peduli dan terus menolak ibunya.. Ibunya terjatuh dan...
Bersambung..
Nadia Brian -Raihani
Adi Putra -Ezlan
Sharifah Sakinah -Laila
Atiq Azman -Pian
Baby Azreen -Maryam
Aznah Hamid -Mak Lang
Rosli Rahman Adam -Pak Salleh
Kuza -Mak Su
Zaki Azeman -Naim
Lana Nodin -Embun
Ummar Dzariff -Rais
Laura Olivia
Soundtrack Aku yang Kau gelar Isteri
Purnama - Naim Daniel
2 Ulasan
hebat-hebat juga pelakonnya kak..
BalasPadamGandingan baru dan senior.
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)