Advertisement

ads

45 TAHUN LELAKI INI ANGKAT TANGAN TANDA PENGABDIAN KEPADA DEWA

45 TAHUN LELAKI INI ANGKAT TANGAN TANDA PENGABDIAN KEPADA DEWA | Ini ialah Sadhu Amar Bharati. Dia lahir sebagai lelaki india yang sama sahaja seperti lelaki lain. Dia mempunyai pekerjaan, seorang isteri dan 3 orang anak. 


Pada satu pagi dia bangun dari tidur dan memutuskan untuk pergi meninggalkan isteri dan anak-anaknya semua yang dia ada. Sejak itu dia tak pernah kembali kepada mereka.  Tujuan nya hanya satu, untuk menjadi Sadhu atau pun sami dengan mengabdikan dirinya kepada dewa Shiva.

Dia mula berjalan dan selepas beberapa tahun dia sampai ke Haridwar iaitu sebuah kota yang dikatakan sebagai kota paling suci bagi penganut Hindu.



Pada tahun 1970 dia meninggalkan gaya hidup tradisional dan memutuskan untuk mengabdikan dirinya sepenuhnya kepada kepercayaan agamanya; khususnya Dewa Hindu Siwa Tetapi dia masih tidak berasakan satu kepuasan dan ingin membebaskan dirinya dari kehidupan duniawi.

Dia memutuskan untuk melakukan hada yoga iaitu salah satu teknik yoga. Dia akan mengangkat sebelah  tangan nya dan tidak akan sesekali menurunkan nya.

 

Pada Tahun 1973 dia mula mengankat sebelah tangan nya dan sejak itu dia tidak pernah menjatuhkan nya. Dia mengakui pada awalnya, tangan nya berasa sangat sakit.

Tapi setelah sekian lama rasa sakit tersebut telah hilang. Terdapat banyak jenis hada yoga dan semuanya mempunyai objektif tertentu. Objektif Aman Bharati adalah untuk mendapatkan keamanan dunia.




Seperti yang dduga, Amar mengalami kebas dan kesemutan yang biasa kita semua rasakan ketika anggota badan "tertidur." Dan walaupun mengalami kesakitan yang teruk, Amar tetap bertahan. 

Setelah beberapa lama, dia mendakwa rasa sakitnya mereda lengan nya kekal berdiri tegak. Otot-otot lengan nya telah mengalami penurunan dan lilitan lengan kanan mengecil berbanding dengan lengan kirinya. 



Kukunya juga tidak dipotong kerana untuk memotong kuku Amar perlu menurunkan lengannya. Disebabkan itu Kuku-kuku dijarinya akan hancur dan melengkung di jarinya.



Yoga hada bukan lah asing bagi Sami di India. Terdapat banyak jenis yoga hada dan semuanya mempunyai objektif tertentu. Ada yang memutuskan untuk berdiri dan bergerak dengan menggunakan sebelah kaki, tidak makan dan minum selama bertahun-tahun dan ada juga yang berdiri selamanya tanpa duduk dan berbaring walaupun untuk tidur.





Walaupun kebanyakan masyarakat luar India menganggap apa yang dilakukan mereka sebagai sia-sia namun bagi masyarakat India ianya adalah satu kehebatan bagaimana manusia mampu mengawal tubuh mereka.

Pendapat korang pulak macam mana?






Catat Komen

6 Ulasan

  1. buatlah apapun asal bahgia tapi mendera tubuh itu berdosa dalam Islam kan

    BalasPadam
  2. Tinggal keluarga, seksa tubuh..haish..tapi kita kena hormat lah, tu agama mereka..

    BalasPadam
  3. alahai kenapalah nak siksa diri gitu

    BalasPadam
  4. Fahaman dan kepercayaan mengikut agama masing-masing. Tapi setiap agama mengajarkan penganutnya tidak keterlaluan dalam lakukan sesuatu. Sebab dulu di sekolah ada cikgu India, Cina, Sikh. Mereka berterus terang, mereka kata apa pun agama yang saya, awak dan orang lain anuti semua mengajarkan supaya jaga akhlak, sederhana dan tidak keterlaluan. Apatah lagi yang sia-sia.

    BalasPadam
  5. Kita pernah tengok dia ni dalam satu rancangan dokumentari. Kagum jugaklah macam mana dia dapat bertahan, kita tidur tak alih tangan pun dah lenguh

    BalasPadam
  6. Sampai macam tu sekali sanggup menyeksa diri bertahun tahun lamanya.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)