Advertisement

ads

KANAK-KANAK 7 TAHUN PUTUS KEPALA GARA-GARA PEMANDU MABUK

KANAK-KANAK 7 TAHUN PUTUS KEPALA GARA-GARA PEMANDU MABUK | Lisa dan David, serta 200 rakan dan ahli keluarga mereka telah berkumpul di pantai Long Island pada 2005 untuk meraikan perkahwinan mereka yang telah lama dinantikan. Masih terbayang dimatanya wajah semua orang dimajlis itu  saat anak saudaranya Grace yang berusia 5 tahun dan Katie yang berusia 7 tahun, berdiri di sebelah mereka. Mereka kelihatan seperti puteri kecil.  

Grace dan Katie bersama Pengantin.. 


Ketika semuanya sudah selesai, ibu bapa Lisa, Christopher dan Denise, bersama dengan kakaknya, Jennifer, suami Jennifer, Neil, dan anak perempuan mereka, Grace dan Katie, masing-masing menaiki limusin dan menuju ke rumah mereka. Waktu itu mereka tidak tahu bahaya yang menanti mereka disebabkan pemandu lain.



Sejam kemudian ini lah yang berlaku..


Disaat  Lisa dan David pulang ke Hotel, semua tetamu juga menaik bas untuk pulang ke hotel, keluarga Lisa yang terdiri dari ibu dan bapanya , anak saudaranya katie dan grace serta Janifer dan Neil disediakan limusin untuk pulang, dia mendapat perkhabaran keluarganya yang menaiki limusin terlibat dalam kemalangan

Dalam kemalangan negeri tersebut Jenifer terpelanting ke depan dan terkena cermin depan limusin dan mencederakan bahagian belakang. Waktu itu dia sedang memangku kedua anak perempuan nya, Grace dan Katie.

Jenifer merangkak keluar dari limusin dan duduk ditepi jalan. Apa yang menyedihkan ialah dia duduk di situ dengan tenang sambil memegang kepala Katie yang putus disebabkan terkena tali pinggang keselamatan di bahagian lehernya.


Neil, yang telah patah punggungnya, cuba merangkak keluar dari limusin. "Saya mendengar isteri saya menjerit, 'Katie sudah mati,' dan saya tidak mahu menerimanya jadi saya menjerit kembali, 'Tidak, dia hanya cedera parah,'" katanya. "



Dalam kejadian tersebut hanya Katie dan pemandu limusin, Stanley Rabinowitz, 59 tahun, yang tewas dalam kemalangan yang dahsyat itu. Keluarga yang lain selamat, walaupun masing-masing cedera parah, dan mengalami gangguan emosi akibat pengalaman tersebut. 





Martin Heidgen yang berusia 24 tahun ketika itu, minum terlalu banyak. Dia kemudian nya  memutuskan untuk masuk ke dalam keretanya dan memandu pada hari itu. Pada masa itu, dia tidak menyedari bahawa kadar alkohol dalam darahnya tiga kali melebihi had undang-undang. 

Ketika dia melanggar sebuah limusin dengan jarak 70 Km/h, dia sedang memandu di lorong yang salah. Waktu itu lah baru dia menyedari dia telah melakukan satu kesalahan yang amat besar.

Tahun 2006 dia dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun . Pada 2013 dia membuat rayuan dan rayuan nya di tolak. 


Catat Komen

5 Ulasan

  1. Tiap kali baca cerita ni, tiap kali tu lah sedih 😭

    BalasPadam
  2. Sayunya. Benarlah dalam agama arak itu diharamkan. Minum hingga mabuk atau tidak mabuk tetap sahaja diharamkan kerana kesannya sangat besar dan berat.

    BalasPadam
  3. Tukang Kebun pernah 2 tahun lalu nak ambil suami kat airport tengah malam kena langgar dengan orang mabuk. Yang hairan nya masa mabuk pun dia boleh marah2 polis yang berhenti patrol tunggu sementara polis traffic datang. Sejak tu husband kalau malam2 ambil grab je tak bagi ambil lagi di airport.

    BalasPadam
  4. Disebabkan arak dan mabuk, orang lain jadi mangsa. Di Malaysia pun dah makin banyak kes mabuk langgar orang.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)