Advertisement

ads

RESEPI CEKODOK PISANG PALING SEDAP DAN GEBU MESTI JADI

RESEPI CEKODOK PISANG PALING SEDAP DAN GEBU MESTI JADI | Sekali lagi resepi berasaskan pisang jadi pilihan keluarga saya. Hahaha..Nak buat cemana dah anak suka sangat makan pisang. Sebenarnya saya ni tak tahu jenis pisang yang saya gunakan untuk resepi ni. Jadi saya muat naik gambar di google dan search . Baru lah saya tau rupanya ni namanya pisang  Abu..Kesian betul. nama pisang pun tak tahu.

Pisang Abu

Nampak je macam lebam tapisisinya cantik.. Masa ni pisang belum cukup masak. Lepas 2 hari baru saya buat cekodok posang

Pisang ni kawan sekerja suami yang bagi. Walaupun kawan nya tu berbangsa cina tapi selalu betul dia bagi buah-buah macam ni. Kadang-kadang dia bagi telur itik, ubi kayu, belimbing buluh, dan macam-macam lagi la. 

Rupanya dia duduk di kawasan kampung dan memang biasa bercucuk tanam ni. Teringat pulak pada rakan blogger Wak ( Warisan Petani) yang suka menanam macam-macam pokok. Macam tu la kalau rajin berbudi pada tanah. Dapat hasil nya bukan boleh makan sendiri tapi siap boleh berkongsi dengan jiran tetangga.


Kita yang rumah tak cukup tanah ni mampu tanam serai je la..Tu pn belum tentu tumbuh. Petang2 mengadap dia pun tak nak juga cepat2 besar. Nak apa lagi entah la??Hahah

Untuk resepi cekodok p[isang ni saya guna 4 biji pisang je. Dapat lah dalam 15 bini saiz sedang-sedang je cekodok saya ni. Untuk resepi kali ni saya tambahkan tepung jagung dan juga susu tepung untuk buat cekodok gebu dan lembut walaupun dah sejuk.

Bgai yang nak buat cekodok paling sedap sama ada untuk makan sendiri atau jualan, boleh la gunakan resepi saya ni. 



Resepi Cekodok Pisang Mesti Jadi

Bahan-bahan:

4-5 biji pisang Abu saiz besar . Kalau pisang kecil boleh guna 8-9 biji pisang

2 sudu besar gula

4 sudu besar tepung gandum

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu makan susu tepung

1 sudu makan tepung jagung

Minyak untuk menggoreng.


Cara-caranya:

1. Lenyek pisang guna bontot gelas atau ramas je dengan tangan,  sampai pisang tak berketul.

2. Masuk kan soda bikarbonat dan kacau sebati.

3. Masuk kan gula dan susu tepung

4. masuk kan tepung gandum dan tepung jagung.

5. kacau sebati. Jangan letak air. Adunan pisang tu tak cair sangat. lebih kurang macam gambar ni:



6. rehat kan adunan selama 15-20 minit.

7. Panaskan minyak dengan api perlahan. Minyak kena banyak.

8. Bila minyak dah panas, goreng cekodok ikut saiz yang kita nak.

9. Goreng sampai kaler gelap. Api kekal kecil.

10. guna sudu lebih mudah untuk balik-balik kan cekodok.

11, Bila cekodok dak kaler gelap boleh la diangkat,.

siap untuk dihidangkan . 


Cekodok pisang ni m suami saya kata ada orang suka makan dengan sambal.Tak pernah lagi saya cuba. Pelik sangat tu .hahah..  Tapi anak-anak saya suka makan dengan coklat ganache. Piping sikit coklat ganache diatas cekodok dan sedia untuk dimakan. Begitulah resepi cekodok pisang paling sedap dan gebu mesti jadi. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Tq for sharing. Tambah ilmu baru, bubuh tepung jagung dalam adunan.

    BalasPadam
  2. sedap cekodok makan panas-panas. nice sharing :)

    BalasPadam
  3. Pisang abu ni sesuai digoreng atau pun buat pengat.
    Kalau nak buat cekodok ke, lempeng ke carilah pisang kapas.
    Ia lebih lembut, gebu dan wangi.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)