Advertisement

ads

PENGUSAHA KEDAI MAKAN DAN PENGENDALI MAKANAN PERLU AMBIL SUNTIKAN VAKSIN TYPHOID

PENGUSAHA KEDAI MAKAN DAN PENGENDALI MAKANAN PERLU AMBIL SUNTIKAN VAKSIN TYPHOID | Baru-baru ni ada yang bertanya pada saya tentang suntikan vaksin demam kepialu atau pun suntikan Typhoid memandangkan dia akan memulakan perniagaan makanan tak lama lagi. Penting baginya untuk mengambil suntikan vaksin mencegah Demam kepialu. Tahniah untuk yang bertanya sebab mempunyai kesedaran awal tentang kepentingan mengambil vaksin ini.




Saya percaya masih ramai lagi yang belum mengambil suntikan Typhoid terutamanya peniaga kecil-kecilan. Masih belum terlambat untuk korang mengambil suntikan typhoid ni. Korang boleh call dulu klinik kesihatan tempat korang yang paling dekat untuk pastikan sama ada klinik tu ada suntikan demam kepialu.  Ada sesetengah klinik kerajaan tak de sediakan suntikan ni.

Kalau di klinik swasta pun tak semua ada. So pastikan call dulu  klinik tu. Harga nya bawah rm100 la biasanya.Paling mahal pun rm100 je,

Sebenarnya bagi semua yang berniaga benda makanan atau pun pengendali makanan, korang juga perlu melalui khursus pengendalian makanan untuk mendapatkan sijil pengendali makanan tu. Kalau tak de sijil tu boleh kena denda tau. 

Tak semestinya ada kedai besar dan ramai pekerja je kena ambil suntikan Typhoid dan kursus mengendalikan  makanan, Tapi pengusaha makanan di rumah pun perlu ambil suntikan ni dan perlu melalui kursus pengendali makanan.Di waktu pandemik ni kursus di buat secara online saja. 

Ok..disini saya kongsikan sedikit tentang  vaksin demam kepialu dan kenapa korang perlu ambil suntikan typhoid.  sumber: infosihat/ portal Myhealth

Apakah vaksin Demam Kepialu?

  • Dapat melindungi jangkitan Demam Kepialu dalam kadar 70%-90%
  • Boleh di perolehi dalam bentuk suntikan atau dalam bentuk pil untuk dimakan
  • Berkesan selepas seminggu pemberian vaksin
  • Tidak bekesan selepas beberapa tahun (Kebiasaannya dalam tempoh 1 tahun bagi vaksin bentuk pil dan 3 tahun bagi vaksin suntikan)


Siapakah patut mendapat pelalian vaksin Demam Kepialu?

  • Jika anda melancong ke negara-negara seperti Latin Amerika, Afrika, dan Asia dimana penyakit ini masih dilaporkan.
  • Pengendali makanan terutama pemilik kedai makan, penjaja, pemilik kantin / gerai dan semua pekerja- pekerjanya yang mengendalikan makanan.

Di Malaysia, semua pengendali makanan di mestikan mendapatkan vaksin pencegah Demam Kepialu. Kebanyakkan pihak berkuasa tempatan telah mensyaratkan semua peniaga mendapatkankan vaksin Demam Kepialu sebelum diberi lesen berniaga.

Di mana saya boleh mendapat pelalian vaksin Demam Kepialu?

  • Semua klinik kesihatan, hospital kerajaan dan swasta.
  • Anda diminta merujuk dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Demam Kepialu (Tifoid)


Apa Itu Demam Kepialu (Tifoid)?


Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Cara-cara Demam Kepialu Merebak


  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.

  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.

  • Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.

  • Menggunakan bekalan air tidak bersih.


Tanda-tanda dan Gejala

Demam panas berpanjangan
Sembelit
Sakit kepala
Cirit birit
Sakit perut
Sakit badan / lemah / letih lesu
Kurang selera makan
Mata layu dan cengkung
Tidak sedarkan diri dan meracau
Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)


Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan

  • Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:
  • Premis makanan bersih
  • Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
  • Telah mendapat suntikan vaksin typhoid.
  • Sentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
  • Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
  • Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
  • Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir
  • Masak menggunakan air terawat
  • Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.
  • Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang mentah.
  • Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan urungan lalat.
  • Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia disediakan.
  • Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
  • Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60 oC.
  • Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk menghidangkan dan mengambil makanan.
  •  Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.
  • Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).
  • Sentiasa memastikan air minuman yang digunakan adalah  air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.
 

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Biasanya kalau nak kerja di kafe atau kiosk yg menyediakan minuman boba mcm cendawan tumbuh skrg, wajib kena ambil suntikan ni. Kalau nak mohon lesen perniagaan makanan pun wajib ambil, kan. Cuma yg meniaga tak ada lesen ni jer la yg jarang nak ambil suntikan ni sebab tiada siapa nak ambil tindakan atas dia

    BalasPadam
  2. Macam2 jenis vaksin ada sekarang kerana penularan pelbagai jenis Zoonoses.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)