Advertisement

ads

PENYAKIT FIELD - HANYA 2 ORANG DIDUNIA YANG MENGIDAP PENYAKIT INI

PENYAKIT FIELD - HANYA 2 ORANG DIDUNIA YANG MENGIDAP PENYAKIT INI | Penyakit Field adalah salah satu penyakit yang sangat jarang kita temui. Buat masa ini, terdapat hanya dua kes yang didiagnosis di seluruh dunia. Ya.. dua daripada 7,8 bilion penduduk dunia. Dan kedua-dua mereka adaalah pasangan kembar, Catherine dan Kirstie Fields.



Disebabkan penyakit ini jarang ditemui maka ianya dinamakan dengan nama pasangan kembar ini. Catherine dan Kirstie pertama kali didiagnosis menghidap penyakit ini ketika mereka berusia empat tahun. 

Pada usia sembilan tahun, mereka mula menghadapi masalah untuk berjalan dan bergerak. Pada usia sebelas tahun, mereka mula sukar untuk menulis, makan, dan bahkan untuk tersenyum sekalipun. Pada usia empat belas tahun, mereka tidak dapat bercakap.

Penyakit ini adalah penyakit neuromuskular, yang menyebabkan degenerasi otot. Kedengarannya cukup saintifik, bukan? Apa yang berlaku adalah memberi kesan kepada sistem saraf tanpa anda sedari, dan kemudian keadaan otot mereka mula merosot. Kadang-kadang ia menyebabkan gementar dan menggigil.




Pasangan kembar ini mengalami kekejangan otot yang berterusan dan menyakitkan  sekurang-kurangnya seratus kekejangan sehari. Mereka mengalami tekanan emosi dan menjadikan keadaan mereka lebih teruk.

Mereka berdua menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan voices box untuk berkomunikasi. Penyakit ini mempunyai sifat progresif, jadi ia hanya semakin menyakitkan dari hari ke hari. Tetapi mereka beruntung dijaga dengan baik oleh ibu bapa mereka yang berusaha sedaya upaya, dan di bawah pengawasan doktor, yang masih berusaha untuk sembuh.

Penyakit Field tidak selalu diperkatakan kerana ramai yang tidak tahu tentang penyakit ini. Sehingga sekarang penyakit ini masih belum dapat dipastikan sama ada membawa maut atau pun tidak, dan apakah jangka hayat pesakit yang mengidap Field.


Catat Komen

5 Ulasan

  1. ujiannya buat dorg..sakit saraf paling menakutkan

    BalasPadam
  2. Rasanya ini pertama kali PC tahu fakta ini. Allahuakbar.

    BalasPadam
  3. kesian kat mereka. semoga ibubapa mrka tabah menghadapi musibah ini...

    BalasPadam
  4. Tq D angkat citer pasal penyakit ni. Kurang2 kita tau gak pasal ni .

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)