Advertisement

ads

TELEFILEM TERSIMPANG KE ALAM BUNIAN

TELEFILEM TERSIMPANG KE ALAM BUNIAN | Di inspirasikan dari kisah benar,telefilem ini dibintangi oleh Farid Kamil, Amerul Affendi dan ramai lagi. Drama ini akan bersiaran di Astro Citra dan Citra HD pada 28 november 2020 jam 9 malam.



Sinopsis Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian

Telefilem ini memaparkan Kisah pengembaraan tiga lelaki yang loser dalam kehidupan dunia dan menemui nilai hidup yang lebih bermakna di alam bunian.

Duan dan Isa bekerja sebagai badut dan penghibur, Satu hari mereka telah dapat jemputan membuat persembahan yang jauh dari Kuala Lumpur. 

Ditemani rakan mereka Lan, mereka pun menuju ke tempat tujuan mereka. Dalam perjalanan mereka tersesat. Muncul seorang lelaki dan mengajak mereka ke rumah untuk bermalam.

Dirumah tersebut ada sorang gadis bernama Seroja. Tanpa mereka sedari , mereka sebenarnya telah masuk ke satu dimensi yang aneh dan bertemu dengan Seroja. Dapatkah mereka pulang ke alam biasa?



Pelakon

Farid Kamil

Amerul Affendi

Shahidan Izwan

Zack Zabhas

Hana Ameera

Sri Idrina

Naza Manas






Catat Komen

2 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)