Advertisement

ads

RESEPI POPIS ( POPIA + PISANG) YANG SEDAP SAMPAI KENA BUAT BANYAK-BANYAK

RESEPI POPIS ( POPIA + PISANG) YANG SEDAP SAMPAI KENA BUAT BANYAK-BANYAK | Kenapa kena buat banyak-banyak? Sebab kalau buat sikit tak cukup. Lepas tu berebut. Haha.. gitu la kalau episod pisang je mesti sampai berebut . 



Popis atau pun Popia Pisang ni saya buat untuk minum petang anak-anak. Mula-mula goreng 6 ketul je. Sekali kata si adik " buat banyak-banyak ye ibu...." . Habis la 1 sikat pisang Abu. Pisang Abu tu pulak isinya tebal2 jadi kena belah 3.

Kalau belah 2 je takut isi pisang tak sempat panas dah kulit popia garing. Isi pisang Abu ni kan tebal. Nanti kurang sedap la kalau pisang kat dalam tak panas.

Ingat nak bagi kat jiran sebelah tapi macam tak de orang je. Jadi saya simpan sikit yang belum goreng kat dalam peti sejuk. Nanti malam atau esok diaorang ada kat rumah baru bagi. Boleh simpan dalam peti sejuk tau benda ni. Kalau simpan tempat beku pun boleh juga rasa nya untuk bagi tahan lama.

Saya tengok resepi buat popis ni di blog Fiza. Tapi dalam resepi Fiza ada letak gula perang. Untuk resepi saya ni, saya tak letak sebab pisang Abu ni dah cukup manis. Coklat Ganache saya pulak memang dah manis so saya tak letak la gula perang tu.

Cara membuatnya sangat lah mudah dan cepat disediakan. Orang tak pandai masak pun boleh buat Popis ni. rasanya kalau buat jualan petang-petang pun bagus sangat nih. Boleh jual yang dah goreng atau pun yang belum goreng.

So korang yang tak de idea untuk hidangan minum petang boleh la cuba buat popis ni.Kena buat banyak-banyak tau...




Resepi Popis

Bahan-Bahan:

1 sikat pisang (tak kisah pisang apa asalkan pisang yang dah masak.
Sebungkus kulit popia (saya guna saiz besar)
1sudu besar  Tepung gandum+ sikit air dan sebati kan,(ini untuk lekatkan kulit popia)
Minyak untuk menggoreng

Topping:

Coklat Ganache  ( cara buat coklat ganache

Cara Penyediaan :

1. potong memanjang pisang pada 2 atau 3 bahagian (ikut saiz pisang)

2. Balut dalam kulit popia. Balut ikut suka korang asalkan pisang tak terkeluar.

3. Letak sedikit bancuhan tepung dihujung lipatan kulit popia supaya tak terbuka bila di goreng.

4. Goreng dalam minyak yang panas dengan api perlahan.

5. Bila popis dah perang angkat dan tos kan.

6. boleh celup dalam coklat ganache atau pun guna piping bag untuk pipe kan ganache diatas popis.

7. Sedia untuk dimakan.




Kalau korang suka cheese boleh taburkan cheese. Tapi saya suka kalau taburkan kacang . Kebetulan tak de almond atau walnut jadi letak ganache saja la. Ni pun cukup sedap dah ni.

Selain topping coklat korang juga boleh makan dengan jem buah dan nut butter. Bgi saya popis ni satu hidangan yang kita boleh komersial kan sebab cara makan nya boleh dengan apa sahaja.

Cara pembuatan nya juga mudah dan bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk kita dapatkan. Rajin dengan tak rajin buat saja.

Catat Komen

8 Ulasan

  1. Saya hantu popia. Suatu hari sewaktu kursus di Kundasang, minum petang kami dihidangkan popia. Saya yang tamak ni ambillah sampai 5 ketul. Bila saya gigit, macam pelik pula isinya. Rupanya isinya pisang! Itulah kali pertama saya makan popia pisang! Peristiwa makan popia pisang ini sudah 24 tahun lalu!

    BalasPadam
  2. buat juga hari popis ni anak-anak suka, kak ana kurang sikit sebab maneh :)

    BalasPadam
  3. argh sudah, habislah kak pip terhasut.
    ok nnt nak try, kebetulan pisang n popia mmg ada.

    BalasPadam
  4. ada tgk org jual popis dgn topping pelbagai perisa sedap btul tgk..tp tk pernah beli lg...tgk juga org share resepi tp tk try buat lg..

    BalasPadam
  5. kalau dibuat dengan pisang emas ok juga kut

    BalasPadam
  6. Ni balik kampung boleh buat. Makan ramai-ramai mesti meriah. Lagi bila semua anak-anak buah berkumpul.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)