Advertisement

ads

SEPAHTU REUNION LIVE 2020 MINGGU 7 ( PELUANG KEDUA )

SEPAHTU REUNION LIVE 2020 MINGGU 7 ( PELUANG KEDUA ) | Sepahtu Reunion kembali lagi dengan musim ke dua. Tajuk persembahan pada minggu ke 7 ialah Peluang Kedua . Sepahtu Reunion disiarkan setiap setiap Khamis jam 9.00 malam di Astro Warna (107). Untuk minggu ini artis undangan ialah Riena Diana, Marissa Yasmin dan Jaafar Onn.



Sinopsis 

Ijam baru bekerja disebuah kilang Kicap. Dia sangat baik dengan Pak Tam. Pak tam ialah rakan lama ibu Ijam. Sebelum Ibu Ijam meninggal, dia berpesan agar Ijam mencari ayah kandungnya. Tetapi Ijam tidak mahu kerana marah kepada ayah kandungnya yang meninggalkan mereka.

Dato Razali seorang ahli perniagaan dan pemilik kilang kicap tempat Ijam bekerja. Dia mempunyai seorang anak tiri yang membantu menguruskan kilang Kicapnya itu. tetapi anak tirinya,  Sharul seorang yang kurang bertanggungjawab dan tidak menghormati Dato Razali.

Pak Tam tahu siapakah sebenarnya ayah kandung Ijam. Dia cuba menemukan Ijam dengan bapa kandung Ijam.



Watak :

Shuib - Ijam

Jepp - Shahrul

Rahim - Dato' Razali

Pak Ya - Pak Tam

Riena Diana - Hanim

Marissa Yasmin - Datin Rozana

Jaafar Onn- Pembantu rumah

Tonton Sepahtu Reunion Live 2020 (Peluang Kedua)

Catat Komen

3 Ulasan

  1. kesian juga diorang, macam tersekat2 punchline, agaknya sebab tak ada penonton

    BalasPadam
  2. Kakau lawak2 ni kurang sikit sebenarnya nak tengok. Huhuhuhu ..

    BalasPadam
  3. Belum sempat tengok lagi yang episod ni.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)