Advertisement

ads

TELEFILEM KOBOI & VEMPIRE FULL MOVIE

TELEFILEM KOBOI & VEMPIRE FULL MOVIE | Sebuah telemovie komedi seram akan disiarkan pada 26 november 2020. Telemovie Koboi & Vampire ini menampilkan Khir Rahman dan Siti Saleha sebagi teraju utama dan turut dibantu oleh Imuda , Didie Alias dan ramai lagi. Telemovie ini akan disiarkan di Astro Boo 404 jam 10.30 malam.


Sinopsis Koboi & Vampire


Miss Masmona seorang gadis cantik yang menjadi kegilaan setiap lelaki. Ramai lelaki yang sanggup bermatian untuk Masmona. Walaupun begitu Masmona lebih suka mendekati Budi. Tapi Budi tidak selesa kerana dia takut jika ada yang tidak suka dengan hubungan baik antaranya dan Masmona. Dia juga berasa tidak layak bersama Masmona.

Nenek Masmona merestui hubungan mereka dan mencadangkan agar Budi berkahwin dengan cucunya. Budi bersetuju dan berasa beruntung dan gembira.


Kad jemputan perkahwinan pun diedarkan seluruh Rimpolian. Ramai lelaki yang kecewa dengan berita tersebut termasuk lah kawan baik Budi, Jali. Jali memberi amaran pada Budi bahawa Masmona yang ganas tidak sesuai dengan Budi. Malam itu Budi bertemu Budi untuk mendapatkan kepastian betul ke Masmona seperti yang dikatakan Jali.



Pulang dari rumah Masmona, Budi melihat ayahnya sedang mengadu kesakitan. Budi mencadangkan agar ayahnya mencari pengganti ibunya. Ayah budi meminta agar Budi melupakan hasrat berkahwin dengan Masmona kerana dia sendiri hendak memperisterikan Masmona.

Budi yang sememangnya seorang yang baik hati terpaksa mengalah dengan hasrat ayahnya. Dia kemudian nya dipaksa pergi melamar Masmona untuk ayahnya sendiri. Budi menurut kata ayahnya tapi bagi ayahnya Budi hanya seorang anak yang bodoh.

Sampai di rumah Masmona, Budi menjelaskan niat kedatangan nya kepada nenek Masmona. Dia berkata yang dia ingin masuk meminang Masmona untuk ayahnya. Nenek Masmona sangat marah kerana Masmona hanya akan dikahwinkan dengan Budi. Bukan dengan ayah Budi. 

Nenek Mona mencadangkan agar Budi dan Masmona akan dikahwinkan dengan Budi malam itu juga.



Hingga ke pagi, ayah Budi menunggu Budi dirumah. Dia hairan mengapa Budi masih belum pulang sejak keluar malam tadi. Budi dan Masmona muncul di depan pintu rumah. 

Melihat wajah Masmona, ayah Budi berasa sangat gembira. tiba-tiba budi memberi tahu yang dia dan Masmona sudah berkahwin. Ayah Budi sangat marah dan Masmona meminta restu pada ayah budi. Namun ayah Budi menghalau Budi dan Masmona keluar dari rumah. 


Jali yang sememangnya mempunyai perasaan pada Masmona mengucapkan convocation , Congratulation kepada Budi. Budi tidak mengesyaki apa-apa pada Jali. Tapi menurut Jali, Masmona sebenarnya seorang vellfire vampire. Budi tidak percaya kerana dia tahu Masmona seorang yang tidak tinggalkan solat. Mana ada Vampire solat..

Tapi jali tetap bertegas dengan mengatakan tahi lalat pada wajah Masmona sebenarnya adalah paku. Dulu semasa Masmona menjadi Vellfire vempire wajah Masmona teruk dan hodoh. Tahi lalat pada wajah masmona juga tidak berbulu.

Tapi Budi menyangkal sekali lagi dan mengatakan tahi lalat yang berbulu cuma di ketiak. Jali menyakin kan Budi berkali-kali dan meminta Budi pulang dan memeriksa tahi lalat Masmona.

Budi mula terpengaruh dengan fitnah Jali. Dia pulang awal ke rumah dan mula memeriksa wajah Masmona. Dia bertanya mengapa Tahi lalat Masmona tak ada bulu. Masmona hairan dengan soalan Budi dan bertanya mengapa tahi lalatnya perlu ada bulu.

Tiba-tiba nenek Masmona muncul dan budi mula memeriksa tahi lalat nenek Masmona. Nenek mula mencurigai Budi.
 



Budi yang masih tidak berouas hati pergi menemui ayahnya. Dia mahu tahu betulkan Masmona seorang vampire. Ayah Budi pun menceritakan sebenarnya Masmona memang hantu.Sebab itu lah dia ingin berkahwin dengan Masmona kerana ingin mengubati Masmona agar Masmona kekal menjadi manusia selamanya. Bomoh lama yang merawat Masmona hanya menjadikan  manusia selama 6 bulan. Bermakna tempohnya sehingga september depan. 

Menurut ayah Budi lagi hantu Masmona memang suka mengganggu lelaki yang lembab seperti Budi.

Budi pulang kerumah dengan perasaan keliru. Dia bertanya pada Masmona mengapa Masmona memilihnya sebagai suami. Masmona menjelaskan yang Budi seorang lelaki yang jujur, pandai menyanyi dan tak pandai berbohong seperti lelaki-lelaki lain. Tapi Budi masih belum puas hati dengan jawapan Masmona dan mula mempersoal kan tentang mengapa tahi lalat Masmona tidak berbulu. Budi mahu tahu sama ada tahi lalat itu ori atau pun tidak.

Mereka mula bergaduh tentang tahi lalat.Akhirnya Budi meminta izin ingin memeriksa tahi lalat Masmona. Apa bila Budi menarik tahi lalat di wajah Masmona, Budi sangat terkejut kerana ianya sangat panjang dan berdarah. Masmona menangis kesakitan dan Budi menyesal atas perbuatan nya.

Tiba-tiba nenek melihat kejadian itu rebah dan meninggal dunia. Masmona yang kesakitan  juga mati disebabkan kejadian itu. Budi sangat sedih dan menangis di kubur Masmona. Dia menyesal kerana terlalu percayakan kata-kata ayahnya dan Jali.

Budi pergi ke Bar dan mengamuk disitu. Di melepaskan beberapa das tembakan. Semua orang ketakutan. 

Kematian Masmona dan  nenek membuatkan Nenek mula berdendam dengan Budi. Nenek ingin menuntut bela atas kematian nya dan Masmona. Jali dan ayah budi mula  diganggu dengan hantu Masmona.  


Malah beberapa penduduk kampung juga telah diganggu oleh hantu nenek Masmona.  Wajah Jali dan ayah budi juga ditumbuhi tahi lalat yang sangat banyak  hingga diketawakan orang ramai.

Budi pula masih dengan kesedihan. Dia kerap bercakap sendirian dan ketawa seolah-olah sedang berbual dengan Masmona. Ada kalanya dia menangis dan memanggil-manggil Masmona. Hantu Masmona hanya mampu memerhatikan Budi dari jauh. Dia juga sedih mengenangkan Budi. Masmona tak mahu Budi menyalahkan dirinya sendiri atas kematian Masmona.

Ayah budi mula memanggil bomoh untuk menghalau hantu Masmona.Bomoh tersebut bertemu dengan Budi dan berjanji akan membuatkan Budi dapat bersama dengan Masmona seperti dulu. Bomoh itu meminta Budi membawakan barang kemas Masmona dan nenek nya beserta dengan pakaian dalam Masmona.
Malangnya bomoh tersebut di serang hantu nenek Masmona. Lari lintang pukang bomoh bila hantu Nenek Masmona mengejarnya dengan menaiki kuda.

345 hari kemudian.. Ayah budi tetap mendengar suara ketawa dan tahi lalat di wajahnya tidak hilang. Jali juga masih tetap diganggu.






Pelakon


Khir Rahman

Siti Saleha

Imuda

Didie Alias 

Melisa Saila

D'boy Hamdan




Tonton Koboi & Vampire Full Movie






Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)